14:Patah Hati

24.6K 909 28
                                    

Selepas solat Zuhur dengan Iris,aku bersiap² untuk ke rumah baru aku dan Iris yang telah dihadiahkan oleh papa dan mama. Aku memakai baju polo warna hitam dan dipadankan dengan seluar warna hitam. Aku menyembur sedikit minyak wangi jenama Boss ke tubuh ku. Haruman minyak wangi memenuhi ruang bilikku.

Aku menarik bagasi untuk ke kereta. Aku melihat Iris terkial² untuk megambil begnya yang ada di atas almari.

"Dah tahu pendek,mintak la tolong aku. Ni tak,dah macam monyet dah. Terlompat²."aku menuju ke arahnya untuk mencapai beg yang ada di atas almari. Aku menghulurkan begnya dan sebelum sempat dia mengambilnya,aku tarik dulu.

"Lain kali makan sayur dan minum susu banyak². Biar cepat tinggi. Tak menyusahkan orang"aku membebel dan menghulurkan begnya. Mulut Iris dah panjang sedepa macam itik. Dia mengucapkan terima kasih sebelum aku meninggalkannya.

Aku sempat menarik bagasinya untuk ke bawah. Kalau tak tolong,nanti mummy dan daddy fikir bukan² pulak. Aku meletakkan begnya dan beg aku ke dalam bonet kereta. Aku menuju ke mummy dan daddy yang dah tunggu di depan pintu.

"Mummy,daddy,Naufal pergi dulu eh?"

"Yela. Hati² bawak kereta tu."ujar Encik Zakri.

"Baiklah"aku menuju ke tempat pemandu sambil menunggu Iris untuk bersalam dengan ibubapanya. Iris duduk di tempat penumpang dan kereta audi yang dibawa oleh aku,meluncur laju membelah jalan raya.

Perjalanan kami ditemani oleh suara radio. Tiada sesiapa yang mahu mulakan perbualan sama ada aku ataupun Iris. Kami hanya melayani perasaan kami. Kedengaran lagu di radio membuatkan aku teringat akan Diana.

Tak pernah terbayang akan menjadi
Seperti ini pada akhirnya
Semua waktu yang pernah kita lewati
Bersamanya telah hilang dan sirna
Hitam putih berlalu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati untuk
Dapati semua jawaban ini

Kedengaran Iris turut menyanyi lagu itu. Nyanyian kecilnya dapat didengari oleh aku. Merdu suara nya. Tak tahu pulak yang Iris ni pandai nanyi.

"Kau nyanyi lagu ni,macam tuju kat diri kau sendiri je"

"Mana awak tahu?"tanya Iris.

"Aku agak je. Sebab nada kau nyanyi tu macam diri kau sendiri"ujar ku.

"Haah. Memang pun. Lagu ni macam kena dengan kisah saya"ujar Iris dengan nada perlahan. Mungkin teringat akan kejadian masa lalu.

"Kenapa? Kau ada patah hati dengan sape² ke?"aku tersenyum sinis. Kalau Iris jawab tak nampak sangat bohongnya. Takkan la orang secantik dia tak de buah hati. Eh. Terpuji dia pulak.

"Urusan saya awak tak perlu tahu. Lagipun haritu jugak awak kata,yang kita buat hal masing². So awak tak perlu menyibuk"marah Iris. Sebenarnya aku dah tahu semua pasal Iris. Berterima kasih la pada Alia kerana bercerita.

Entah jembalang mana yang hasut aku suruh tanya Alia tentang Iris. Kejadian Iris ditinggalkan oleh kekasihnya juga telah diceritakan oleh Alia. Alia bercerita dari A hingga Z tentang Iris. Apa yang Iris suka,apa yang Iris tidak suka.

"Tak penting fikir pasal orang yang dah tak ingat kita. Buat bazir masa je"selamba badak je si Naufal berkata.

"Aih. Tuju kat diri sendiri ke cik suami?"perli Iris. Iris pun sebenarnya dah tahu semua pasal Naufal. Maklumat yang diketahui nya adalah dari Daniel.

Naufal diam seribu bahasa. Sungguh dia tak percaya bahawa Iris pandai kena kan orang balik. Ingat ke tak pandai melawan.

Aku nampak bahawa Iris tersenyum senget kerana mampu membuatkan aku diam seribu bahasa. Mungkin dia fikir dia dah menang. Aku memandu kereta tanpa membalas apa². Nanti kang,tak pasal² ada orang kena balik jalan kaki.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now