71: I love you mr. pilot

28.8K 659 25
                                    

BANG!!

Pintu dirempuh dari luar dan bunyi das tembakan dilepaskan. Kami semua terkejut dan Damia segera mendekati aku. Seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah Damia.

Diikuti dengan anak buahnya yang mengacukan pistol ke arah anak buah Damia. Polis itu menyuruh Damia untuk lepaskan aku dan letakkan senjatanya. Tapi Damia enggan.

Belum sempat Damia ingin melepaskan tembakan ke arah pihak polis,polis telah pun melepaskan tembakan ke arah Damia. Peluru itu tepat mengena ke arah jantung Damia menyebabkan darah Damia terpercik ke mukaku.

Pihak polis melepaskan Naufal dan Naufal menghampiri aku. Dia melepaskan ikatan di tangan dan kakiku. Aku terus memelukknya dengan erat. Sungguh aku sangat merinduinya dan aku takut untuk kehilangannya.

"Shuhhh. Jangan nangis. Abang kat sini. Are u okey?" aku menganggukkan kepala aku tapi kepala aku masih ada di dada Naufal. Degupan jantung Naufal sangat laju.

"Dah jangan takut. Kita selamat sekarang." Naufal mengucup dahiku lama. Air mata masih menemani ku.

Kemunculan Daniel di muka pintu menyedarkan kami. Tahula bahwa yang melaporkan kepada pihak polis adalah Naufal.

"Camne kau tahu aku kat sini." tanya Naufal sambil tangannya membantu aku untuk bangun.

"Aku follow kau dari belakang sebelum kau kena culik. Aku nak tegur kau mula2 tapi tiba2 aku nampak kau kena pukul then kena culik. So aku ikut kereta yang culik kau and aku call la polis." terang Daniel.

Aku dibantu oleh paramedic perempuan dan Naufal dibantu oleh Daniel. Kami sama2 dirawat. Luka yang ada di tubuhku dicuci dengan hati2. Mata kami saling menatap walaupun badan di rawat oleh paramedic.

Tubuh kaku Damia dan anak buahnya di usung naik ke lori polis. Tidak aku sangka yang Damia sanggup buat semua ni. Walaupun dia telah berbuat jahat tapi aku tetap memaafkannya.

Disebabkan cinta kepada seorang lelaki dia sanggup buat benda terkutuk macam
ni.



~~~~~~~


7 bulan kemudian..

Baby bump yang terbentuk di sebalik baju aku usap dengan penuh kasih sayang. Lagi 2 minggu aku akan dijangka akan melahirkannya. Tidak sabar aku untuk melihat mukanya. Putera kesayangan mama dan papa.

Naufal yang entah dari mana memeluk aku dari belakang. Dia juga turut mengusap perut ku.

"Abang tak sabar nak tunggu putera kita lahir." bisik Naufal di telinga ku. Aku hany mengangguk. Selesa berada di dakapan Naufal. Hangat dan menenangkan.

Aku merasa sesuatu di celah kangkangku. Aku terus melepaskan pelukan Naufal dan melihat ke bawah.

"Abang sakit." air ketuban aku telah pun pecah. Naufal kelihatan panik kerana tidak tahu hendak buat apa. Dia mundar mandir kerana buntu apa yang harus dilakukan.

"Apa abang nak buat ni sayang." cemas dia bertanya. Aduh saat macam ni boleh pulak dia tanya. Memang nak kena makan penampar aku.

"Buat apa lagi. Bawa saya ke hospital la." aku mengarahkannya. Dia terus mengangguk dan mencapai kunci kereta yang ada di atas meja.

"Abanggg. Dukung la saya." aku menjerit ke arahnya yang sudah di depan. Boleh dia tinggalkan aku sorang2 kat belakang. Dah la air ketuban dah pecah. Kang kalau aku jalan,silap2 terberanak kat sini aku.

Dia menepuk dahinya dan terus mendukung aku. Dia meletakkan aku perlahan di tempat duduk perlahan. Apabila kereta sudah pun meninggalkan perkarangan rumah,terus memecut ke arah hospital.

Mukanya memang tak leh blah. Kelakar gila. Aku ketawa kerana lucu melihat riaksinya yang cemas. Belum pernah lagi aku tengok muka dia yang macam ni.

"Sayang okey tak ni? Kenapa gelak ni?" lagi la aku ketawa. Aduh parah.

"Sayang jangan ketawa. Nanti kan terberank kat dalam kereta abang ni." marah Naufal. Ketawa aku tak lama kerana sakit mula terasa.

Naufal apa lagi. Makin laju la dia bawak kereta. Habis kereta dia potong. Lampu merah pun dia langgar. Kalau kena saman,aku cop dulu tak nak bayar.

Sesampainya di depan hospital Naufal terus mengangkat aku menuju ke labaroom. Doktor yang bertugas terkejut dengan kehadiran kami. Tapi dia masih menjalankan tanggungjawabnya.

Naufal disuruh duduk di luar sementara aku hendak bersalin. Tapi belum sempat nurse menolak aku masuk ke dalam bilik bersalin,aku memegang tangan Naufal.

"Naufal. Saya nak mintak ampun. Ampun kan dosa saya dari hujung kaki hingga hujung rambut. Halalkan makan minum saya. Kalau saya dah tak ada nanti,jaga baby ni elok2 tau." aku memohon maaf kepadanya.

"Tak sayang tak da salah pape pun. Abang halalkan makan minum sayang. Kita akan jaga baby ni bersama." Naufal mengucup dahiku lama. Nurse terus menolak katil ku menuju ke bilik bersalin.

Setelah 3 jam bertarungnya melahirkan putera kecilku,akhirnya dia dapat melihat dunia ini. Aku tersenyum lega dan air mataku tumpah saat melihat tubuh kecilnya diliputi darah.

Aku melelapkan mata untuk menghilangkan rasa sakit dan penatku.

Tidur ku diganggu kerana terdengar derapan kaki yang masuk ke dalam bilikku. Wajah Naufal menyapa pandanganku. Didukungannya ada seorang bayi lelaki.

Naufal mengazankannya dengan perasaan syahdu dan gembira. Aku tumpang gembira dan air mataku mula mengalir. Naufal menghampiri tubuhku lalu mengucup dahiku.

"Terima kasih sayang sebab lahirkan putera kita. Terima kasih sebab snaggup gadaikan nyawa sayang demi melahirkan zuriat abang." air mata lelaki Naufal turut tumpah. Sebak aku melihatnya.

Aku menganggukkan kepala aku. Tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang bicara kerana sebak didada. Setelah lama menatap tubuh kecil itu,aku mula membuka bicara.

"Abang nak letak nama aku." aku mengusap muka anakku yang telah pun ada di dukunganku.

"Raja Amer Danial Bin Raja Amer Naufal. Okey tak?" tanya Naufal.

"Okey je. Cantik nama."

Raja Amer Danial. Semoga kau menjadi anak yang soleh. Yang mampu menjaga ibubapa mu.

"I love you sayang." ucap Naufal di telinga ku. Dia juga turut mencium ubun2 ku dengan penuh kasih sayang.

"I love you too mr. pilot." aku menyandarkan tubuhku di dadanya.

'Ya Allah. Semoga hubungan kami hingga ke jannah Ya Allah. Bahagiakan lah hidup kami.' doa aku di dalam hati.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now