Bab 26

2.4K 81 0
                                    

Zana keluar dari khemah sambil menggeliat tubuhnya. Dia menghirup udara segar. Fresh!

"Morning! " ucap Iqbal.

"Ehh, Iqbal! Kau datang dari mana ni?" Tanya Zana, terkejut.

"Dari hati awak! " usik Iqbal.

"Chia x3.." Balas Zana. Sempat pulak dia buat pick up line.

"Gurau la.. Aku pun baru bangun." Kata Iqbal.

"Jom! Tolong aku masak! " ajak Zana.

"Boleh.." Balas Iqbal.

Mereka berdua berjalan ke arah dapur. Mereka siapkan semua barang yang diperlukan.

"Apa yang dah macam berperang dapur ni? " tegur Ezaty.

"Bagus kau datang! Aku nak masak lah. Tapi aku tak tahu nak masak apa." Adu Zana.

"Aku tolong kau.. Apakata breakfast ni kita buat sandwich telur dan omelette je." Cadang Ezaty.

"Good idea." Kata Zana, setuju.

"Hey bro! Bila kau jadi chef ni? " tanya Kiky apabila melihat Iqbal bersama-sama Zana dan Ezaty di dapur.

"Kau apa tahu! Aku pandai masak tau! " kata Iqbal, berlagak.
"Eleh! Kau masak apa?" Tanya Kiky, ingin tahu.

"Harini aku ditugaskan masak air! " balas Iqbal, loyar buruk.

"Kurang asam! Setakat masak air, aku tahu!" Marah Kiky.

"Ehh kau ni Kiky. Yang kau kacau dia buat apa! Pergi main jauh²!" Halau Zana.

"Ehh! Sedap kau halau jantung hati aku! Aku sepuk karang! " marah Ezaty.

Kiky sudah tersenyum bangga. Maklumlah ada orang back up! Iqbal melihat muka Kiky dengan muka menyampahnya. Suka la tu!

"Korang! Kalau nak masak, masak je lah! Jangan bising! " jerit Lana yang baru bangun dari tidurnya.

"Ha.. Kan dah kena marah. Jomlah masak cepat!" Bisik Zana.
"Oii! Aku dengan Shariff nak pergi tengok budak²!" Bisik Kiky pada Iqbal.

Iqbal hanya menggangguk. Patut dia ternampak Shariff dari tadi lagi berdiri di hujung pokok. Ingatkan nak terkucil.

Kiky berjalan ke arah Shariff. Mereka terus hilang dari sebalik semak² hutan.

"Mana Kiky tadi?" Tanya Ezaty.

"Err.. Dia teman Shariff buang air." Kelentong Kiky.

Ezzaty hanya menggangguk dan terus tangannya lincah memasak.
------------------------------------------------------
Shariff dan Kiky menghampiri khemah gengnya.

"Semua dah bangun ke? " tanya Kiky.

"Dah. Tengah tunggu makanan ni." Balas Manaf salah seorang geng Wolf.

"Baguslah! Korang breakfast apa? " tanya Kiky.

"Pizza! Fakhri belanja." Jawab Manaf lagi.

"Aduhh.. Sedapnya... " kata Shariff mula terliur.

"Kalau nak, join la. Kejap lagi sampai lah makanan tu. " ajak Manaf.

Kiky dan Shariff berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman sampai ke telinga. Rezeki jangan ditolak.
------------------------------------------------------
Tidur Qisya terganggu apabila ada benda yang sedang main di hidungnya.

Fakhri geletek hidung Qisya dengan rumput. Lena betul minah ni tidur. Bila nak bangun entah!

"Apa kacau ni! " marah Qisya terus membuka matanya.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now