64:Kepercayaan

16.4K 489 17
                                    

Aku meletakkan kaca mata hitam di atas meja cafe yang aku duduki sekarang. Sekarang yang aku perlu buat ialah tunggu 'dia'. Tak lama selepas itu,muncul seorang gadis yang pakaian agak seksi.

"Have a seat." aku mempelawanya duduk di depan aku. Tak banyak bicara,dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Kau nak aku buat apa lagi kali ni?" ujar si dia.

"Aku nak kau rapat dengan Iris nak raih kepercayaan dia. Lepas kau dah dapat kepercayaan dia,terus inform aku. Faham?" gadis yang bernama Shafiqa hanya mengangguk kepala tanda faham.

"Faham. Upah?" aih mata duitan betul minah ni. Kau menghulurkan sampul yang di dalamnya berisi wang 2000.

"Settle kan kerja kau. Lepas siap,aku akan bagi selebihnya." dia masukkan wang tersebut ke dalam beg tangannya dan meninggalkan aku seorang diri.

'Tak lama lagi hidup kau akan hancur Iris.' ujar hati jahat ku.



~~~~~


"Abang flight harini. Sayang jaga diri sayang baik2 eh." Naufal berpesan kepada aku sebelum dia berangkat pergi ke lapangan terbang.

"Baik bos. Saya mengikut perintah." aku memberikan tabik hormat kepadanya. Dia tersenyum nipis dan menggosok kepala aku membuatkan rambut aku serabai. Ishh.

"Main2 eh. Haa lagi satu. Abang tak nak sayang rapat dengan Shafiqa tu tau. Selama abang pergi kerja ni sayang duduk rumah mummy atau mama tau."

Kenapa tiba2 tak boleh rapat dengan Shafiqa ni. Dia kawan aku kot.

"Alaa kenapa pulak awak. Dia baru ajak saya berbuka kat luar harini dengan dia. Satu lagi. Saya nak tidur sini la. Saya tak nak susahkan mummy atau mama." aku memuncungkan mulut ku.

"Hurmm." Naufal membuat gaya seperti sedang berfikir. Aduh jangan la buat camtu. Cair aku nanti.

"Please awakkkkkkk." aku mengelipkan mata seperi mata puss in boots.

"Yela. Tapi suruh Alia or Talia temankan. Sayang jangan pergi sorang2. Sayang tu dah la mengandung. Kalau nak tidur sini,suruh Alia or Talia teman jugak. Tak pun suruh dua orang tu tidur sini." Naufal akhirnya memberikan kata putus.

Alaa Shafiqa ajak aku bukan ajak Talia atau Alia. Tapi dah Naufal kata macam tu terpaksa la aku setuju. Kang kalau tak setuju,tak boleh keluar lak.

"Yela. Awak hati2 tau." aku menyalami tangannya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam rumah.

Aku mencapai telefon ku untuk menghantar mesej kepada Shafiqa bahawa aku akan membawa teman.

Iris
-Aku bawak adik aku tau untuk berbuka. Naufal suruh dia teman aku.

Aku menghantar pesanan itu kepadanya. Tak sampai 10 minit aku menerima mesej daripada seseorang.

Shafiqa
-Yela

Aih kenapa macam tak bagi je ni Alia ikut aku. Dia ni okey ke tak. Malas nak fikir pasal dia,aku menghantar pesanan kepada Alia bahawa dia kena teman aku berbuka di luar.


Iris
-Lia teman akak berbuka kat luar eh. Abang Naufal suruh Lia temankan akak.

Alia Ngek
-Roger kak. Akak ambik tau.

Kau tak cakap pun memang aku akan ambik kau sebab kau mana tahu aku nak berbuka kat mana. Aku naik ke bilik untuk bersiap2. Kalau gerak lewat nanti tak pasal2 tersangkut dalam jammed.




*guys. Nak tanya ni. Sepanjang korang baca cerita saya ni ada persamaan dengan mana2 cerita ke? Mohon jawab tau🙏. Sebab ada orang kata cerita saya ada sama dengan satu story ni. Kalau ada sama,maaf. Tapi idea ni memang dari otak saya sendiri.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now