50:Pujuk

21.3K 660 5
                                    

Akhirnya setelah 5 hari berada di negara orang,aku boleh pulang semula ke Malaysia. Penerbangan yang dipandu oleh aku berasa begitu agak lama kerana aku tidak sabar ingin memujuk Iris. Iris masih merajuk dengan aku kerana kejadian tempoh hari. Ni semua salah Damia.

Aku akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Aku terus bergegas mencari kawanku yang menawarkan untuk menghantarku pulang. Maklum la semasa aku ke sini,Iris yang hantar. Tak kan la dia nak ambik aku time dia tengah merajuk ni. Memang mustahil.

"Fiq,jadikan nak hantar aku balik rumah?"aku bertanya untuk mendapatkan kepastian darinya.

"Haah. Ke bini kau yang ambik?" Afiq bertanya kepada aku memandangkan dia tahu yang Iris sekarang tengah melancarkan perang dingin dengan aku. Maklum la Afiq ni boleh dikatakan kawan rapat aku. Sebab tu dia tahu kisah aku dan Iris.

"Tak lah. Giler ke dia nak ambik aku time dia tengah merajuk ni. Dah la jom. Aku dah tak sabar ni nak balik. Sebelum tu,kita singgah kat kedai bunga jap eh."

"Bereh bohh." jawabnya dalam lohgat Kelantan. Memang berdarah Kelantan dia ni. Tak sah kalau dalam sehari tu tak cakap Kelantan. Aihh. Kami sempat singgih di kedai bunga untuk membeli sejambak bunga untuk Iris. Aku je yang beli untuk Iris. Kalau si Fiq ni tumpang sekaki,memang nak makan penumbuk aku la.

"Aihh untungnya bini kau sebab dapat kau. Dah la handsome,sweet lak tu." puji Afiq menyebabkan hidung aku kembang semangkuk.

"Elehh kau apa kurangnya. Handsome pe. Tapi tu la aku lagi handsome. Hahaha." Afiq hanya mengelenggkan kepalanya dan terus masukkan gear untuk bergerak pulang.

Selepas selamat sampai tiba di rumah kediaman aku dan Iris,aku mengucapkan terima kasih kepada Afiq kerana sudi menghantar aku pulang. Dia hanya menganggukan kepalanya. Aku terus menolak pintu untuk masuk. Hanya bunyi krik2 sahaja di ruang tamu. Mungkin di dalam bilik.

Ternyata tekaan aku benar. Iris sedang membaca novel di atas katil. Amboi siap baring lagi. Khusyuk sampai tak sedar yang aku dah balik. Aku berjalan dengan perlahan2 supaya dia tidak sedar akan kehadiran ku.

"Bahh"aku mengejutkan Iris tapi bunga aku letakkan di belakang badan ku.

"Atok kau hijau" perghh siap melatah bah. Mukanya merah kerana menahan marah. Aku hanya mampu tersengih kambing sahaja. Hehe.

"Awak ni dah kenapa. Masuk tak bagi salam. Dahtu 'bah' kan saya pulak. Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau dah ada,dah lama dah saya...." belum sempat Iris menghabiskan kata2nya,aku menghulurkan bunga orked kepadanya.

Ni kalau aku tak bagi,mesti dia punya esok membebel belum tentu habis. Macam nenek kebayan pulak. Bini sape la ni.

"Sorry for my mistake. Sumpah aku tak peluk pun dia. Dia yang peluk aku. I'm sorry sayang and this flowers for you. Sebagai mintak maaf." aku tersenyum manis ke arahnya.

"Ni je? Elehh at least bagi la coklat ke apa ke. Ni bunga je. Mana cukup. Lagipun bunga ni mana boleh makan. Kalau coklat boleh la makan. Awak ni memang...."

"Ye2. Nanti aku belanja kau makan and aku belanja kau satu lori coklat. Puas hati. Dari tadi asyik membebel je. Sakit telinga aku." sekali lagi aku memotong percakapannya.

"Janji eh?" Iris mengeluarkan jari kelinking(?) nya untuk bertaut dengan jari kelingking(?) ku. Aku hanya menurut apa yang dia buat.

"Ya2. Anything for my love. So dah maafkan aku belum?"

"Saya akan maafkan awak kalau awak belanja saya makan sekarang. Sebab sekarang saya tengah lapar giler ni." Iris menggosok perutnya yang nipis. Budak ni makan banyak tapi tetap tak gemuk. Alahaii.

"Ye2. Tapi bagi la aku rest dulu. Baru sampai kot. Petang ni eh kita keluar?" aku cuba untuk meraih simpatinya dengan membuat muka yang paling 'cute'.

"Fine. Dah jangan buat muka macamtu lagi. Hodoh." amboi kutuk aku nampak.

"Hodoh2 pun tetap suami kau. Tetap kau sayang kan."

"Ye ler. Kalau bercakap dengan awak ni, asyik nak awak je yang menang. Dah gi mandi then rest." Aku memberikan tabik hormat kepadanya. Aku hanya mengikut apa yang disuruhnya.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now