4:Langgar

27.3K 1.1K 32
                                    

Harini aku pakai blouse warna biru dipadankan dengan skirt warna hitam. Tudung pulak aku guna warna biru laut. Semalam Farah call aku suruh ambik dia kat airport.

Dah 3 tahun dia duduk UK sambung belajar. Walaupun kami sentiasa bertanya khabar,tapi aku tetap rindu dia.

Aku memandu kereta mini cooper untuk ke airport. Aku call Farah untuk tahu sama ada dia berada di mana.

Aku berjalan sambil bermain dengan telefon. Aku terlanggar seseorang menyebabkan aku dan dia terjatuh.

"Mata tu letak mana?"marah seseorang. Suara dia macam pernah dengar la. Aku mendongak untuk melihat gerangan tersebut. Aku terkaku seketika.

'Ah sudah. Mamat ni lagi. Mati aku'desis hati ku.

"Kau!"marah Naufal

Naufal memakai pakaian juruterbangnya. Topi yang berlencanakan sayap berada di bagasinya.

'Mungkin baru habis kerja kut. Sebab tengok muka dia pun macam letih. Tapi dia nampak handsome dengan pakaian kerjanya'

"Kau ni tak nampak ke hah! Jalan tu pakai mata."marah Naufal. Aku hanya menundukkan kepala kerana malu dilihat orang sekeliling.

"Kau. Bukan ke kau yang langgar aku haritu ke? Dekat IOI City Mall?"tanya Naufal dengan nada geram.

Ya,dia masih ingat pada perempuan di depannya. Inilah perempuan tempoh hari. Memang buat aku naik angin je bila berjumpa denga dia.

"Erkk.. Saya.. Saya.."aku tergagap untuk berterus terang dengannya. Tengok muka dia buat aku jadi takut untuk bersuara.

"Kau ni kan. Kalau aku jumpa kau,asyik bernasib malang je."marah Naufal. Naufal terus meninggalkan Iris seorang diri. Daniel telah sampai untuk mengambil Naufal.

Iris terus melangkah untuk mencari Farah.

"Beb"ujar seseorang di belakangku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil aku.

"Farah"la Farah rupanya. Ingat ke siapa.

"Rindu gila dekat kau beb. 3 tahun kita tak jumpa."ujar Farah. Sesungguhnya dia sangat merindui sahabatnya ini kerana Iris adalah orang yang paling rapat dengannya berbanding kawan-kawannya yang lain.

"Aku pun rindu jugak kat kau. Rindu gila2"ujar Iris dengan nada teruja dan gembira.

"Kenapa muka kau macam stress ni?"tanya Farah. Farah perasaan yang muka Iris kelihatan stress. Muka dia pun macam tak bahagia.

"Tadi aku terlanggar seseorang. Aku dah langgar dia dua kali dah. Marah gila dia kat aku"Iris berterus-terang apa yang baru sahaja berlaku. Memandangkan Farah tahu semua rahsiannya jadi dia cerita saja.

"Lelaki ke beb?"tanya Farah.

"Haah. Dah la jom la kita pergi makan. Aku lapar ni"Iris menukar topic perbualan supaya dia tidak perlu lagi ingat tentang mamat tu.

Aku menolong Farah mengheret bagasinya. Aku meletakkan bagasinya di tempat duduk belakang. Aku memandu kereta menuju ke restoran untuk penuh kan perut kami.

Kami duduk di tempat kosong. Setelah selesai order,Farah memulakan perbualan.

"Kau betul ke nak bertunang? Kau tahu ke nama dia apa?"tanya Farah.

"Haah. Mummy aku paksa aku. Mummy aku kata nama dia Raja"

Belum sempat Farah bersuara,Iris telah bersuara dahulu.

"Entah2 dia tu King Of Crocodile. Raja segala buaya."ujar Iris.

"Tak baik la cakap macam tu"

Aku hanya membuat muka kerana Farah membela Raja. Makanan kami sampai setelah 15 minit menunggu. Setelah selesai makan,aku menghantar Farah ke rumahnya.

Aku memandu keretaku untuk pulang ke rumah. Fikiran ku tiba2 teringat akan mamat yang aku langgar di airport tadi. Handsome. Kalah Lee Min Ho aku. Hahaha.










*tengok citer LOTBS buat aku jatuh cinta pada Lee Min Ho. Kahkahkah. Siapa minat Lee Min Ho kita geng.
*sorry kalau tak best. Idea saya tak sehebat karya orang lain.
*thanks pada yang sudi baca dan vote. Muahh.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now