Bab 15

2.4K 80 0
                                    

Selepas 5 tahun kemudian...

Qisya tersentak apabila mendengar telefonnya berbunyi. Dengan malas dia mengangkat.

"Hello pa. " jawab Qisya.

"Kamu sihat tak Qisya? Bila nak balik sini? " tanya Dato' Aliff.

"Qisya sihat. Nanti Qisya balik. Pa, Qisya nak minta tolong boleh tak? " tanya Qisya.

"Cakap aje. Papa akan tolong anak papa ni. " balas Dato' Aliff.

"Papa boleh tak suruh anak buah papa tu jangan ikut Qisya lagi! Qisya dah besar ok! Qisya pandai jaga diri! " rungut Qisya. Bukan dia tidak tahu papanya menyuruh anak buahnya mengikutinya. Dia bukan budak kecik!

"Papa cuma risaukan Qisya. Qisya kan dah tak tinggal dengan papa. Kamu satu-satunya anak papa." Luah Dato' Aliff.

"Qisya tahu pa. Tapi, Qisya pandai jaga diri. Jangan risau. Please papa.. " pujuk Qisya.

"Baiklah. Kaau ada apa² bagitahu papa cepat² ok? "

"Ok! Tak pe la. Qisya nak rehat. " kata Qisya terus memutuskan taliannya.

"Apehal ni Qisya? " tanya Lana lalu duduk di di sebelah Qisya.

"Tak de la. Ezaty dengan Zana mana? " tanya Qisya.

"Apalagi membuta la! " jawab Lana.

Selepas mereka berempat mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm, mereka melanjutkan pelajaran di UM. Selepas pada itu, mereka mengambil keputusan untuk berehat sebelum mencari kerja. Mereka juga menyewa sebuah rumah yang tidak jauh dari tempat tinggal mereka. Ini pun atas alasan ingin berdikari!

"Qisya nanti kita pergi shopping nak? Tengah hari ni? " ajak Lana.
"Boleh je." Balas Qisya.
------------------------------------------------------
Mereka semua bersiap-siap untuk ke mall.

"Korang gerak cepat! Aku follow dari belakang." Arah Qisya terus memakai helmetnya.

Motor Kawasaki yang dihadiahkan oleh papanya 3 tahun lepas sempena hari lahirnya mula dihidupkan olehnya.

Lana, Ezaty dan Zana lagi selesa menggunakan kereta daripada motor. Kereta yang dibeli oleh Lana 2tahun lepas memudahkan kerja mereka untuk bergerak ke satu tempat.  Mereka mula bertolak ke mall.

Qisya memberhentikan motornya di sebelah kereta Lana apabila lampu isyarat bertukar merah. Tidak lama itu, sebuah motor yang sama seperti Qisya berhenti di sebelah motor Qisya. Qisya memandang ke arah motor itu. Dia melihat ke arah penunggang motor itu.

'Macam kenal mamat ni?' Bisik Qisya perlahan.

Pin!! Pin!!

Bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan Qisya. Lampu hijau! Dia mengeluh dan terus memecut motornya mengikuti kereta Lana.

"Kau pehal tadi? Berangan? " tanya Lana lalu membangkitkan isu di traffic light tadi.

"Mana ada. Aku macam pernah tengok la mamat sebelah aku tadi. " luah Qisya sambil menyumbat sesudu kentang putar dalam mulutnya.

Mereka membuat keputusan untuk makan di KFC sahaja selepas membeli belah.

"Kenapa dengan mamat tu? " tanya Zana, pelik.

"Tak. Dia nampak macam seseorang yang aku kenal. " kata Qisya.

"Seseorang yang kau kenal? Siapa? Fakhri? " usik Ezaty.

"Mana ada! " nafi Qisya terus menyambung suapannya.

Fakhri? Dah lama tak dengar cerita dari Fakhri. Kali terakhir mereka berjumpa semasa di taman 5 tahun lepas. Semasa terima result spm pun dia tidak hadir. Apalah yang dia buat sekarang.

Mata Qisya tertumpu pada seseorang yang duduk di hujung bangku yang jauh dari mejanya. Mata lelaki itu juga melihat ke arahnya. Qisya tidak dapat mengesan siapa lelaki itu kerana lelaki itu memakai kaca mata warna hitam.

"Qisya! Jomlah! Kita nak balik dah! " panggil Lana.

Qisya mengesat mulutnya lalu bangun. Dia melihat ke arah lelaki itu untuk kesian kalinya.

'Dah tak de?! Cepatnya! ' bisik Qisya, hampa.

Dia berjalan ke arah tempat parking motornya. Dia yakin lelaki tadi bukan anak buah papanya.

GENG WOLFМесто, где живут истории. Откройте их для себя