Bab 12

2.6K 93 0
                                    

Habis sahaja kelas mereka pada slot pagi mereka bergerak ke arah food court untuk makan.

"Oiii! " tegur Iqbal dari jauh.

"Iqbal!  Marilah join! " ajak Lana apabila melihat Iqbal dan kawan-kawannya berjalan menghampiri mereka.

Fakhri duduk di sebelah Qisya yang khusyuk sedang makan. Iqbal duduk di sebelah Zana manakala Shariff mengambil tempatnya di sebelah Lana dan Kiky duduk di sebelah Ezaty.

"Korang dah makan? " tanya Zana.

"Dah!  MCD tadi." Jawab Shariff.

"Ezaty!" Panggil Kiky perlahan sambil menghulurkan tisu kepadanya.

Ezaty mengambil sambil tersenyum malu. Tahu sangat dia makan comot.

Fakhri menguyah kentang gorengnya sambil melihat ke arah orang yang lalu-lalang. Dia melihat muka Qisya melalui ekor matanya. Qisya dah ternganga ke arahnya. Qisya memuncungkan mulutnya ke arah kentang gorengnya.

"Haihhh.. Ingatkan makan tak pandang kiri kanan dah." Perli Fakhri sambil menyuapkan kentang gorengnya kepada Qisya.
"Ehh!!  Sweet² pulak dua orang ni. " usik Lana.

"Eleh! Kau dengki! Dah la jom masuk kelas! " balas Qisya terus bangun untuk berlalu.

"Malu² kucing pulak! " jerit Zana.
Mereka mengejar langkah Qisya yang mula jauh.
------------------------------------------------------
Mereka berempat sudah tidur terlentang atas katil bilik mereka.

Qisya terbangun daripada lenanya apabila terdengar telefonnya menjerit. Dia mengangkatnya walaupun masih mamai.

"Kenapa cikgu? " tanya Qisya apabila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

"Cikgu nak kamu ajak kawan-kawan kamu berkumpul di lobi hotel sekarang! " arah cikgu, tegas.

"Baik cikgu." Kata Qisya terus mematikan talian.

Dia mengejutkan kawan-kawannya untuk bersiap turun ke bawah. Mereka berlari ke arah cikgunya yang sudah menunggu bersama kawan-kawannya yang lain.

"Kenapa ni cikgu? " tanya Qisya.

"Dah sampai pun. Cikgu nak minta bantuan kamu untuk cari Nurin. Dia hilang dari pagi tadi lagi dan sampai sekarang masih belum balik. Kita sama² cari Nurin ye. Sekarang berpecah!" Arah Cikgu Aqilah.

Mereka terus berpecah. Qisya dan kawan-kawannya berhenti untuk rehat setelah setengah jam mereka berputar di Sunway lagoon.

"Haihh.. Minah sewel ni suka menyusahkan orang la! " rungut Zana yang sudah penat.

"Dah la..  Sekarang ni korang bertiga pergi arah sana aku ikut sini. Kita berpecah!" Arah Qisya.

"Ehh! Kau ok ke nanti?" Tanya Lana risau.

"Aku ok. Aku pandai jaga diri. Dah cepatlah pergi! " Kata Qisya terus berlari ke arah bertentangan dari kawan-kawannya.
------------------------------------------------------
"Awak saya rasa saya kena pergi balik bilik sekarang. Nanti saya takut cikgu saya marah. " kata Nurin dengan senyum menggoda ke arah lelaki yang baru dikenalinya pagi tadi. Mereka terserempak di water park tadi.

"Alah sayang.. Relaxx la.. Apakata kita enjoy main air dulu." Pujuk lelaki itu.

"Sorry Alex. Saya kena pergi. Nanti saya jumpa awak lagi, ok? " kata Nurin cuba untuk lari apabila merasa keadaannya tak selamat.

Alex memegang tangan Nurin kuat sambil tersenyum sinis.

'Alamak mati aku! Dah la dia ada ramai kawan. Nak lari macam mana ni? Menyesal aku!' Bisik hati Nurin mula rasa tak sedap.

"Minah sewel ni! Kalau aku dapat dia, aku terajang aje. Kita lelah cari dia, dia sedap dating! " bentak Qisya apabila melihat Nurin yang sudah dikelilingi ramai lelaki. Panas pulak hati!
------------------------------------------------------"Korang jumpa tak lagi Nurin? " tanya Zana yang lelah.

"Tak. Entah² kena culik bawa siam tak? " teka Iqbal.

Dushh!!

Lana memukul kepala Iqbal. Mengarut!

"Mana lagi nak cari ni?!  Buang masa la! " rungut Kiky sambil matanya meliar tengok sekeliling
"Qisya mana? " tanya Fakhri apabila melihat kelibat Qisya tiada dengan mereka.

"Dia berpecah dengan kita orang tadi. Dia pergi arah sana." Balas Lana.

Fakhri terus memecut tanpa sempat kata apa².

"Fakhri! " panggil Iqbal.

"Tak pe. Sekarang kita cari Nurin. " kata Shariff.

Mereka menyambung misi mereka mencari Nurin.
------------------------------------------------------
"Tu kenapa pulak? Dah macam tarik tali pulak." Bebel Qisya apabila melihat Nurin Cuba menarik tangannya dari lelaki itu.

"Tu lah kau nak menggatal tak kena tempat!  Sekarang tengok sapa yang susah! " bentak Qisya terus menuju ke arah Nurin.

"Lepaslah! " jerit Nurin.

Qisya menarik tangan Nurin ke belakangnya. Dia menghadap lelaki tadi. Lelaki tadi memandang ke arah Qisya.

"Wow! Yang ni pun ok jugak! Cantik! " kata lelaki tadi a.k.a Alex.

"Kepala hotak kau! Dah jangan kacau kita orang! " sembur Qisya terus menarik tangan Nurin pergi.

Tidak sampai beberapa langkah, tangannya ditarik oleh Alex. Qisya terus bertindak dengan menyepak di celah kangkang Alex.

"Aduh! " adu Alex yang sudah terduduk.

Kawan-kawan Alex terus menyerang Qisya. Mula lah pergaduhan di situ. Tenaga Qisya mula berkurangan selepas beberapa minit. Tiba² dia melihat ada seseorang yang membantunya. Fakhri!

"Jom lari! " jerit Fakhri terus menarik tangan Qisya dan Nurin apabila melihat kawan-kawan Alex yang jatuh tadi mula bangun.

"Kejar diorang sampai dapat! " arah Alex.

Mereka berlari sekuat mungkin sehingga tiba di extreme park. Mereka menuju ke arah flying fox. Sempat lagi bermain!

"Kau turun dulu" arah Fakhri kepada Qisya.

Qisya hanya menurut. Dia mula turun diikuti Nurin di belakangnya.

Kawan-kawan Alex mula mendekati Fakhri yang baru saja siap memakai alat keselamatan dan baru ingin turun.

"Bang kejap! " kata Fakhri kepada penjaga flying fox itu.

Dia menghadiahkan tendangan yang kuat ke arah dada lelaki itu. Tersungkur lelaki itu dan kawan-kawannya.

"Bang lepas! " jerit Fakhri.

Fakhri mula turun dengan laju. Dia mendekati Nurin dan Qisya.

"Jom! Kita balik hotel! " kata Fakhri.

"Fakhri saya takut la. " rengek manja Nurin sambil memegang tangan Fakhri.

Qisya membuat muka menyampahnya. Nak muntah! Dia yang gedik!

"Dah tak pe. Aku dan Qisya ada kat sini. Aku bawak kau balik." Kata Fakhri tenangkan Nurin.

Sampai sahaja di lobi kawan-kawannya yang lain sudah berkumpul. Nurin ditahan oleh Cikgu Aqilah akibat tindakannya sendiri.

Malam tu mereka dibenarkan rehat. Qisya termenung seorang diri di bangku restoren.

"Temenung jauh nampak! " tegur Fakhri sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Qisya. Dia menghulurkan semangkuk mee segera kepada Qisya.

"Thanks" ucap Qisya terus makan.

Mereka berdua berbual-bual kosong. Kadang kala terdengar juga ketawa dari mereka. Malam itu berlalu begitu sahaja.

GENG WOLFDonde viven las historias. Descúbrelo ahora