Bab 9

2.7K 97 0
                                    

Qisya dan Ezaty berbual-bual kosong di kantin sambil menunggu Zana dan Lana yang membeli makanan.

Dush!!!!

Bunyi seseorang yang hentak meja mereka berdua.

'Haihh minah gedik ni! Aku siku jugak kan' bisik hati Qisya apabila melihat wajah Nurin dan dua orang lagi rakannya Wani dan Zurin.

"Ehh Qisya! Aku nak kau jauhkan diri dari boyfriend aku! " Nurin memberi amaran.

"Kau ni pehal?! Bila masa pulak aku rampas boyfriend kau! Tak de mase aku! " balas Qisya.

"Entah kau ni! Otak kau dah putus fius ke? Siapa entah nak jadi boyfriend engkau? Orang gila tepi jalan pun belum tentu nak tau!" Tambah Ezaty.

"Mulut kau jaga sikit ok! Satu sekolah dah tahu kekasih aku, of course la Tengku Fakhri Imran. Ketinggalan zaman." Jawab Nurin gedik.

Qisya dan Ezaty buat muka loya. Perasan!

"Kau salah ni! Kau cakap satu sekolah tahu. Aku tak tahu pun." Balas Qisya.

"Orang yang ketinggalan macam kau ni memang tak tahu apa²." Kata Nurin lagi.

'Kau tengok nanti.. ' bisik hati Qisya.

Qisya menahan sekumpulan budak².

"Adik² kak nak tanya boleh? " tanya Qisya.

Budak² itu hanya menggangguk.

"Adik tahu tak yang kak sewel ni kekasih pada Tengku Fakhri Imran? " tanya Qisya sambil menunding jarinya ke arah Nurin.

"Tak pun. Kita orang ni fan abang Tengku tau. Dia single la. " jawab budak tadi.

"Ok. Tq. Boleh pergi. " kata Qisya.

"Kau tengok! Budak pun tak tahu kau ni kekasih Fakhri tau. Kau tu yang over. Entah² kau sendiri yang istiharkan sebagai kekasih Fakhri. Dia tak pun." Kata Ezaty.

Nurin berlalu dengan wajahnya yang bengan. Tak guna Qisya!

Qisya dan Ezaty hi-5 sambil ketawa terbahak-bahak.

"Ni dah Kenapa gelak macam tercekik tulang ayam? " tanya Lana yang baru sahaja sampai.

"Tak de apa. " balas Ezaty.
------------------------------------------------------
"Attention! Cikgu Rihana tak masuk tapi dia ada tinggalkan latihan. Saya akan pass kan sekarang. " kata Nurin, gedik.

Nurin mula membahagikan kertas itu. Tiba sahaja di tempat Fakhri, dia berhenti.

"Fakhri kalau siap kerja ni boleh saya tiru tak? " tanya Nurin sambil tersenyum gedik.

Kawan-kawan Fakhri memandang ke arah Nurin.

"Errrr... Kertas pun baru dapat. Lagipun aku tak pandai. Apa kata kau tiru Qisya. " kata Fakhri, janggal.

"Alah boleh la.. Lagipun Qisya bukan selalu bagi saya tiru. Kedekut! " kata Nurin.

"Oiii!  Mulut kau! Kau tu yang memang malas buat kerja! Meniru aje kerja! Dah la!  Pass kertas tu! Tergedik-gedik! " sembur Qisya.

Nurin bergerak ke arah Qisya dengan muka yang ketat.

"Aduh! " jerit Nurin apabila badannya sudah rebah ke lantai.

Semua pelajar dalam kelas sudah mentertawakan Nurin.

"Apa kau ni! Nak jadi mop lantai ke? " kata Ezaty dengan ketawa yang masih kuat.

Qisya ketawa kuat. Padan muka! Nurin jatuh akibat tersadung kaki Qisya.

"Ambik!  Kau pass sendiri! " bentak Nurin lalu memberi semua kertas pada Qisya.

Nurin melihat ke arah Fakhri yang masih ketawa. Bukan nak tolong!

"Terbaikk Qisya!" Jerit Zana.

Qisya bangun lalu pass kan semua kertas kepada semua pelajar.

"Qisya! Aku tak cukup satu helaian la! " jerit Fakhri.

Qisya menuju ke arah Fakhri.

"Yang mana? " tanya Qisya sambil melihat ke arah kertas Fakhri.

"Mula Surat 4 dan 5." Kata Fakhri.

"Sorry buat kekasih kau jatuh macam nangka busuk tadi. " kata Qisya sambil menghulurkan kertas yang diminta oleh Fakhri.

"Eiii! Tolonglah bukan kekasih aku tu."nafi Fakhri.

"Ye lahh tu."balas Qisya sambil duduk ke tempatnya semula.
------------------------------------------------------
Motor Lana berhenti semasa lampu merah menyala.

"Qisya kau tengok tu." Kata Lana sambil memuncungkan mulutnya ke arah sebuah motor.

Qisya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Lana. Kelihatan Nurin yang sedang membonceng motor dengan Fakhri.

"Bukan kekasih la konon. " cebik Qisya.

Motor Fakhri memecut dahulu apabila lampu hijau menyala. Lana juga memecut ke rumahnya.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now