Bab 31

2.2K 84 0
                                    

Qisya membuka matanya perlahan-lahan sambil memegang kepalanya.

"Qisya! Kamu ok?" Tanya Datin Rania.

"Mama.. Apa mama buat kat sini?" Tanya Qisya sambil mengubah posisinya kepada duduk.

"Tengok kamulah. Kamu ni kan degil! Mama dah cakap jangan terlibat lagi dengan kegiatan papa! Mama tak suka!" Marah Datin Rania.

"Ma.. Tolong lah. Qisya bukan budak kecik!" Bantah Qisya.

"Kalau mama cakap mama tak suka, mama tak sukalah! Dah nanti keluar hospital, duduk rumah! Jangan nak keluar! " arah Datin Rania.

"Ma.. Qisya ok. Mama janganlah risau." Pujuk Qisya.

"Tak. Kamu tak boleh keluar lagi. Dan kamu tak boleh jumpa lagi dengan Fakhri dan geng² dia tu." Tambah Datin Rania.

"Ma!! " Qisya cuba melawan.

"Qisya, kalau Qisya sayangkan mama. Tolonglah jangan buat mama risau lagi. Mama ada satu aje anak. Mama sayang sangat kamu dan tak nak hilang kamu." Luah Datin Rania sambil mengusap lembut rambut anaknya.

Qisya hanya diam.

"Mama nak pergi beli makanan sekejap." Pinta Datin Rania terus keluar.

Fakhri terkejut apabila Datin Rania keluar dari bilik Qisya. Kantoi!

"Fakhri?" Tegur Datin Rania.

"Auntie." Sahut Fakhri sambil menyalam tangan Datin Rania.

"Fakhri, auntie nak cakap dengan Fakhri sekejap, boleh? " tanya Datin Rania.

Fakhri hanya membalas dengan anggukan.
------------------------------------------------------
Qisya memandang ke arah syiling bilik hospital itu. Bosan!

"Qisya!! " jerit Ezaty yang meluru masuk ke biliknya.

Qisya bangun dari perbaringannya. Lana, Ezaty dan Zana datang dengan membawa bungkusan makanan kepadanya.
Mereka bertiga memeluk Qisya sebelum semuanya mengambil tempat duduk di atas katil Qisya.
"Korang nak suruh katil aku runtuh ke?" Tanya Qisya, gila punya kawan!

"Biarlah. Kalau runtuh suruh ajelah auntie Rania bayar. Lagipun kau patutnya duduk atas tilam tau, Bukan atas katil!" Bebel Zana.

"Amboi cik kak ni! Aku tengah sakit ni, hormat la sikit!" Marah Qisya.

"Ehh. Dah la! Jangan bergaduh. Ni aku ada bawak makanan. Kau makan ok. " kata Lana terus membuka salah satu bekas Tupperware yang dipenuhi campuran pelbagai buah.

Pantas sahaja tangan Zana, Lana dan Ezaty mencapai buah-buahan itu dan memakannya.

"Biar betul?! Kau bawak makanan untuk aku tapi korang yang makan! Hampeh!" Marah Qisya.

"Sorry ok. Makanlah! " pujuk Zana sambil menyuakan buah jambu batu yang sudah dipotong itu kepada Qisya.

"Qisya bila kau boleh keluar?" Tanya Lana.

"Esok." Jawab Qisya dengan mulut yang penuh.

"Baguslah tu. Kau nak balik rumah atau rumah sewa?" Tanya Ezaty dengan mulut yang tidak henti² mengunyah buah.

"Mama aku dah tak bagi aku keluar la. Aku kena duduk rumah. Mama aku dah tak bagi aku terlibat lagi dengan Geng Wolf dan aku tak boleh lagi jumpa Fakhri." Luah Qisya.

"Biar betul? Tak pe Qisya. Nanti aku cakap baik² dengan mama kau. Aku pujuk mama kau nanti" pujuk Lana.

"Tak pe lah. Mama aku cuma risaukan aku. " tolak Qisya.
------------------------------------------------------
"Fakhri, auntie harap kamu faham. Auntie cuma risaukan anak auntie. Dia tu perempuan. Auntie tak nak kehilangan dia. Jadi, auntie mintak jangan jumpa dengan dia lagi dan jangan libatkan dia dengan Geng Wolf lagi." Rayu Datin Rania.

"Saya faham auntie. Mak mana yang tak risau lagi² kalau anak dia perempuan. Kalau auntie minta macam tu, baiklah. Saya tak kan jumpa lagi Qisya dan tak kan libatkan lagi dia dalam hal saya dan suami auntie. Auntie jangan risau." Kata Fakhri, sedih.
"Tq Fakhri. Kalau macam tu, auntie nak pergi beli makanan untuk Qisya dulu. Jumpa lagi ya." Pinta Datin Rania terus berlalu meninggalkan Fakhri keseorangan.
-----------------------------------------------------
Selepas beberapa minit Qisya dan kawan-kawannya berbual, mereka bertiga membuat keputusan untuk pulang.

Qisya juga mendapat tahu keadaan Kiky kini kian pulih dan dijangka dia akan boleh keluar lusa.

Ting!!

Qisya segera mencapai telefonnya yang terletak di sebelah katilnya. Dia membuka mesej yang baru diterimanya sambil menyandarkan badannya di kepala katil.

Kau jaga diri baik².
Aku minta maaf tak
dapat nak masuk lawat
kau. Aku gembira dapat
kenal kau. Jangan risau
pasal aku. Semoga cepat
sembuh..Qisya Ellena 😘😍
#selaluadauntukau
#loveyou 💜

"Aku tahu kita akan jarang jumpa lepas ni." Bisik Qisya dengan matanya masih tidak lepas dari skrin telefonnya.

Qisya memandang ke arah pintu biliknya. Fakhri?

Mereka berbalas pandangan. Fakhri tersenyum kecil sebelum menutup pintu bilik Qisya dan terus berlalu. Qisya hanya mampu memandang kelibat Fakhri yang hilang dari sebalik pintu itu.
-----------------------------------------------------
Datin Rania memandang anaknya yang sedang menggaul nasi di dalam pinggan tanpa niat untuk makan.

"Qisya ok?" Tanya Datin Rania. Sejak Qisya pulang dari hospital 2 hari lepas, dia banyak termenung dan berdiam diri.

"Bila papa balik?" Tanya Qisya sambil menguis nasinya tanpa henti. Nasi pun dah nak jadi beras balik!

"Papa stay dekat Johor 3 hari lagi. Nanti papa balik. " jawab Datin Rania.

Qisya mengganggguk lalu membawa pinggannya ke sinki untuk dibasuh. Dia terus berlalu ke atas.

Langkah Qisya terhenti di depan bilik papanya. Bilik Geng Wolf. Qisya masuk ke dalam bilik itu senyap².

Qisya memerhati bilik itu dengan teliti. Matanya tertumpu pada buku emas yang terletak pada rak yang paling atas di bilik itu. Dia mencapai buku itu lalu dibawa ke biliknya.

Dia mengunci pintunya dan membaringkan badannya di atas katil. Dia membelek-belek isi kandungan buku itu.

"Ini buku pasal maklumat gangster." Bisik hatinya.

Dia membaca dengan teliti buku itu.

"Alexander Grand. Ketua Black Warrior. Banyak jugak kawasan dia dekat luar negara... George Raster, ketua Wild Life. Yang ni banyak kawasan dekat Thailand dan Singapura. Aduhh..muka pun dah macam gajah! Dan yang last sekali Geng Beast, ketua dia adalah David Panille....ok boleh tahan handsome la." Bebel Qisya sendirian.

"Jadi mereka lah antara gengster yang terkuat termasuk Geng Wolf. Jadi sekarang diorang tengah bertaruh sebab rantai emas dan mutiara tu. Nasib jatuh kat tangan papa bukan diorang. Kalau tak habis la Geng Wolf..  Tapi sekarang diorang tengah cari barang tu. Masalah ni! " tambah Qisya, mula risau. Apa akan jadi dengan keluarganya nanti!

GENG WOLFWhere stories live. Discover now