56:Puasa

17.7K 574 10
                                    

"Sayang pagi esok dah puasa" tegur Naufal.

"Haah saya tahu." mata aku masih belum dialihkan dari tv. Naufal terus mengambil remote tv dan menekan butan off.

"Ishh. Kenapa ni. Saya tengah elok2 tengok cerita. Kenapa pergi tutup." marah aku. Mula la muncung itik dia keluar. Ingat comel.

"Sayang tahu dah ke nak makan apa esok pagi?" tanya Naufal tanpa menghiraukan soalan aku. Ni benci ni.

"Telur dadar je." jawab aku ringkas.

"Tu je? Sayang esok kan first puasa. Buat la makanan yang sedap2 sikit." kali ni Naufal pulak yang buat muncung itik.

"Saya buat nasi ayam,ayam goreng,telur dadar, and air oren. Puas hati?"

"Puas. Tapi barangnya ada ke tak?"

"Ada." keadaan kembali senyap. Fikiran ku tiba2 teringat kepada Damia.

"Awak janji haritu nak lawat Damia. Tapi sampai sekarang tak lawat2 pun." aku memandangnya. Dan tak aku sangka dia juga turut memandang aku. Sejak bila dia pandang aku ni.

"Esok la kita lawat dia." balas Naufal dengan senyuman manisnya. Ni kalau tengok dengan mata kepala sendiri,sumpah kau akan kena diabetes sebab senyuman dia manis gila bhai.

"Erkk dah la. Saya nak tidur. Key good night." aku menuju ke bilik tidur. Dan mula membuat peta dunia.




~~~~~


Jam loceng yang aku kunci pada pukul 4:30 pagi telah pun berdering. Aku menutup ia lalu terus turun ke bawah. Kena masak untuk bersahur pagi ni. Setelah siap aku berperang di dapur,aku naik semula ke bilik untuk mengejut Naufal.

Aku membuka pintu bilik dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan Naufal.

"Fal. Bangun la sahur. Harini kan puasa." lembut aku mengejutkan Naufal dari lena. Amboi siap ada peta dunia lagi. Haha k gurau.

"Emm." ee apasal liat sangat mamat ni nak bangun ni. Semalam bukan main bersungguh cakap pasal puasa. Alih2 dia pulak yang liat nak bangun.

"Fal bangun la. Lewat dah ni." aku mengerling ke arah jam. Sekarang dah pukul 5:15 pagi. Akhirnya setelah dipujuk dirayu bagai,Naufal bangun dari tidur. Dia membasuh muka dan mula turun ke bawah.

Aku menghidangkan dia nasi dan air. Selepas siap menghidangkan untuknya,dia melihat aku dengan muka yang tak percaya.

"Sayang kata nak masak nasi ayam,ayam goreng,telur dadar and air oren. Ni apasal ayam goreng,nasi kosong dan air kosong je ni?" ada nada tak puas hati disitu.

"Alaa yang tu nanti la saya buat. Sekarang ni kita makan yang ni je eh. Lagipun saya ngantuk sangat. Dah cepat makan. Dah nak habis waktu ni. Jangan banyak songeh." arah aku.

Tanpa membantah,Naufal terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Setelah selesai makan,kebetulan azan waktu subuh telah berkumandang. Nasib sempat sahur.

"Nanti bukak puasa sayang buat puding gula hangus boleh tak? Craving la. Lepastu make sure buat nasi ayam. Kalau boleh biar tumbs up. Ingat tau sayang."


"Emm tengok la kalau saya rajin. Dah jom tolong saya kemas meja ni."




*selamat berpuasa guys🌸for those yang membaca cerita ni time petang,hoho mohon tabah la😂 jangan kau gi dapur bukak peti sudah aku tak tanggung😂hahaha selamat berpuasa again daripada sha🌸

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now