Bab 10

2.8K 92 0
                                    

"Bos, saya rasa keadaan bos sekarang ni dah mula tak selamat. " ujar Zack bodyguard kepada Dato' Aliff.

"Saya pun rasa macam tu Zack. Selepas saya dapat kontrak dengan Mr. James Reid saya akan dapat mutiara sebagai hadiah. Dan mutiara tu bernilai 100 million. Saya rasa pasti geng² lain akan mula tidak puas hati dan akan menyerang saya. " kata Dato' Aliff, risau.

"Saya pun dapat rasa yang sama. Lagipun bos sekarang dah maju. Bos telah mendapat pelbagai kontrak dari syarikat² lain tak kira dari luar atau dalam negara. Bos pun dah luaskan kawasan bos. " kata Zack lagi.

"Itu yang buatkan saya risau. Lagipun saya risau tentang keselamatan keluarga saya. Lagi² anak perempuan saya." Kata Dato' Aliff.

Tok... Tok.. Tok..

Bunyi ketukan pintu itu menghentikan perbualan mereka.

"Pa!! " jerit Qisya lalu melabuhkan punggungnya di hadapan kerusi papanya.

"Qisya. Ni anak buah papa nama dia Zack. " kata Dato's Aliff.

"Hai Zack! " ucap Qisya lalu tersenyum.

Zack membalas senyuman Qisya dan menundukkan sedikit kepalanya.

"Pa,  nanti Qisya ada kem 3 hari 2 malam dekat Sunway Lagoon. Boleh Qisya pergi? " minta Qisya.
"Kalau tak pergi tak boleh ke? " tanya Dato' Aliff. Dia terlalu risau tentang keselamatan Qisya sekarang.

"Pa.. Boleh la. Kenapa ni?  Selalunya papa kasi aje. " balas Qisya tidak puas hati.

"Papa risau la. Qisya boleh pergi tapi nanti papa akan hantarkan anak buah papa untuk jaga kamu." Kata Dato's Aliff.

"Tak payah la. Qisya pandai jaga diri. Papakan kenal Qisya. Qisya akan ok." Kata Qisya dengan yakin.

"Baiklah. Make sure kalau ada apa² call papa." Kata Dato's Aliff selepas melepaskan keluhan berat.

"Tq pa! Qisya nak lepak dekat warung Pak Hamad." Pinta Qisya terus keluar dari bilik papanya.

"Ceria betul anak bos."puji Zack.
------------------------------------------------------
"Wehh tu Lana dengan Qisya. " kata Ezaty apabila melihat motor Lana sampai.

"Sorry la lambat. Lana ni bawak motor kalah kura². Kalau aku berlari pun sampai dulu. " kata Qisya berjalan menuju ke arah Ezaty dan Zana.

"Perut aku ni dah full tau. Tunggu kau! " kata Zana.

"Minta maaf sangat. Kau tahu kan aku ni pentingkan keselamatan. Dah tak pe, korang order aku belanja." Pujuk Lana.

"Ok ni aku setuju. " jawab Zana laju.

"Aihhh.. Tadi kata full." Cebik Qisya.

"Dah la. Kau order cepat. " kata Zana kepada Ezaty.

"Pak Hamad! Maggi goreng 4! Air fresh orange 4!" Jerit Ezaty.

Selepas 20 minit kemudian..

"Korang jom lepak kat taman depan tu. Aku malas nak balik lagi. Awal lagi ni." Ajak Ezaty.

"Boleh jugak. Jom la. Kita bertolak sekarang. " kata Lana.

Mereka bergerak ke arah motor masing².

"Tq Pak Hamad. Kita orang pergi dulu." Ucap Zana.

Mereka berempat melambaikan tangan ke arah Pak Hamad. Tidak lama itu, mereka bertolak ke taman.

Mereka berbual-bual kosong sambil meneguk ice blend.

"Korang tanya tak lagi parent korang pasal kem nanti? " tanya Ezaty.

"Dah. Papa aku on je. " balas Qisya teruja.

"Kita orang pun. " jawab Zana dan Lana.

"Wahh best ni! Tak sabar pulak rasa nak pergi sana." Kata Ezaty.

"Hai adik.. " tegur seorang lelaki ke arah mereka.

Tidak lama selepas itu,  datang pula beberapa orang di belakang lelaki itu.

"Alamak! Menyemak lah aku! " kata Zana perlahan.

"Jom la!  Blah! " ajak Qisya lalu menarik tangan kawan-kawannya pergi dari situ.
------------------------------------------------------

"Weh korang macam mana kem nanti? Pergi tak? " tanya Iqbal.

"Mestilah! " jawab Shariff, Fakhri dan Kiky.

"Ehh korang. Tengok tu! Aku rasa tu Qisya la. " kata Kiky sambil melihat ke arah sekumpulan budak perempuan yang diganggu oleh sekumpulan budak lelaki.

Mata mereka bertiga melihat ke arah yang dilihat oleh Kiky.

"Ehh apa ni!  Lepaslah! " jerit Qisya apabila lengannya ditarik oleh lelaki yang ditegur oleh yang menegur mereka.

"Relaxx la.. Jom la lepak dulu. " kata lelaki tadi. Gatal!

"Tak nak! " balas Qisya sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Oii bro!! " jerit Fakhri lalu menghampiri Qisya dan kawan-kawannya.

Fakhri menarik Qisya ke arahnya. Tangan Qisya ditarik oleh lelaki tadi semula.

"Baik kau lepas.. Atau.. " kata Fakhri membiarkan ayatnya tergantung.

"Haha.. Atau apa? " balas lelaki tadi.

"Atau ni! " jerit Fakhri lalu melepaskan tendangan di perut lelaki tadi membuatkan pegangan lelaki tadi dengan Qisya terlepas.

Iqbal, Kiky dan Shariff turut membantu Fakhri melawan kumpulan lelaki tadi.

"Qisya tolong! " jerit Ezaty apabila dia ditarik oleh seorang lelaki.

Qisya memberi sepakan ke arah muka lelaki itu. Jatuh tersungkur lelaki itu dibuatnya.

"Kau blah! " jerit Fakhri kepada lelaki tadi dan kawan-kawannya.

Mereka terus berlari pulang ke rumah dengan terhincut-hincut.

"Kau ok? " tanya Kiky kepada Qisya dan yang lain.

"Kita orang ok. Apa pun,  thanks." Ucap Zana.

"Macam nilah aku dengan Iqbal akan teman Zana dengan Ezaty.
Shariff akan teman Lana dan Fakhri kau hantar Qisya. Kita orang akan teman korang balik sampai rumah. Takut diorang ikut korang." Cadang Kiky.

"Ok lah. Jomlah balik sekarang." Kata Zana. Dia takut sebenarnya.

Mereka bergerak ke arah motor masing² kecuali Fakhri dan Qisya. Mereka berdua memandang sesama sendiri. Terasa janggal pula.

"Errr.. Jom! Aku hantar! Atau kau nak balik jalan kaki?" Gurau Fakhri.

"Ishh kau ni! Jauh la rumah aku! Cepatlah! Aku sempuk jugak karang! " balas Qisya.

Mereka berjalan ke arah motor Fakhri. Kawan-kawannya yang lain sudah pulang.

"Naiklah! " arah Fakhri apabila melihat Qisya masih berdiri di sebelah motornya.

Qisya naik dengan teragak-agak. Apalah kau ni Qisya! Kan sebelum ni kau dah pernah naik motor dengan Fakhri!

Fakhri tersenyum geli.

Vrommm....

Akibat terkejut dengan tindakan Fakhri yang rempit motornya sehingga motor Fakhri terangkat pada bahagian depan akibatnya dia terpeluk pinggang Fakhri.

"Kau ni kan!  Bawak elok² lah! " marah Qisya terus melepaskan pelukannya. Dia memukul badan belakang Fakhri.

Fakhri apalagi gelak sakan la dia. Dia terus memecut motornya. Qisya memegang bahu Fakhri untuk keselamatannya juga. Bukan boleh harap Fakhri ni! Buatnya tergolek dia ke belakang.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now