Bab 36

2.2K 81 0
                                    

Geng Wolf sudah bergerak mencari tempat letaknya rantai emas dan mutiara itu. Kalau ikut kata Tengku Eizlan, barang itu ada di bangunan lama. Nasiblah, Tengku Eizlan ada beri peta pada mereka.

Dekat 2 jam lebih, barulah mereka sampai di tempat yang dikatakan Tengku Eizlan.

"Kalau ikutkan peta dengan maklumat yang Tengku Eizlan beri, nilah tempatnya." Kata Iqbal sambil melihat ke arah peta di tanganya.

"Sekarang kita kena berpecah." Arah Fakhri.

"Aku dengan Shariff boleh jaga kat depan dengan beberapa orang." Kata Iqbal.

"Kalau macam tu, aku, Fakhri dan Qisya akan masuk. Aku nak beberapa orang kita ikut sekali." Kata Kiky pula.

Mereka terus bergerak pantas dan menyiapkan segala alatan yang diperlukan.

"Dah siap?" Tanya Fakhri.

"Dah. Kau?" Tanya Qisya pula.

"Dah. Kalau macam tu, kita boleh masuk. Kita kena cepat sebelum geng² lain datang." Kata Fakhri sambil menyelitkan pistol di tali pinggangnya.

"Fakhri, kejap!" Panggil Qisya apabila Fakhri ingin melangkah pergi.

Fakhri berpaling ke arah Qisya. Qisya menyelitkan pistol kesayangannya di belakang pinggang Fakhri. Fakhri mengambil kesempatan melihat wajah Qisya dengan lebih dekat.

"Dah. Jom!" Ajak Qisya.

"Qisya... " panggil Fakhri.

Giliran Qisya pula memandang Fakhri.

Fakhri menggenggam tangan Qisya, erat.

"Aku nak kalau jadi apa² kat aku lepas ni, kau teruskan hidup kau. Aku tak nak kau sedih. Kau jaga diri nanti." Pesan Fakhri.

"Apasal kau cakap macam ni? Aku tak sukalah." Balas Qisya, mula tidak sedap hati.

"La.. Aku pesan aje.. And one more thing, don't fall in love with another man."tambah Fakhri lagi sambil mencuit hidung Qisya.

"Eleh.. Suka hati akulah nak cari lelaki lain pun." Ejek Qisya lalu menjelirkan lidahnya.

Fakhri menarik muncungnya. Dia menarik Qisya dalam pelukannya.

"I love you, Qisya Ellena." Bisik Fakhri lembut di telinga Qisya.

"I love you too." Balas Qisya sambil membalas pelukan Fakhri.

"Ehh.. Dua ekor ni! Orang sibuk² nak jalankan misi! Dia sibuk dating pulak!" Marah Kiky sambil bercekak pinggang melihat ke arah Fakhri dan Qisya.

Iqbal dan Shariff juga melihat ke arah mereka berdua dengan senyuman.

"Dah jom! Kita kena buat misi pulak!" Jerit Shariff.

Fakhri memeluk bahu Qisya lalu berjalan beriringan menuju ke bangunan itu diikuti Iqbal, Shariff dan Kiky.
------------------------------------------------------
George Raster keluar dari keretanya dan meluru ke arah anak² buahnya.

"Dah dapat cari mana tempat barang tu?" Tanya George.

"Dah tuan. Sekarang ni Alexander Grand dari Geng Black Warrior dah menuju ke bangunan tu. Fakhri dari Geng Wolf dah cari barang tu. Dan kunci peti tu sekarang ada dengan dia." Kata Haniff, orang kanan George.

"Kita kena gerak sekarang! Jangan sampai Geng Wolf dan Geng Black Warrior dapat barang tu!" Arah George.

"Baik tuan!" Kata Haniff, mengikut arahan George.

Geng Wild Life mula menjejaki langkah Geng Wolf dan Geng Black Warrior.
------------------------------------------------------
Qisya, Kiky dan Fakhri dan beberapa ahli Geng Wolf mencari barang itu dengan pantas. Mereka takut geng lain akan datang dan dapat menjumpainya sebelum mereka.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now