Bab 19

2.4K 85 2
                                    

"Abang jadi ke dinner malam ni?" Tanya Datin Rania semasa mereka bersarapan.

"Mestilah. Awak jangan lupa masak sedap²." Pesan Dato' Aliff.

"Selama ni saya masak tak sedap la? " tanya Datin Rania.

"Sedap. Tapi pastikan malam ni lagi sedap. Ni.. Awak dah ingatkan Qisya pasal dinner malam ni? " tanya Dato' Aliff.

"Saya lupa nak telefon dia. Nanti saya cakap. " balas Datin Rania.

"Tak pe lah. Nanti saya cakap dekat dia. Saya pergi dulu." Kata Dato' Aliff.

Datin Rania mencium tangan suaminya.
------------------------------------------------------
"Qisya!" Panggil Ezaty lalu masuk ke bilik Qisya.

"Kau ni dah kenapa? " tanya Qisya.

"Tadi, aku pergi beli nasi lemak. Ada sebuah kereta ni ikut aku la. Aku takut la. " adu Ezaty.

"Dia ikut kau? Sekarang kereta tu kat mana? " tanya Qisya, serius.

"Sekarang kereta tu kat depan rumah kita! " balas Ezaty, cemas.

Qisya melihat ke arah luar tingkap.

'Kereta anak buah papa ni? Buat apa kat sini? Nak ikut aku lagi ke?' Bisik Qisya sambil mengerutkan dahinya.

"Tak pe. Aku pergi tengok jap." Kata Qisya terus berlalu pergi.

Ezaty turun ke bawah dan mengintai Qisya dari tingkap.

"Kau intai apa? " sergah Lana. Terkejut Ezaty dibuatnya.

"Tadi ada orang ikut aku la. Qisya pergi check sebentar. Tu yang aku intai." Balas Ezaty dengan matanya tidak terlepas dari pandang Qisya yang sudah berjalan menuju ke arah kereta itu.

Lana dan Zana juga turut melakukan hal yang sama dengan Ezaty.

Qisya mendekati kereta itu sambil mengintai ke dalam kereta itu. Agak sukar untuk melihat kerana kereta itu bercermin warna hitam.

Tok!! Tok!! Tok!!

Qisya mengetuk tingkap kereta itu. Senyap? Dia melekapkan mukanya ke arah tingkap itu.

Tiba² ada seorang menekup mulut Qisya dari belakang. Qisya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lima orang lelaki memegang Qisya.

"Apa ni!!  Lepaslah!! " jerit Qisya. Suaranya tenggelam kerana ditekup sehelai kain.

"Pegang dia! " arah seorang lelaki yang berada di depan kereta itu.

Seorang lelaki menghampiri Qisya.

Dush!!!

Kuat tendangan Qisya sehingga lelaki tadi melayang.

"Bawak dia masuk dalam kereta!" Arah lelaki tadi.

Dari 5 orang lelaki yang memegangnya tadi sudah berkurangan menjadi 2 orang akibat rontaan ganas Qisya. Mereka memasukkan Qisya ke dalam kereta.

"Jalan! " arah lelaki tadi yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Qisya!! " jerit Lana, Zana dan Ezaty terkejut.

Terjegil biji mata mereka melihat adegan tadi.

"Korang macam mana ni?! " tanya Ezaty, cemas.

"Kita call polis! " cadang Zana.

"Boleh ke?  Bukan 24 jam baru boleh call ke? " tanya Lana.

"Itu kalau orang hilang! Tapi ni kan kes culik!" Balas Ezaty.

GENG WOLFWo Geschichten leben. Entdecke jetzt