Bab 4

2.9K 110 0
                                    

"Qisya jadi tak nak makan kat warung Pak Hamad tu? " tanya Lana ingin mendapat kepastian.

"Boleh jugak.  Lepak sana sekejap lepas tu aku hantar kau balik. "Kata Qisya.

"Kalau macam tu jom kita gerak. " kata Ezaty.

Ezaty mula menghidupkan motor skuternya. Zana mula nail motor skuter bersama Ezaty. Rumah dekat jadi tak salah kalau Zana tumpang Ezaty. Tambahan pula, dapat kurangkan pencemaran alam.

"Ezaty kau gerak dulu. Aku follow belakang nanti. " kata Qisya lalu menghidupkan motornya.

Ezaty terus bertolak ke warung Pak Hamad. Qisya memakai helmetnya. Dia memecut laju sambil membonceng Lana.

"Ezaty! Boleh kau bawak laju sikit tak? "Pinta Zana dengan mukanya agak cemas.

"Asal weh? " tanya Ezaty hairan.

"Aku rasakan ada orang ikut kitalah. Aku takut ni. Motor Qisya tak nampak lagi! "Kata Zana cemas.

"Kau biar betul?! " jerit Ezaty sedikit kuat.

Dia melihat ke arah sight mirror motornya. Ada beberapa buah motorsikal yang mengikuti mereka dari belakang. Ezaty mula memecut dengan cepat motornya.

Tapi malang nasibnya dia sudah dikepung oleh geng motor tadi. Dia mula cemas.

"Oitt! Cik adik!  Nak pergi mana?  Jomlah lepak dulu. " kata salah seorang geng motor itu.

Ezaty tidak mengendahkan kata² mereka lalu Cuba untuk memecut motornya. Salah seorang daripada mereka mula memegang belakang motor skuter Ezaty.

"Apahal tu? " tanya Lana apabila melihat motor Ezaty dikepung oleh geng motor yang tidak dikenali.

"Macam kena kacau je. Tak boleh jadi ni. Woi Lana kau pegang kuat² tau! " arah Qisya.

Belum sempat Lana membalas Qisya memecut laju motornya. Terjerit macam histeria Lana dibuatnya. Dia memeluk kemas pinggang Qisya sebelum dia tergolek macam ikan paus nanti.

Vroomm... Vroomm.. Vroomm..

Bunyi kuat daripada motor Qisya membuatkan geng motor tadi melihat ke arah Qisya. Qisya memecut ke arah mereka laju.

"Woi tepi! " jerit salah Sorang  daripada geng motor tadi.

Motor yang berada di belakang motor Ezaty mula bergerak ke tepi. Qisya membawa motornya ke tepi motor Ezaty.

"Nasib baik kau datang Qisya. Dah nak terbalik dah motor aku kena tahan ni. " adu Zana.

Geng motor tadi mula mengepung mereka.

"Oiii baik kau blah! " jerit Qisya.

"Relaxx la.. Apakata kau pun ikut kita orang. Kita enjoy.. " kata penunggang motor di sebelah Qisya.

"Oo.. Enjoy.. Boleh..." Kata Qisya.

Geng motor tadi mula tersenyum.

"Boleh blah kau! " jerit Qisya lalu menyepak motor di sebelahnya.

Terbalik motor yang disepak Qisya tadi. Geng motor tadi mula berhenti mendapatkan rakannya yang dah tergolek atas jalan.

"Dah jalan! " arah Qisya kepada Ezaty.

Ezaty hanya menggangguk lalu memecut motornya diikuti motor Qisya di belakang.

"Fakhri kau tengok tu! Ada accident la. " kata Shariff apabila melihat ada sekumpulan motor membawa kawannya masuk dalam ambulance.

"Diorang merempit la tu. "Balas Kiky.

Fakhri hanya memandang tanpa sepatah kata. Dia memecut untuk pulang ke rumah diikuti motor kawan-kawannya di belakang.
-----------------------------------------------------
"Kau memang terbaik Qisya! " kata Ezaty terus ketawa terbahak-bahak apabila teringat peristiwa tadi.

"Daebak!  Tq sangat Qisya. " kata Zana pulak.

"Nasib baik aku tak tergolek tadi tau! Tapi kau memang power la." Kata Lana pula.

"Dah la. Makan,  lepastu kita balik. Lambat pulak nanti membebel pulak mama aku nanti. " kata Qisya.

Mereka menikmati makanan mereka dengan tenang di warung Pak Hamad. Tiba² pula datang geng motor tadi menghancurkan ketenangan mereka. Nasib baiklah hanya Qisya dan kawan-kawannya sahaja berada di warung Pak Hamad.

"Qisya,  geng tadi la. Mampos kita Qisya. " kata Lana cemas.

"Woi perempuan! Sebab kau kawan aku masuk hospital tau! " jerkah mamat motor tadi.

Kawan-kawan motornya di belakang mula memandang ke arah Qisya dengan bengis.

"Kawan kau yang sengal tu buat hal dulu! " balas Qisya.

Ezaty,  Lana dan Zana sudah berada di belakang Qisya. Takut mereka berhadapan dengan wajah² yang bengis. Macam bekas banduan pun ada.

"Jahanam! " jerit lelaki tadi terus menghalakan penumbuknya ke arah Qisya.

Qisya sempat mengelak. Qisya pula membalas serangan lelaki tadi dengan menumbuk perut lelaki tadi.  Jatuh tersungkur lelaki tadi. Terkejut kawan-kawan lelaki tadi.  Mereka mula menyerang Qisya. Qisya tidak mengalah!  Dia melawan mereka.  Terjadilah pergaduhan di warung Pak Hamad.

Selepas 15 minit..

"Baik kau blah sebelum.. " belun Qisya habis berbicara geng motor tadi terus lari dengan motor mereka.

Kawan-kawan Qisya melopong melihat Qisya bertumbuk tadi. Ganasnya!

"Pak Hamad saya minta maaf ye sebab rosakkan warung Pak Hamad. " kata Qisya selepas selesai mengemaskan warung Pak Hamad yang bersepah akibatnya.

"Tak apalah.  Asalkan kamu dan kawan-kawan kamu selamat. " kata Pak Hamad lembut.

"Kita orang bertolak balik dulu. Nanti kita orang datang lagi. " ujar Lana.

Mereka bergerak pulang ke rumah masing². Qisya terus merebahkan badannya atas katil empuknya. Tiba² dia terasa pedih di bibirnya. Dia menyentuh bibirnya. Darah! Sial! Dia terus melelapkan matanya kerana letih.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now