Bab 3

3.1K 121 0
                                    

"Qisya kau kat mana? " tanya Lana.
"Kat rumah lah.. " jawabnya sambil menyarungkan kasut sekolahnya.
"Weh tayar motor aku pancitlah!  Aku tumpang kau lah. " kata Lana dalam keresahan.
"Boleh jer..  Tunggu dalam 5 minit aku sampai. Make sure kau spare seluar tau!  Takut pakai kain nanti terselak plak! " kata Qisya. Maklumlah sekolahnya perempuan berbaju kurung.

"Ye..  Cepatlah! " balas Lana terus mematikan talian.

"Mak aihh!! Mati macam tu je? Ehh dia ni..  Aku rempit karang baru tahu! " bebel Qisya.

"Qisya?  Tak pergi lagi? " tegur papanya.

"Nak pergi la ni pa.. Qisya pergi dulu ye.." Kata Qisya lalu menyalam papanya.

Dia memecut motornya ke arah rumah Lana. Sampai sahaja di sana,  dia melihat Lana yang berlari anak ke arah motornya.

"OK ready! Jom! " jerit Lana.

Qisya terus memecut motornya ke sekolah. Dia pakir motornya di sebelah motor Ezaty yang kebetulan baru juga sampai bersama Zana.

Lana turun dari motor Qisya dengan terhuyung-hayang dah macam orang mabuk. Qisya memegang lengan rakannya untuk menstabilkan keadaan Lana.

"Kau dah kenapa Lana?  Kau minum sebelum datang sekolah ehh?" Tanya Zana.

"Ni... Ka.. Kau tanya..  Sahabat k.. Kau.. Ni..  Bawak motor dah macam nak race..  Nak muntah aku! " kata Lana dengan memegang perutnya. Masih takut barangkali.

Qisya ketawa kecil melihat Lana.
Nasiblah...

"Dah jom lah..  Aku minta maaf OK? Nanti aku belanja kau makan, amacam? " tawar Qisya.

"OK yang tu aku setuju..  Tapi aku rasakan..  Perut aku dah tercabut masa kau bawak motor tadi. " kata Lana.

Mereka semua sudah gelak sakan melihat Lana. Mereka beriringan masuk ke pintu pagar sekolah.

"Zana cepatlah! " panggil Ezaty apabila melihat Zana sudah ketinggalan ke belakang.

"Kau jalan depan dulu. Aku follow. Aku nak cek buku nota add math aku jap. " balas Zana sambil sibuk mencari buku notanya dan berjalan perlahan-lahan ke arah kawan-kawannya.

Hon!... Hon!..Hon!..

Bunyi hon dari motor yang laju menghala ke arah Zana membuatkan Qisya,  Ezaty dan Lana berpaling ke arah Zana.

"Zana!! " jerit mereka bertiga.

Qisya berlari pantas menarik Zana ke tepi.  Hampir sahaja Zana dilanggar.

"Kau ok? " tanya Qisya sambil membelek-belek badan rakannya.  Muka Zana sudah berubah pucat.

Lana dan Ezaty mendekati mereka. Mereka menarik Zana dalam pelukan mereka.

"Weh kau ok tak? " tanya seorang lelaki ke arah Zana.

Qisya memandang tajam ke arah lelaki itu. Shariff?
Fakhri, Iqbal dan Kiky mendekati mereka.

"Kau ni bawak motor memang tak pandang depan ke?! " hambur Qisya.

"Aku minta maaf. " kata Shariff.

"Senang je kan kau minta maaf. Kalau aku tak datang tarik dia tadi, dia dah mati tau! " marah Qisya lagi.

"Aku betul² tak sengaja. Zana aku minta maaf. "Rayu Shariff lagi.

"Atau kau sengaja nak langgar dia? " tuduh Qisya.

"Ehh! Kau mulut jaga sikit! Takkan Shariff sengaja nak langgar dia. Dia tak sengaja!  Kau yang nak lebih² marah ni kenapa?!" Sampuk Fakhri.

"Dah memang kawan kau yang salah! " marah Qisya lagi.

"Shariff dah minta maafkan! " balas Fakhri.

"Qisya dah la tu.  Aku ok. " kata Zana menarik lengan Qisya untuk pergi apabila melihat Qisya yang dah mula naik berang.

"Bro..  Dah la tu..  Aku yang salah ok. " Kata Shariff.

Qisya dibawa pergi oleh kawan-kawannya. Fakhri dan kawan-kawannya juga masuk ke sekolah.

"Aku tak puas hati lah dengan pompuan tadi! " bentak Fakhri.

"Dah la..  Kau ni jangan cari masalah. " pesan Iqbal.

Mereka duduk ke tempat masing². Tidak lama kemudian Qisya dan kawan-kawannya pula masuk ke kelas. Qisya menghadiahkan jelingan maut ke arah Fakhir.

"Haihh budak ni!  Aku sepak karang! " kata Fakhri.

"Kau ingat aku takut? " balas Qisya.

Fakhri sudah bangun. Mereka berdua bertentang mata.

"Ehh korang dah la! " tegur Ezaty.
Semua mata mula memandang ke arah mereka.

"Selamat pagi semua! " ucap Cikgur Nasir.

Lana menarik Qisya untuk pandang ke hadapan. Qisya menghentak bukunya kuat ke atas meja. Terkejut Iqbal dan Lana yang duduk berhampiran dengan Qisya.

"Tak lama heart attack aku" kata Iqbal perlahan.
-----------------------------------------------------
Zana memegang tangan Qisya. Qisya menarik nafas perlahan-lahan. Ezaty dan Lana duduk berhadapan dengan mereka.

"Aku minta maaf. Aku tak boleh la kalau kawan² aku cedera. Aku tak suka. " luah Qisya.

"Kitaorang tahu. Tapi dia dah minta maaf kan. Aku dah maafkan. Dah la cari gaduh. " pesan Zana.

"Betul tu Qisya. Nanti tak pasal kau kena gossip satu sekolah. " kata Ezaty.
Qisya hanya menggangguk.
Lama kemudian, ada seorang budak lelaki menghampiri mereka.

"Kak..  Ni Ada Surat dari kawan saya. " katanya.

Qisya memandang tajam ke arah budak itu.

"Kau nak makan terajang aku ke?! Baik kau blah!  Kau cakap dekat kawan kau jangan nak menggatal mengorat orang. Dah la tak cukup umur! " Marah Qisya.

"Maaf kak.. " kata budak itu lalu lintang pukang lari.

"Qisya!  Kesian budak tadi. Dia tak salah. " tegur Lana.

"Biarlah!  Menggatal sangat. " jawab Qisya.

Mereka dah lali dah dengan perngai Qisya. Selalu aje Ada budak nak hantar Surat pada Qisya ni.  Maklumlah cantik!

GENG WOLFWhere stories live. Discover now