37: Jaga

21.2K 723 14
                                    

Aku terjaga dari lenaku pada pukul 2:45 pagi. Ya semalam aku tidur dalam bilik Naufal tapi tidur kat sofa. Aku bangun dari pembaringan lalu menuju ke arah Naufal.

'Hurmm bila awak nak sembuh Naufal?' bisik hatiku. Aku menyentuh dahinya. Ya Allah panasnya. Aku terus turun ke dapur untuk mengambil tuala kecil dan semangkuk air. Aku membawanya ke bilik Naufal.

Aku membasahkan tuala itu lalu meletakkan di dahi Naufal. Sian dia demam. Agak lama tuala itu berada di dahi Naufal aku mengambilnya lalu membasahkan semula. Aku meletakkan semula di dahi Naufal.

'Agak2 berapa lama awak akan macam ni eh?' aku berbisik sendirian. Naufal mengigau dari mimpinya. Dia berkata sesuatu.

"Diana awak ke mana. Saya rindu awak. Dah lama awak tinggalkan saya. Saya cintakan awak Diana .Please balik. I miss you." kata Naufal tanpa dia sedar.

Air mata ku keluar dari tubir mata. Betul tekaan aku. Naufal masih belum mencintai aku. Diana dah tak ada Naufal. Kenapa awak masih belum lupakan dia. Apa kurangnya saya di mata awak. Aku mengesat air mata ku.

Aku tak boleh ego,aku tetap kena jaga Naufal sampai dia sembuh. Naufal suami aku walau apa pun yang berlaku. Aku akan jaga dia dan aku akan sentiasa cintakan dia.


~~~~~~

Naufal POV

Aku tersedar dari tidur ku. Kelihatan Iris berada di sebelah ku tidur membatalkan lengannya.

'Ya Allah dia jaga aku ke?' bisik hati Naufal. Aku mengejutkan Iris supaya bangun. Iris memisatkan matanya supaya boleh melihat dengan jelas.

"Awak dah sihat?" tanya Iris. Aku hanya mengangukkan kepala ku tanda aku dah sihat. Aku melihat bawah matanya yang mempunyai kehitaman. Dah jadi panda dah.

"Kau jaga aku ke?" tanya ku. Iris menganggukkan kepalanya. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Kau tidur la dulu atas katil aku. Aku nak mandi jap." aku meluru ke arah bilik air untuk membersihkan diri. Ada baju Iris di dalam baldi. Mungkin baju yang aku muntah atasnya. Aku banyak susahkan Iris.

Selesai mandi aku keluar dari bilik air dan melihat Iris dah tidur atas katil king ku. Nyenyak tidurnya. Mungkin semalam dia berjaga untuk menjaga ku. Aku terus memakai pakaian yang sesuai lalu turun ke dalam.

Aku memasak makanan yang special untuk Iris tanda terima kasih walaupun masakan aku hanya simple. At least aku buat something untuk dia. Selesai berperang di dapur,aku naik ke atas untuk mengejutkan Iris.

Kami sama2 turun ke dapur untuk bersarapan. Tapi lebih kepada makan tengah hari sebab jam dah menunjukkan pukul 11. Suasana hanya sunyi sepi. Tiada sebarang suara yang keluar.

"Emm thanks sebab jaga aku semalam sampai dah jadi panda kau." aku membuka mulut untuk menghilangkan kesunyian.

"Welcome." ucap Iris. Keadaan kembali sunyi maka bunyi lah angin berterbangan.

"Semalam awak mengigau. Awak mimpikan Damia. Awk cakap 'Diana awak ke mana. Saya rindu awak. Dah lama awak tinggalkan saya. Saya cintakan awak Diana .Please balik. I miss you.' " ucap Iris dengan suara yang tersekat2.

"Awak masih belum lupakan dia? Awak masih sayangkan dia?" tanya Iris sambil melihat ke dalam mataku.

"Aku...." belum sempat aku menjawab Iris dah mencelah.

"Saya faham kalau awak masih belum lupakan dia. Saya tahu dia sangat istimewa dalam hidup awak. Saya boleh pergi dari hidup awak kalau awak nak. Saya dah kenyang. Thanks." Iris bangun lalu terus menaiki tanggan untuk ke bilik tidurnya.

'Maafkan aku Iris. Aku tak tahu.' kata2 itu hanya mampu aku ucapkan dalam hati. Aku terus makan walaupun selera makan ku sudah mati.







*setahu aku,aku banyak buat pov Iris berbanding Naufal😅. I'm sorry guys kalau korang tak suka😭. Btw update akan mula slow sebab sekolah dah nak bukak🙄. Hw I pun tak sentuh lagi😂. K la tu je. Bye muah from Sha yang lawa k joke💩

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now