Bab 20

2.4K 81 0
                                    

Makan malam itu berjalan seperti yang dirancang.

"Aliff saya ada benda nak cakap." Bisik Tengku Eizlan. Mereka keluar dan duduk di taman.

"Kenapa? " tanya Dato' Aliff.

"Geng Black Warrior, Wild Life dan Beast dah semakin hampir. Mereka tengah mencari maklumat pasal kau sekarang." Beritahu Teng Eizlan.

"Apa aku nak buat? Macam mana aku nak sorok barang aku? " luah Dato' Aliff.

"Kau sorok dulu barang kau kat tempat kita di Terengganu. Minggu depan kau ikut aku pergi Terengganu. Anak kau serahkan pada anak aku." Cadang Tengku Eizlan.

"Baik. Aku nak serah Geng Wolf pada anak kau. Macam mana? " tanya Dato' Aliff.

"Terserah kau. Kalau kau rasa tu pilihan terbaik." Balas Tengku Eizlan.

"Aku yakin anak kau bokeh handle. " ujar Dato' Aliff.
------------------------------------------------------
"So, kau ni anak Tengku Eizlan.. " tegur Qisya, perlahan. Takut didengar oleh ibunya yang sedang berbual dengan Puan Sharifah di ruang tamu.

Fakhri memandang ke arah Qisya sambil ketawa perlahan.

"Kenapa? Terkejut? " balas Fakhri.

"Tak langsung! At least aku boleh tahu sedikit sebanyak pasal kau." Kata Qisya.

"Kenapa kau nak tahu pasal aku?" Tanya Fakhri.

"Err.. Kau kan kawan aku. Aku kena lah tahu. Lagipun papa aku tak bagi aku kawan dengan orang yang tak dikenali." Balas Qisya.

"Papa kau kenal aku. " kata Fakhri sambil ketawa.

"Fakhri! Jom! Kita nak balik ni." Panggil Tengku Eizlan.

"Dah pergi balik! Aku nak naik dah, tidur! " halau Qisya.

"Amboi! Menghalau kau! " kata Fakhri.

Fakhri menarik Qisya rapat dengannya.

"Aku akan selalu lindung kau." Bisiknya di telinga Qisya.

"Apa kau mengarut!! " kata Qisya terus menolak Fakhri jauh darinya.

Fakhri berlalu ke depan dan terus bersalaman dengan Dato' Aliff dan Datin Rania.

"Qisya! Uncle dan auntie nak balik dah ni! " panggil Datin Rania.

Qisya berlalu ke depan dan bersalaman dengan Puan Sharifah dan Tengku Eizlan.

"Kamu jaga diri baik²." Pesan Tengku Eizlan kepada Qisya.

Keluarga Qisya menghantar tetamu mereka sehingga depan pintu. Qisya memandang ke arah Fakhri. Fakhri turut membalas pandangan Qisya, dia menghadiahkan kenyitan mata kepada Qisya sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta Tengku Eizlan meluncur laju meninggalkan banglo mewah 3 tingkat milik keluarga Dato' Aliff.
"Qisya! Bila kamu sampai? " soal Datin Rania apabila mereka sekeluarga duduk di ruang tamu.
"Tadi lah. " bakas Qisya.

"Macam mana kamu boleh ada kat dalam bilik? " tanya Dato' Aliff pula.

"Qisya panjat naik guna selimut. Qisya masuk ikut balkoni." Kata Qisya.

Dato' Aliff dan Datin Rania terkejut mendengar pernyataan dari Qisya. Biar betul?

Qisya terus naik ke biliknya. Dia tahu pasti mamanya akan membebel.
------------------------------------------------------
"Qisya.. Minggu depan papa dan mama nak pergi Terengganu. Kamu boleh kan tinggal kat sini?" Beritahu Dato' Aliff ketika terserempak dengan Qisya di depan pintu rumah. Nak keluar la tu.

"Boleh pa. " balas Qisya.

"Tapi papa dah suruh orang tolong tengok-tengokkan kamu." Kata Dato' Aliff membuatkan Qisya terkejut.

"Pa..Qisya bukan budak kecik. " rungut Qisya.

"Qisya, kita dah tak selamat sekarang. Kita dalam bahaya! Gengster² lain sedang cari papa. Jadi papa risau keselamatan keluarga papa. Papa tak nak jadi apa² pada keluarga papa. " terang Dato' Aliff.

"Kenapa papa tak cakap kat Qisya. Apa yang gengster² tu nak? " tanya Qisya.

"Harta. Tak pe. Nanti papa bagitahu cerita." Kata Dato' Aliff.
"Siapa yang jaga Qisya nanti? Zack? " tanya Qisya.

"Tak. Zack dan beberapa orangnya akan ikut papa. Ketua Geng Wolf akan jaga kamu. " kata Dato' Aliff.

"Siapa?" Tanya Qisya, ingin tahu.

"Nanti papa akan bawak kamu jumpa dia. Papa nak pergi dah ni." Kata Dato' Aliff terus masuk ke dalam kereta.

Qisya hanya memandang kereta papanya pergi. Qisya terus memecut motornya untuk keluar.

"Zack! " panggil Qisya apabila melihat Zack di depan pintu pagar rumahnya. Dia memberhentikan motornya di tepi Zack.

"Cik Qisya. Nak pergi mana? " tanya Zack.

"Aku nak keluar. Nih aku nak ucap terima kasih la sebab bantu aku semalam. " ucap Qisya.

"Ok. Macam mana semalam? Ok?" Tanya Zack.

"Berjalan lancar lah. Tak pe lah. Aku bertolak dulu." Kata Qisya terus memecut.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now