Bab 27

2.3K 77 0
                                    

Shariff dan Fakhri masih cuba mencari jalan keluar. Dengan kecederaan Shariff, sukar untuk mencari jalan keluar.

"Kau ok tak? Kau rehat dulu. Aku rasa kita dah jauh dengan diorang." Kata Fakhri sambil menyandarkan badan Shariff di pokok.

"Terima kasih Fakhri, tolong aku. Apa kita nak buat sekarang. Geng Wild Life mesti tengah kepung jalan keluar sekarang." Kata Shariff.

Fakhri hanya mampu mengeluh. Pelurunya juga sudah tinggal sedikit. Pasti tidak cukup.

Dum!!

Sekujur tubuh jatuh di depan Fakhri dan Shariff. Mayat mana pulak sesat ni?

"Aikk? Macam mana boleh mati? Kubur dia kat atas ke? " tanya Shariff.

Shariff dan Fakhri memandang ke atas mereka. Mana tahu jatuh batu nisan pulak! Tak pasal² diorang pulak jadi mayat.

"Oii! Kau pandang apa? " tanya Qisya turut memandang ke atas.

"Makk!! " jerit mereka berdua.

"Eleh! Tak padan dengan gengster! Penakut!! " kutuk Qisya.

"Kau datang dari mana ni?" Tanya Fakhri.

"Dari atas pokok." Jawab Qisya.

"Kau tak balik? Kau memang degil kan?! " marah Fakhri.

"Ehh.. Nasib baik aku datang tau!  Kalau tak dah arwah korang." Balas Qisya.

"Jadi kau lah tembak diorang tadi?" Tanya Shariff. Bapak gila minah ni!

"Ye lah. Nah ambik peluru ni. Kita keluar! Motor kita ada dekat hujung sana. Dekat dah. Cepat sebelum mereka datang! " kata Qisya sambil menghulurkan sepapan peluru pistol.

"Kau boleh jalan, tak? " tanya Qisyan dengan mata yang meliar ke sekitarnya.

"Boleh lagi ni. Sikit je." Jawab Shariff.

"Dah jom! " arah Qisya.

Fakhri dan Shariff hanya mengikut Qisya dari belakang sehingga mereka tiba di tempat Qisya meletakkan motornya.

Mereka terus memecut untuk keluar dari situ.

Dum!! Dum!!

Shariff yang membonceng motor Fakhri mula menembak apabila melihat beberapa buah motor mengekori mereka.

Qisya dan Fakhri mengawal dengan bijak motor mereka supaya tidak terkena peluru pistol! Tak pasal² bocor pulak nanti.

"Fakhri belok kanan!" Arah Qisya.

Fakhri hanya mengikut arahan Qisya.

"Korang!  Diorang dah hilang jejak kita!" Jerit Shariff, tidak lama selepas itu.

Qisya dan Fakhri menarik nafas lega.
------------------------------------------------------
"Kiky apa dah jadi ni?" Tanya Ezaty, risau.

Mereka tiba di rumah dengan selamat. Mereka menginap di rumah Qisya atas arahan Fakhri.

Kiky mula menceritakan apa yang terjadi dari awal sampai akhir pada Lana, Zana dan Ezaty.
"Habis macam mana dengan Qisya?" Tanya Lana, risau.

"Aku yakin Qisya selamat. Kita orang dah bagi semua alat yang dia diperlukan. Korang sekarang stay and calm down. Apa² nanti kami roger." Kata Kiky cuba menenangkan mereka bertiga.

Mereka hanya menggangguk.

"Macam mana dengan diorang?" Tanya Iqbal.

"Dah ok. Qisya, Fakhri dengan Shariff macam mana? Ada berita? " tanya Kiky pula.

"Tak de. Aku dah hantar orang² kita untuk pergi tengok." Balas Iqbal.
------------------------------------------------------
Qisya membersih dan membalut luka Shariff semasa mereka berhenti di kedai makan.

"Qisya.." Panggil Fakhri.

"Aku nak kau explain dekat aku balik nanti! " ujar Qisya, kecewa kena tipu.

"Ok. Aku janji!" Kata Fakhri sambil mengangkat tapak tangannya.
------------------------------------------------------
Kiky dan Iqbal berlari keluar apabila mendengar motor Fakhri dan Qisya di luar.

"Korang ok tak?" Tanya Iqbal dengan nafas tercungap-cungap.

"Kau bawak Shariff naik atas." Arah Fakhri.

Iqbal dan Kiky memapah Shariff naik ke atas.

"Kau ikut aku! " kata Qisya terus menarik baju Fakhri mengikutnya.

"Sekarang cerita!" Arah Qisya pula.

Fakhri terus membuka ceritanya. Dia tidak tinggal walau satu pun part.

"Habis tu, papa dengan mama aku macam mana sekarang? " tanya Qisya.

"Ibu bapa kita akan balik esok. Geng Wild Life ada dekat sini sekarang. Esok diorang dikawal oleh Geng Wolf. Jngan risau!" Kata Fakhri.

"Ok. Kalau ada apa² kau bagitahu aku tau?! Aku nak naik tengok Lana." Kata Qisya, terus berlalu.

"Qisya!! " jerit kawan-kawannya terus memeluk Qisya.

"Oiii! Aku lemaslahh! " jerit Qisya cuba untuk melepaskan dirinya.

"Kau ok kan? " tanya Lana.

"Aku ok. Yang tak ok nya kekasih kau tu! Cedera kat kaki." Beritahu Qisya.

"Kau biar betul? Mana? Aku pergi tengok jap! " kata Lana terus berlari mencari Shariff.

"Dah sihat la tu Lana. Tadi bukan main menggigil." Kutuk Zana.

"Korang ok kan? Aku minta maaf tau." Ucap Qisya.

"Qisya kita orang ok. Kau kena janji tau dengan kita orang yang kau kena hati². Jangan tinggalkan kami!" Pesan Ezaty.

"Aku akan ok. Korang pun hati². Jaga diri. Jangan risau pasal aku!" Balas Qisya.

Mereka berpelukan semula.

"Nak jugak! " jerit Lana terus join mereka.

"Eleh! Tadi risaukan kekasih sampai tak ingat kami! " perli Qisya.

"Sorry ok. Aku sayang kau lagi tau. Kawan² aku, first aku letak dalam hati aku! " kata Lana.

"Nak peluk jugak rasa! " kata Fakhri.

"Mari aku peluk!! " kata Shariff terus memeluk Fakhri.

"Eeee! Tak nak aku kalau dengan kau! Lepaslah!! Dah la busuk!" Kutuk Fakhri terus melepaskan diri dari pelukan Shariff.

Qisya dan kawan-kawannya sudah sakan gelak melihat mereka. Kiky dan Iqbal juga pecah berderai ketawa mereka.

"Aku bagi pun kira ok! " kata Shariff sambil menghabiskan sisa ketawanya.

"Tak nak aku kalau kau. Lainlah Qisya! " usik Fakhri.

"Cehhhh!!!! " cebik mereka semua kecuali Qisya dan Fakhri.

Qisya menunjukkan penumbuknya kepada Fakhri. Gatal!
------------------------------------------------------
"Papa!! Mama!! " jerit Qisya terus memeluk kedua-dua orang tuanya. Rindunya!!

Dato' Aliff dan Datin Rania juga memeluk anak tunggal mereka.

Tengku Eizlan dan Puan Sharifah menghampiri anak mereka. Fakhri menyalam kedua-dua tangan ibu dan bapanya.

"Fakhri! Macam mana? " tanya Tengku Eizlan.

"Sekarang plan berjalan seperti biasa. Mereka tak dapat jejak kita lagi." Lapor Fakhri.

"Bagus!! Bila kamu nak alihkan barang tu?" Tanya Tengku Eizlan.
"Fakhri akan pergi lusa! " beritahu Fakhri.

"Kamu hati²!" Sampuk Puan Sharifah.

"Fakhri akan ok nanti. Jangan risau ye mak, ayah. Ayah dah sihat?" Tanya Fakhri.

"Ayah sihat. Ayah yakin pada kamu Fakhri." Kata Tengku Eizlan sambil menepuk bahu anaknya.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now