Bab 30

2.3K 88 0
                                    

Keesokan harinya, mereka bersiap untuk bertolak selepas sarapan.

Qisya memandang ke arah beberapa kereta yang meluru masuk ke kawasan homestaynya.
"Papa?" Katanya.

"Qisya! Apa kamu buat kat sini? Kami semua risau tau! " kata Dato' Aliff.

Fakhri mengangkat telefon dari Iqbal.

"Fakhri! Qisya hilang! Dia tak de kat rumah!" Jerit Iqbal dari hujung talian.

"Memanglah dia tak de kat rumah sebab dia ada kat sini! Kau ni, aku suruh jaga dia! Kau buat apa sampai dia terlepas sampai sini!" Marah Fakhri.

"Kau biar betul?! Cepatny minah tu sampai. Kalau macam tu tak pe lah. Jumpa kau kat rumah. Bye! " ucap Iqbal terus talian terputus.

"Tak guna kau Iqbal! Sajalah tu nak elak!" Bebel Fakhri lagi.

"Wehh! ayah kau datang dengan Dato' Aliff tu kat depan! " beritahu Kiky.

Fakhri meluru ke depan.

"Fakhri, terima kasih la jaga Qisya." Ucap Dato' Aliff sambil mengusap lembut rambut anaknya.

"Tak de lah Dato'. Saya rasa Qisya yang jaga saya dan anak² buah saya. Kalau tak de dia, mesti Dato' tengok batu nisan saya je harini." Gurau Fakhri.

Tengku Eizlan dan Dato' Aliff ketawa perlahan.

"Fakhri, kamu bawak Qisya balik harini. Ayah dengan Dato' akan pindahkan barang tu di Johor." Kata Tengku Eizlan.

"Baiklah kalau macam tu." Balas Fakhri.
------------------------------------------------------
Fakhri dan Qisya membawa motor beriringan diikuti Kiky dan ahli geng Wolf.

"Qisya! Free style!" Ajak Fakhri.

"Ok!" Jawab Qisya, setuju.

Mereka mula merempit dan menunjukkan skill masing² membawa motor. Terkejut Kiky dan yang lain melihat mereka berdua.

Pin!!!!!

Bunyi hon dari motor salah seorang geng Wolf membuatkan mereka berpaling kebelakang serentak.

"Kita diekori!" Jerit Iqbal.

"Semua berpecah!" Arah Fakhri.

Fakhri, Qisya dan juga Kiky berpecah setelah ahli² yang lain sudah berpecah.

Sekumpulan Geng Black Warrior mula mengejar setiap daripada mereka.

"Kejar sampai dapat! " arah ketua mereka.

Setengah daripada ahli Geng Black Warrior menggunakan kereta drift dan yang lain menggunakan motor yamaha.
------------------------------------------------------
Iqbal segera berjumpa dengan Shariff apabila Shariff menelefonnya. Macam urgent!

"Oiii kenapa ni?" Tanya Iqbal lalu mengambil tempat di hadapan Shariff.

"Parahh bro! Black Warrior sekarang tengah kejar Fakhri dan yang lain! Kumpulan Beast pulak ada sekitar sini tengah perhatikan kita!" Beritahu Shariff dengan matanya tidak lepas dari skrin laptopnya.

"Apa?! Parah ni! Hantar anak² buah kita pergi tengok Fakhri." Arah Iqbal.

Shariff menggangguk. Dia terus menekan-nekan keyboard laptopnya.

Keadaan mereka menjadi senyap tiba-tiba. Iqbal sibuk memikirkan tentang Fakhri manakala Shariff sibuk dengan laptopnya.

"Game over!! " bunyi daripada laptop Shariff memecahkan kesunyian pada ketika itu.

Iqbal memandang tajam ke arah Shariff.

"Tak guna kau! Kawan kita dalam bahaya! Kau sempat lagi main game!" Marah Iqbal sambil memukul bahu Shariff.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now