Bab 24

2.4K 73 0
                                    

Qisya dan Fakhri memutuskan untuk balik ke rumah Qisya.

"Apa dah jadi sebenarnya tadi?" Tanya Qisya yang duduk berhadapan dengan Fakhri.

"Apa? Tak de apa." Jawab Fakhri, bodoh.

"Baik kau cakap betul²! Apa jadi? Kenapa kereta tadi ikut kita? Dan kenapa kau tembak kereta tadi?!" Jerit Qisya.

"Sabar Qisya. Kereta tadi ikut kita. Aku pun tak tahu siapa." Bohong Fakhri. Dia tak mahu Qisya tahu hal sebenar tentang keadaan ibu bapa mereka. Dia yakin gadis itu akan cari gengster² itu. Dan ini akan membahayakan keadaan mereka.

Qisya mula tenang apabila mendengar jawapan Fakhri.

"Hai Qisya!" Ucap Iqbal yang datang dari belakang.

"Kau datang celah mana ni?" Tanya Qisya nyata terkejut.

"Dari atas." Jawab Iqbal lalu duduk di sebelah Fakhri.

"Kau buat apa kat sini? Kau ceroboh rumah aku ke? " tanya Qisya,bengang!

"Kau mulut jaga sikit! Papa kau suruh kami jaga rumah kau ni." Terang Iqbal.

Qisya menggangguk-nggangguk perlahan kepalanya. Patutlah semasa dia nak masuk pintu pagar tadi, ramai bodyguard. Geng Wolf rupanya mengawal rumahnya.

Tidak lama itu,muncul pula Kiky dan Shariff. Terkejut Qisya buatnya. Ramai betul ada di rumahnya.

"Korang pun ada? Ni datang celah mana pula ni? " tanya Qisya, tidak senang duduk pulak.

Mereka berdua hanya tersenyum sambil meletakkan bekas ais krim atas meja.

"Relaxx la Qisya. Ni makan dulu" kata Kiky yang duduk di sebelah Qisya.

Qisya mengambil ais krim wall selection perisa fruit salad. Ais krim itu terus disumbatkan dalam mulutnya.

Mereka hanya menggelengkan kepala melihat keletah Qisya.

"Aku naik atas kejap." Pinta Shariff.

Dia bergegas naik ke atas. Macam ada hal penting aje.

"Comot kau makan. " tegur Fakhri lalu mengelap mulut Qisya.

Kiky dan Iqbal sudah tersenyum-senyum nakal sambil mengangkat-ngangkat kening mereka.

Qisya berlagak tenang walaupun hatinya dah macam lepas berlari maraton.

"Kau pergilah naik atas masuk tidur. Hari pun dah gelap. Esok baru kau balik rumah sewa." Cadang Fakhri.

Tanpa cakap banyak Qisya terus naik atas membersihkan dirinya.

"Fakhri, Shariff panggil kita masuk ke bilik geng kita." Kata Kiky.

Fakhri menggangguk lalu menuju ke tingkat 2. Bilik mereka terletak di hujung sekali.

"Kenapa?" Tanya Fakhri terus meluru masuk.

"Geng Wild Life dah ada kat sini. Separuh lagi kat Terengganu dan Pulau Pinang. Mereka ada berdekatan rumah ni." Cerita Shariff.

"Kita kena beralih tempat untuk sementara sebelum mereka cam tempat kita." Kata Fakhri.

"Aku ada idea. Ezaty ada bagi plan kat aku. Dia ajak kita berempat pergi berkhemah lusa kat kawasan pergunungan. Apa kata kita pergi untuk bersembunyi buat sementara." Cadang Kiky.

"Bagus jugak tu idea Kiky. Amacam?" Sokong Iqbal.

"Boleh jugak. Pastikan budak², kita bawak separuh. Dan yang lain akan mengawal kat sini separuh." Kata Fakhri setuju.

"Nanti aku bincang dengan Ezaty." Tambah Kiky.

"Kalau macam tu, aku naik atas kejap. Tengok Qisya." Pinta Fakhri lalu menuju ke arah bilik Qisya.

Tok!! Tok!! Tok!!

"Masuklah" sahut Qisya dari dalam.

"Buat apa kat luar? Tak sejuk?" Tegur Fakhri mendekati Qisya di balkoni.

"Tak." Balas Qisya, pendek sambil matanya memandang ke luar rumah.

"Kau tak lapar ke?" Tanya Fakhri lagi.

"Aku kenyang lagi. Jangan risau." Jawab Qisya lagi. Dia mengemaskan rambutnya apabila rambutnya terbang ditiup angin malam itu.

"Aku tak risau. Aku takut nanti papa kau balik, tengok anak dia ni reput." Usik Fakhri.

"Ishhh kau ni! Dah la keluar! Aku nak tidur!!" Marah Qisya.

"Yelah. Good night" ucap Fakhri melangkah untuk keluar.

Qisya memanjat ke atas katilnya untuk tidur. Dia terus merebahkan badannya. Tinggal untuk menutup mata sahaja.

"Qisya!" Panggil Fakhri.

Qisya mengangkat kembali kepalanya memandang Fakhri. Nak tidur pun susah!

Fakhri menggerakkan bibirnya berkata 'I LOVE YOU' lalu mengeyitkan matanya.

Qisya seakan-akan faham gerakan bibir Fakhri walaupun tak berbunyi hanya membalas dengan menjeling maut.

"Pergilahh kau!" Jerit Qisya lalu menekup mukanya dengan bantal.

Fakhri gelak sakan lalu menutup suis lampu bilik Qisya dan turun ke bawah.
------------------------------------------------------
"Zana, Qisya balik bila?" Tanya Lana.

"Kejap lagi dia sampai la tu." Jawab Zana.

"Hi girls!!" Jerit Qisya lalu meluru ke arah kawan-kawannya dengan beberapa bungkusan nasi di tangannya.

"Panjang pun umur! Cepat! Aku dah lapar!!" Kata Ezaty.

Mereka membuka bungkusan nasi dan terus makan sambil berbual.

"Ni korang, aku nak cakap! Esok kita pergi berkhemah tau kat kawasan pergunungan." Beritahu Ezaty.

"Esok nak pergi kau baru beritahu harini? Apa kau ni! Suka beritahu last minit tau." Marah Zana.

"Aku ok. Esok bertolak pukul berapa? " tanya Qisya.

"Dalam pukul 9 pagi. Korang jangan risau, aku ada ajak Kiky dan kawan² dia juga." Tambah Ezaty.

"Bagus jugak kau ajak diorang. Selamat sikit. " sampuk Lana.

"Semua setuju ok? Kita pack barang nanti." Arah Ezaty.

Mereka semua menggangguk setuju.
------------------------------------------------------
"KIKY! " panggil Fakhri, kuat.

"Apa? " sahut Kiky.

"Jadi tak esok? " tanya Fakhri.

"Jadi. Jangan risau semua aku dah settle." Balas Kiky.

Fakhri menggangguk.

Fakhri mengeluh perlahan. Dia risau akan keselamatan ayahnya. Harap² ayahnya ok di sana.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now