59:Klinik

18.5K 593 19
                                    

Bila dikira hari, harini Naufal akan balik semula ke tanah Malaysia selepas berada di kota Paris. Harap2 nanti dia balik dia buat balik Eiffle Tower untuk aku.

Aip bukan Eiffle Tower yang betul2. Tapi yang keychain punya. Giler ke apa nak buat balik yang tu. Haha. Tapi Naufal kata semalam yang dia mungkin akan sampai lewat sikit tapi sempat la nak berbuka bersama kami.

Dah lama tak berbuka bersama2 dengan dia. Kalau masa berbuka tu,ada la karenah dia nak macam2. Ayam penyet la,ayam percik la,puding la,murtabak la. Yang paling gila boleh pergi request kat aku yang dia nak jagung bakar.

Memang la boleh dapat tapi time dia mintak tu orang dah nak berbuka. Mana ada orang jual time tu. Aduhh.

Sedang elok aku menonton movie di tv,iphone aku yang ada di atas meja berbunyi menandakan ada orang menghantar mesej. Aku mencapai dan membuka mesej tersebut.

Daddy🙆🏻‍♂️
-Naufal sampai kat airport pukul 4:30. Iris pergi ambik dia tau. Semalam dia call daddy. Daddy dengan mummy ada kat luar lagi ni.

Oh daddy rupanya. Tapi jap. Semalam Naufal call daddy cakap dia sampai pukul 4:30? Kenapa dia tak cakap sendiri kat aku? Aku memandang jam yang ada di dinding.

Sekarang dah pukul 3:15 lebih baik aku bertolak sekarang nanti tak pasal2 tersangkut dalam jammed.


~~~~~~~~

Waktu azan maghrib telah pun berkumandang dan kami sekeluarga mula berbuka puasa. Harini aku dan Naufal berbuka di rumah mummy sebab mummy kata dia masak banyak.

"Abang. Abang buat balik tak ole2 kat Paris?" tanya Alia dengan mulut yang penuh dengan nasi. Tak senonoh betul. Adik sape la ni.

"Tak kan la setiap kali dia pergi kerja kena beli ole2 untuk kau. Botak la dia nanti." tegur aku. Eleh cakap kat adik sendiri padahal dia pun sama. Hehe.

"Eleh biarla. Akak kalau jeles cakap." aku tidak menghiraukan dia kerana sekarang ni kepala aku tiba2 pening dan rasa nak muntah.

"Sayang okey tak ni?" tanya Naufal setelah melihat muka aku yang agak pucat. Memang kalau time2 nak muntah mesti muka aku akan pucat.

Aku tidak menjawab soalan Naufal sebab aku terus meluru ke arah sinki untuk muntah. Setelah memuntahkan segala isi di dalam perut,aku rasa tiba2 nak pitam. Belum sempat tubuh aku menyentuh lantai,Naufal sempat memegang aku.

"Fal,bawak Iris pergi klinik. Mummy takut apa2 jadi kat Iris." panik mummy melihat keadaan aku. Naufal menyarungkan tudung di kepala aku dan terus mengangkat aku masuk ke dalam kereta.

Setelah sampai di klinik,Naufal mengangkat aku terus ke bilik doktor. Amboi sesedap dia je terjah bilik doktor. Eh tak de la. Lepas kami menunggu baru dia terjah masuk. Hehe.

Doktor yang bernama 'Atirah' mula memeriksa badan ku. Muka dia macam ada khabar yang buruk. Kenapa ni?

"Sebenarnya encik. Isteri encik dia ada penyakit." sayu doktor itu menjelaskan perkara yang menyebabkan aku boleh pengsan.

"APA!!" lantang suara Naufal. Adoi boleh pekak telinga aku. Tapi kejap. Penyakit? Aku ada penyakit? Perlahan2 air mata mula membasahi pipi mulus ku.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now