Bab 33

2.1K 71 0
                                    

Fakhri menghampiri Qisya yang membisu dari tadi. Dia duduk di sebelah Qisya lalu menggosok belakang badan Qisya.

"Kau sabar.." Kata Fakhri, perlahan.

Qisya mengesat air matanya yang mula jatuh. Qisya menggenggam erat tangan Fakhri. Dia ingin kekuatan!

Tidak lama itu, dua orang doktor keluar dari bilik ICU. Qisya dan Fakhri menghampiri doktor tersebut.

"Sekarang ni ibu bapa korang dalam keadaan sangat kritikal. Kami kena bedah mereka kerana peluru dalam badan mereka sangat dalam." Beritahu salah seorang doktor.

"Baiklah. Tapi, boleh tak kami nak jumpa mereka sekejap sebelum bedah?" Tanya Fakhri.

"Boleh. Tapi sekejap aje." Jawab doktor itu.

Qisya dan Fakhri terus meluru masuk.

"Pa.. " panggil Qisya sambil menggenggam erat tangan papanya.

"Qi.. sya... De.. ngar.. sini.. Pa.. Pa.. nak.. ka.. mu.. Ambik.. balik.. kunci.. peti.. besi.. yang.. ada..dngan ..David" ujar Dato' Aliff dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Baik pa. Qisya akan ambik balik. Papa jaga diri tau. " ucap Qisya.

Dia menuju ke arah mamanya pula.

"Ma.. "Panggil Qisya. Air matanya mula bergenang.

"Sayang.. Anak mama.." Panggil Datin Rania, perlahan.

"Ma.. Qisya mintak maaf. Qisya terpaksa langgar perintah mama. Qisya nak balas balik perbuatan diorang." Kata Qisya.

"Pergila.. Sayang.. Mama.. Percaya.. dengan..kebolehan anak mama..Tapi janji dengan.. Mama.. yang kamu.. Akan.. balik..dengan...selamat.." Ucap Datin Rania, suaranya mula kendur.

"Qisya janji. Qisya keluar dulu." Pinta Qisya dengan air mata yang membasahi wajahnya.

"Fakhri.. Kamu kena ambik kunci yang ada pada David. Tu kunci peti besi. Diorang tak tahu mana barang tu berada. Diorang tengah cari mana tempat tu sekarang." Bisik Tengku Eizlan kerana menahan sakit.

"Baik ayah. Ayah jaga diri. Kuat tau!" Kata Fakhri sebelum berlalu ke arah maknya.

"Mak.. Fakhri minta maaf tau. Fakhri pergi dulu." Bisik Fakhri pada telinga maknya.

Puan Sharifah hanya menggangguk. Dia percaya akan anaknya.
------------------------------------------------------
Selepas beberapa jam, pembedahan itu berjalan dengan lancar. Ibu bapa Fakhri dan Qisya mengalami koma kerana mengalami waktu yang sukar semasa pembedahan.

"Qisya, kita tak boleh diam sekarang! Kita kena jalankan amanah yang papa kau dan ayah aku bagi." Kata Fakhri semasa terserempak dengan Qisya di luar bilik papa Qisya dirawat.

"Betul cakap kau. Aku akan jumpa kau esok dekat tempat biasa." Ujar Qisya.

"Ok. Jumpa esok." Ucap Fakhri terus melangkah laju ke arah wad ayahnya.

Qisya membuka telefonnya apabila terdengar satu mesej masuk. Fakhri?

Good night my dear..
💚I love you..😍
Don't be sad. 💓

Gatal!!

Fakhri tergelak apabila melihat mesej Qisya.
------------------------------------------------------
Dekat beberapa jam, Geng Wolf berbincang cara untuk merampas kembali kunci tu dari Geng Beast.

Selepas siap bermesyuarat, mereka mula beransur keluar dari bilik itu. Hanya tinggal Qisya dan Fakhri dalam bilik itu dengan pintu yang terbuka luas.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now