26:Marah

22.1K 813 58
                                    

Aku memandu pulang ke rumah setelah selesai keluar bersama rakan2 ku. Aku meletakkan kereta di halaman rumah bersebelahan dengan kereta Naufal. Ini bermaksud Naufal sudah pun ada di dalam rumah. Aku keluar dari perut kereta lalu terus menuju ke dalam rumah.

Kelihatan tubuh Naufal yang sedang duduk di atas sofa. Aku memberikan salam lalu terus menuju ke arah Naufal selepas menanggalkan flat shoes ku. Aku berada di depan Naufal dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tapi kenapa Naufal tak sambut?

"Er awak dah makan?"tanya ku. Jarang melihat Naufal seperti ini. Walau dia benci aku pun dia tetap sambut huluran ku tapi ini?Apa dah jadi.

"Kau dari mana?"tanya Naufal. Tapi aku boleh tahu bahawa Naufal sedang menahan amarahnya.

"Er dari mall. Tadi kan saya dah cakap yang saya nak keluar dengan kawan saya."ujar ku perlahan. Aku menundukkan kepala ku ke bawah selepas bertentang dengan mata Naufal yang mampu membunuh ku.

"Kawan apa sampai berpelukan"marah Naufal. Aku mengangkat muka memandang Naufal. Aku tak faham apa maksud Naufal. Biasa perempuan peluk perempuan kan.

"Apa awak cakap ni. Biasala perempuan peluk perempuan."

"Pastu ni apa?!"bentak Naufal.

Kelihatan gambar aku sedang berpelukan dengan seorang lelaki. Tu kan Arsyad. Eh. Adui Naufal ni dah salah faham. Sebenarnya time tu aku nak jatuh tapi Arsyad sempat sambut aku. Tu yang nampak macam berpelukan sikit.

"Okey saya boleh explain. Time tu saya..."belum sempat aku nak menjelaskan hal yang sebenar Naufal dah memotong.

"Kau kalau kau nak berpelukan pun jangan la tempat awam. Jaga sikit muka aku ni"sembur Naufal tanpa sempat aku menjelaskan hal yang sebenar.

"Awak ni dah kenapa. Saya nak explain kan ni. Tak payah la nak sembur saya macam tu sekali.  Saya tahu hukum hakam la. Lagipun awak sendiri yang kata kan kita  buat hal masing2 so kenapa sekarang awak nak menyibuk pulak"marah aku. Ya kalau aku dah marah memang perangai aku akan berubah. Nasib baik tak cakap aku kau. Kalau tak.

"Masalahnya aku cakap hal betul. Kalau kau tahu hukum hakam kau tak kan berpelukan dengan lelaki lain. Kat tempat awam pulak tu. Tak tahu malu ke."

Aku tidak melawan kata2 Naufal. Bukan tak nak bela diri tapi kalau berdebat dengan Naufal ni asyik dia je nak menang.

"Ha kenapa diam. Baru perasan yang kau tu salah."

"Bukan saya baru perasan tapi saya malas nak lawan cakap awak. Awak tu semua benda nak betul. Ego tinggi melangit."aku menutup mulut ku dengan tapak tangan. Alamak terlajak kata pulak. Mampus la aku.

"Kau cakap apa. Ego tinggi melangit. Kau jangan cabar aku Iris. Aku boleh buat apa je tanpa kau dapat bayangkan."marah Naufal.

"Ha saya cabar awak la ni."kata ku. Alamak silap cakap lagi. Adui. Naufal datang dekat pada ku. Aku mengundur ke belakang. Takut tengok muka Naufal yang macam singa kelaparan. Naufal terus menarik pinggang ku. Aku terkejut dengan tindakan Naufal. Apa dia nak buat ni.

"Awak nak buat apa ni"tanya ku dengan nada bergetar. Takut melihat perangai Naufal.

"Tadi kau cabar aku kan."senyum sinis terukir di bibir Naufal. Naufal mendekatkan badan dia dengan ku. Satu. Dua. Tiga. Bibir Naufal melekat dekat mulut ku. Aku membulatkan mata lalu menolak tubuh Naufal dengan sekuat hati ku. Aku menamparnya. Sungguh aku terkejut.

"Awak dah gila ke hah. Saya benci awak" Titisan air mata keluar dari kelopak mataku. Aku terus menaiki tangga lalu menuju ke bilik ku. Aku mengunci pintu bilik. Aku menyandar di pintu. Aku menangis teresak2. Sungguh aku bencikan Naufal.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now