21:Pantai

21.7K 792 24
                                    

Hari ni Naufal ajak aku jalan2 keliling kampung. Katanya nak bawak aku pergi tengok pantai. Perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Sepanjang perjalanan,aku banyak melihat orang menjual pelbagai makanan di tepi jalan.

Ada jagung rebus,jagung bakar dan macam2 lagi. Teringin nak makan jangung rebus. Tapi kalau suruh Naufal beli,mesti dia tak nak. Sebab dia ni kedekut gila. Akhirnya kami sampai juga di pantai. Ramai orang datang mengunjung ke pantai ini.

Naufal meletakkan kereta di tempt yang kosong. Nasib la ada kosong kalau tak,balik la jawab dia. Orang yang datang ke sini boleh tahan ramainya. Sesetengah datang dengan family,sesetengah datang dengan kawan dan sesetengah lagi datang dengan pakwe makwe.

Aku duduk di atas batu mengadap pantai. Angin yang agak sempoi mendamaikan aku. Aku melihat wajah bersih Naufal yang disapa angin pantai menyerlahkan lagi kekacakan dia. Oyemji. Sumpah handsome gila.

"Dulu time aku kecik aku suka gi pantai. Tengok laut dan tengok langit. Dan bila aku gi pantai,aku akan cari tempat tak ada orang supaya boleh tenangkan diri aku"ujar Naufal.

Aku hanya mendiamkan diri mendengar luahan Naufal.

"Dulu bila aku dan Diana balik sini,aku selalu bawak dia datang sini. Habiskan masa kami bersama kat sini. Banyak memori aku dan dia"tambah Naufal.

Sungguh walaupun aku gembira kerana Naufal menceritakan kisahnya kepada aku tanpa aku meminta,di dalam lubuk hati aku yang paling dalam,aku terasa agak sedih. Kerana Naufal masih mengingati Diana walaupun Diana sudah tiada.

Sungguh dalam cinta Naufal kepada Diana. Dapatkah Naufal mencintai aku sebegitu rupa? Dapatkah aku merasa bagaimana dicintai oleh suami?

"Selepas Diana pergi,aku fikir,bila aku boleh ikut dia. Aku pun nak ikut dia jugak. Tapi bila fikir pasal parents aku,aku jadi ubah fikiran. Aku masih nak hidup. Aku nak bahagiakan parents aku. Tapi kuasa Allah kita tak tahu. Satu hari tu aku.."

Naufal berhenti bercakap. Dia menundukkan kepala dia. Nampak air mukanya macam ada masalah. Nampak macam ada sesuatu yang dia menanggung.

"Awak apa Naufal?"tanya aku. Naufal hanya berdiam diri. Dia memandang pantai.

"Awak apa Naufal?!"desakku. Naufal macam menyembunyikan sesuatu daripada aku.

"Awak apa Naufal!"tanya aku. Naufal memandang aku lalu memandang langit.

"Aku mimpi yang parents aku tinggalkan aku"ujar Naufal. Muka dia nampak macam.....

"Awak jangan cakap macam tu. InsyaAllah parents awak umur panjang. Doa baik2."aku memberikan semangat buat dia.Walaupun aku tak berapa percaya kata2nya. Tapi biar la masa yang menentukan.

Hampir sejam kami berada di pantai,akhirnya Naufal mengajak ku untuk pulang ke rumah. Di dalam kereta aku berfikir. Nak suruh ke tak. Nak suruh ke tak.

"Emm Naufal."aku memanggil Naufal. Dia hanya mengerling ke arah ku sekilas.

"Emm kita beli jagung rebus kat tepi jalan boleh tak? Tadi saya ada tengok ada orang jual"ujar ku. Aku melihat muka Naufal dan dia hanya menggangguk. Aku tersenyum kerana Naufal boleh menunaikan permintaan ku.

Naufal memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membeli jagung rebus untukku. Dia masuk semula ke kereta dengan satu plastik yang berisi 5 tongkol jagung rebus.

"Kita makan kat rumah. Sekali dengan nenek"sempat Naufal berkata ke arah ku. Alaa. Baru bercadang nak makan sekarang. Dah la tengah craving gila ni. Aku menyimpan semula jagung ke dalam plastik.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now