1:Singa

73.7K 1.9K 70
                                    

Raja Amer Naufal memakai pakaian yang agak santai. Harini semua hitam. Naufal mencapai cap yang berwarna hitam dan memakainya secara terbalik. Naufal menuju ke garaj kereta yang memarkirkan kereta audinya.

Naufal memandu kereta menuju ke Taman Damansara untuk menjemput kawannya memandangkan kereta dia rosak. Setelah memandu selama 15 minit,akhirnya dia sampai di depan rumah kawannya.

Naufal membunyikan hon keretanya. Tidak sampai beberapa minit,kawannya telah masuk ke dalam kereta audi yang dinaiki.

"Handsome jugak kau bila pakai semua hitam"ujar Daniel.

"Biasa je."aku membalas dengan nada yang malas. Malas nak layan si Daniel yang mulut murai ni. Bercakap mengalahkan mak nenek.

Kami sampai di IOI City Mall. Cuma nak lepak dan melepaskan stress. Ketika kami hendak melangkah masuk ke dalam,tubuhku dilanggar oleh seorang perempuan.

"Tak nampak ke perempuan? Lain kali jalan tu pakai mata bukan pakai lutut"marah aku kepada gadis yang telah jatuh terduduk akibat melanggar aku.

"Sorry Encik,saya tak sengaja"perempuan itu membersihkan habuk yang lekat pada punggungnya. Kawannya yang berada di sebelah membantu dia untuk bangun.

"Encik tak perlu la nak marah-marah dia. Lagipun salah Encik jugak sebab jalan tak tengok depan."kawannya disebelah memarahi aku.

'Aihh aku pulak yang kena"desis hatiku.

"Dah la Ella. Bukan salah dia"ujar perempuan tersebut.

"No Ris. Salah mamat ni jugak sebab dia jalan tak tengok depan"ujar Ella.

"Okey2. Kami minta maaf ye. Kami minta diri dulu"ujar Daniel memandangkan dia perasaan yang aku melihat perempuan yang melanggar aku macam nak makan.

Daniel menarik tangan aku untuk beredar dari situ. Aku hanya menuruti langkahnya.

"Kau tak patut marah dia macam tu. Malu dia bro"ujar Daniel.

"Dah dia langgar aku,aku marah la"aku masih tak berpuas hati kerana Daniel membela perempuan tersebut.

"Memang la dia langgar kau tapi kau tak kesian ke kat dia sakit sebab langgar kau. Sampai jatuh terduduk dia. Aku tengok pun kesian."ujar Daniel lagi memandangkan dia berasa simpati terhadap gadis tersebut.

"Buat apa aku nak kesian kat dia. Lantak la dia nak sakit ke nak mati ke. Tak da kena mengena dia dengan aku"ujar aku dengan nada marah.

Daniel hanya menggelengkan kepala melihat sikap Naufal yang agak dingin.

"Dahla jom kita gi makan. Aku dah lapar ni"Daniel menukar topik supaya Naufal tidak lagi mengingati kejadian tersebut.

******
Iris POV

Aku melangkah dengan cepat kerana ibu ku memberitahu bahawa dia menyuruhku untuk pulang awal kerana ada perkara yang nak dibincangkan.

Aku berjalan tanpa melihat ke depan kerana sibuk memasukkan telefon ke dalam beg. Badan aku melanggar seorang lelaki yang agak sado menyebabkan tubuh aku tidak seimbang dan terus jatuh terduduk.

Lelaki tersebut memarahi aku kerana jalan tak pakai mata. Aku meminta maaf dan membersihkan habuk yang terlekat di punggungku. Ella membantu aku untuk bangun. Ella memarahi pemuda yang aku telah langgar.

"Encik tak perlu lah nak marah-marah dia. Lagipun salah Encik jugak sebab jalan tak tengok depan"ujar Ella dengan nada yang agak tinggi.

Aku melihat muka pemuda di depan ku. Mukanya agak ketat dan nampak macam singa kelaparan. Pandangan matanya seolah nak makan aku. Aku cepat-cepat bersuara.

"Dah la Ella. Bukan salah dia".ujar aku dengan nada yang agak gementar.

"No Ris. Ni salah mamat ni jugak sebab jalan tak tengok depan."Ella masih tak berpuas hati kerana aku mengatakan yang ini salah aku.

'Aduhai minah ni. Dah sah-sah la salah aku sebab aku langgar dia dan jalan tak tengok depan. Ella ni pun satu. Nak panjangkan hal ni kenapa. Lagipun aku yang kena langgar bukan dia'ujar hati aku.

Lelaki yang berada di sebelahnya meminta diri dulu dan lelaki itu memandang aku dengan muka kesian. Aku menarik tangan Ella untuk ke kereta memandang aku sudah lambat untuk pulang.

"Aku masih tak puas hati lagi la dengan mamat tu. Ingat dia bagus sangat ke. Dah la muka macam monyet"Ella bersuara setelah memasuki kereta mini cooper ku.

Aku mengelengkan kepala dengan sikap Ella yang agak lebih.

"Aku yang kena langgar. Bukan kau. Tapi kau tak puas hati macam kau pulak yang kena langgar"ujar aku dengan tawa yang kecil.

"Memang la kau yang kena langgar,tapi masalahnya aku yag sakit hati dengan mamat tu. Tak mintak maaf dengan kau"

"Dah la. Diam. Sakit kepala aku dengar kau membebel ni"aku tersenyum dengan perangai si Ella ni. Nama je lembut,Nur Daniella tapi luar,garang macam singa nak beranak. Kahkahkah.














*okey done chap 1. Amacam,okey tak?rajin2 la vote and komen. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang tak seberapa :*

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now