Bab 5

2.8K 111 0
                                    

"Qisya!  Turun makan! "Panggil Datin Rania.

Qisya turun ke dapur. Dia duduk sebelah papanya dan di hadapan mamanya.

"Qisya kenapa muka tu? " tanya Datin Rania, risau.

"Tak ada apalah. Cedera sikit je ni. " kata Qisya terus menyumbat nasi ke dalam mulutnya.

Datin Rania memandang tajam ke arah Dato' Aliff.  Dato' Aliff seperti mengerti pandangan Datin Rania hanya mengangkat bahunya.

"Qisya ok? " tanya papanya.

"Ok.  Jangan risaulah ma, pa. Qisya ok. Qisya pandai jaga diri. "Kata Qisya tidak mahu papa dan mamanya risau. Dia bukan budak kecik!

"Qisya mama risau tau. Dah jangan nak libatkan diri kamu lagi dengan urusan papa!  Mama tak suka!  Mama tak nak kamu cedera! " tegas Datin Rania.

"What?! " serentak Dato' Aliff dan Qisya menjerit.

"Ma..  Qisya ok. Qisya bukan budak kecik." Kata Qisya.

"Kamu tu perempuan. Jangan nak jadi gengster sangatlah. " tegur Datin Rania.

"Mana ada ma! " bantah Qisya lagi.

"Awak apa ni!  Biarlah dia. " back up Dato' Aliff.

"Ye lah.. Tapi Qisya kena janji ya jangan sampai kamu tinggalkan mama! " nasihat Datin Rania.

"Ok set ma! Qisya janji! " kata Qisya sambil tersenyum. Sempat lagi papanya mengenyit mata kepadanya.
------------------------------------------------------
"Awalnya dia sampai. Siap tidur lagi. " kata Iqbal apabila melihat Qisya yang sudah terlentok kepalanya di atas meja.

Fakhri, Kiky dan Shariff menghampiri Iqbal. Mereka meletakkan beg ke tempat mereka masing².

"Woi Kiky!  Kau bawak tak eyeliner?" Tanya Fakhri.

"Haih.. Kau dah buang tabiat apa nak pakai make up pulak ni? " tanya Shariff.

"Bukanlah.. "

"Habis tu? " tanya Kiky.

Fakhri mengangkatkan keningnya beberapa Kali.

"Fakhri kau jangan kau!  Mati kau nanti! Haih tak sempat aku nak makan nasi minyak kau nanti! " kata Iqbal.

"Woi kau memang kan tempah keranda! " tambah Shariff pula.

"Aku nak pergi ukir batu Nisan dulu. " kata Kiky lalu duduk ke tempatnya.

Tidak lama kemudian, kawan² Qisya masuk ke kelas.

"La.. Sini rupanya kau. Puas kitaorang cari. "kata Ezaty.

"Qisya.. Qisya.. Bangun!  Asal kau tidur pagi² buta ni? " panggil Lana sambil menggoncangkan tubuh Qisya.

Qisya bangun lalu mengangkat mukanya menghadap kawan-kawannya.

"Mak aihh! Hantu!! " jerit Ezaty dan Zana.

Lana memandang ke arah Qisya. Terkejut beruk dia dibuatnya. Badannya rebah ke lantai.

"Hah Ezaty,  Zana dah kenapa terjerit ni?! " tegur Cikgu Hayati ketika mendengar jeritan anak muridnya.

"Ha.. Han... Tuu.. Hantu! " jerit mereka.

Cikgu Hayati melihat ke arah Qisya.

"Apa kena kamu ni Qisya! Make up pun agak-agaklah! " marah Cikgu Hayati.

Qisya yang baru bangun daripada tidur ni bingung. Qisya memandang ke arah cermin kelasnya.

"Sapa pulak yang make up kalah bangla ni! " jerit Qisya kuat.

Iqbal, Kiky dan Shariff menekup telinga mereka akibat jeritan Qisya. Fakhri yang berada di belakang hanya ketawa terbahak-bahak. Qisya memandang Fakhri tajam.

"Ni mesti kau punya kerja kan?! " marah Qisya.

Fakhri bangun lalu menghadap mula Qisya.

"Jaga sikit mulut kau nak tuduh²." Kata Fakhri selamba.

"Kau memang kan.. "Kata Qisya dengan nafas turun naik.

Fakhri menghulurkan tisu kepada Qisya. Qisya berlalu tanpa mengambil tisu daripada Fakhri.

"Qisya!  Kau ok tak ni? " tanya Lana.

"Ok. Dasar mamat Gila! " bentak Qisya dalam tandas.

"Kau sabar Qisya. Jangan buat hal. " pesan Lana.

"Dah la.  Jom masuk kelas." Ajak Qisya. Nasiblah dia msih boleh sabar.

"Qisya apa hal dengan bibir hang tu?  Bengkak aku tengok? " tanya Zana.

"Tak de apa lah. " jawab Qisya.

'Tak kan aku conteng muka dia dah luka kut bibir dia? ' bisik Fakhri.

"Mesti sebab semalam kan?  Kau gaduh semalam. " jerit Ezaty.

"Kau boleh diam tak! Aku hempuk karang! " kata Qisya.

"Opss.  Sorry. " kata Ezaty.

"Dia bergaduh? " bisik Fakhri perlahan.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now