43:Convo

18.9K 649 22
                                    

Akhirnya selepas 5 tahun belajar di kolej,gugurlah gelaran aku sebagai pelajar. Harini adalah hari yang begitu gembira dan sedih. Gembira sebab dah habis belajar dan sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan2 dan pensyarah. Majlis Graduasi diadakan di dewan terbuka. Ramai parents yang datang bersama2 anak mereka untuk menyambut hari yang bahagia ini.

Tapi aku? Hurmm Naufal kata dia kena flight harini. So hanya parents aku dan parents Naufal sahaja yang datang. Tapi tak apa lah asalkan ada parents aku. Terasa dengan sikap Naufal yang lebih penting kan kerja dari aku. Teringat akan kata2 yang pernah Naufal utarakan kepada aku kat pantai tempoh hari.

"Kalau aku cakap aku cintakan kau,kau percaya tak? Bagi aku peluang Iris untuk buka hati aku untuk mencintai kau. Aku dah lama dah tahu yang kau sukakan aku Iris. Tapi aku tunggu untuk kau luahkan kat aku. Sebab aku nak tahu dari diri kau sendiri. Bagi aku peluang ye Iris. Bagi aku peluang untuk bina hidup kita bersama."bisik Naufal ditelinga ku.

Kata2yang diutarakan oleh Naufal minggu lepas akhirnya lenyap dari fikiran ku apabila mummy menegur ku.   'Awak nak saya bagi peluang kat awak tapi macam ni ke cara awak Naufal.Awak lebih pentingkan kerja awak berbanding diri saya. Nampak sangat yang saya ni tak penting bagi awak. Awak kejam.' kata2 itu hanya mampu terluah di dalam hatiku.

"Iris sedih eh sebab Naufal tak datang convo Iris? Jangan la sedih eh. Naufal bukan sengaja pun tak nak datang dengan Iris. Dia kan kerja sayang."tegur mama.

"Eh mana ada la ma. Cuma terasa dengan Naufal sebab lebih pentingkan kerja dia dari Iris. Iris faham dia kerja tapi tak leh tukar ke. Hari ni kan hari istimewa bagi Iris. Iris nak celebrate dengan dia. Tapi dia? Hurm."aku meluahkan segala apa yang aku rasa dalam hati. Mama hanya tersenyum kepada ku. Akhirnya majlis yang berlangsung selama sejam setengah telah berlalu. Aku keluar dari dewan diikuti parents aku dan parents Naufal.

Ternampak kelibat seseorang yang aku kenali dan 'dia' sedang menuju ke arah ku. Aku mengecilkan mata ku untuk melihat dengan jelas siapa 'dia'.Akhirnya selepas dapat mengenali siapa 'dia', aku terkaku seketika. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua. Aku memandang ke arah ibubapa ku dan ibapa Naufal. Mereka hanya tersenyum kepadaku dan meninggalkan aku seorang diri. Tubuhku masih belum menganjak untuk mendekati si 'dia'.

"Congratulation Iris sebab dah berjaya habis diploma. Semoga kau dapat penuhi impian kau untuk menjadi seorang guru." Naufal tersenyum ke arah ku sambil memegang bunga dan teddy bear. Dia menghulurkan kepada ku dengan senyuman yang paling manis.

"Awak tipu saya. Awak kata awak tak boleh datang tapi awak datang jugak. Sampai hati awak"aku memarahinya tapi tangan tetap mengambil bunga dan teddy yang dihulurkan.

"Hehe. Saja je nak prank kau. Tapi kan kau kejam jugak. Sebab kutuk aku macam2. Kata yang aku ni pentingkan kerja dari kau la. Apala. Kejam eh."

"Eh awak tahu? Mesti mama kan yang bagitau awak. Dah awak tak datang saya cakap la macam tu. Bila awak sampai?"

"Sejak tadi lagi. Sebelum majlis mula lagi aku dah sampai. Aku duk belakang sekali masa kau terima anugerah."pertanyaan yang ingin ditanya akhirnya telah terjawab. Mana sempat weh nak tengok belakang sebab time tu just fikir nak cepat turun je nak layan perasaan. Hahaha. Aku memukul lengannya dengan kuat.

"Eh apahal kau pukul lengan aku. Sakit la"Naufal menggosok lengannya di tempat aku pukul.

"Awak la. Main2kan saya lagi. Kejam giler awak. Nasib saya sayang awak kalau tak saya dah lari dari rumah tau."aku menghamburkan tawa ku. Tapi muka Naufal agak serious semasa aku menuturkan ayat itu. Aku kembali pada muka biasa.

"Naufal awak buat apa ni?"...............





*btw i pernah cakap tak berapa umur Iris dan Naufal? tak ingat la haha. kalau i ada cakap tolong inform eh😋.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now