32:Nangis

21.6K 707 51
                                    

Harini Naufal flight pukul 3. Kebetulan time tu aku sudah pulang dari kelas. Boleh hantar dia kat airport sambil tu cuci mata tengok2 abang2 pilot. Huhu.

"Naufal awak flight pukul 3 kan? Saya hantar awak eh?"aku menawarkan diri untuk menghantar Naufal.

"Tak payah la aku boleh drive sendiri. Lagipun kau kan baru balik dari kelas tadi. So mesti kau penat lagi."Naufal menolak tawaram aku.

"Ala please awak. Saya nak hantar awak. Lagipun awak yang akan lebih penat dari saya. Sebab nanti kalau awak drive kereta,nanti nak bawak kapal terbang lak. Kan dah bertambah penat. Saya hantar eh?"aku menawarkan sekali lagi.

Setelah memberikan masa untuk Naufal berfikir,akhirnya dia setuju jugak. Oh yeah. Macam ni la cara nak pujuk orang. Aku terus menuju ke bilikku untuk bersiap. Pakaian ku hanya simple. Hanya mengenakan baju kurung warna pink dan dipadankan dengan tudung warna hitam.

Aku menunggu Naufal di ruang tamu. Sambil tu aku menonton tv sekejap. Tengok cerita best2. Setelah menunggu Naufal yang boleh agak lama bersiap,dia turun ke bawah dengan membawa bagasinya disertakan topi berlencanakan sayap. Aku terpaku seketika.

Walaupun sudah banyak kali aku melihat Naufal memakai uniformnya,tapi aku tetap tak bosan. Sebab dia nampak handsome,kemas and his body aww. Melting mak. Hoho.

"Dah jom."Naufal menghentikan lamunan ku. Adui spoil betul bapak singa ni. Baru nak berkhayal. Huh.

~~~~~ Airport ~~~~~

Aku menghantar Naufal sampai ke dalam. Sebenarnya aku takut dengan pekerjaan Naufal sebab sekarang kita dah dengar macam2 tentang pesawat. Ada yang hilang dari radar,ada yang kena tembak dan ada yang terhempas. Nauzubillah. Harap2 tak terjadi kat kapal terbang yang dinaiki oleh Naufal.

"Aku dah nak kena pergi dulu ni. Kau jaga diri."pesan Naufal. Ya Allah kenapa aku rasa lain macam ni. Aku harap sangat tak terjadi apa2 kat Naufal. Sesungguhnya aku sudah mula mencintai dan menyayanginya Ya Allah.

"Awak tu bawak kapal terbang leklok. Jaga diri kat sana. Nanti call saya kalau dah sampai."pesan ku dengan linangan air mata. Ya Allah jangan sampai Naufal nampak air mata aku.

"Yang kau nak nangis ni kenapa? Macam la tak biasa aku flight."kata Naufal bersama tawa yang kecil. Mungkin mahu menenagkan hati aku.

"Mana ada saya nangis. Pandai2 awak je tuduh saya kan."aku berpaling ke arah lain. Takut air mata ni jatuh kalau pandang muka Naufal. Aku terasa yang ada orang peluk aku. Aku membuka mata dan memandang si 'dia'.

Ternyata orang yang memeluk aku ialah Naufal sendiri. Rasa2nya ini adalah kali pertama Naufal memelukku. Sebaknya rasa.

"Dah2 jangan nak nangis. Nanti bila aku balik,aku bawak buah tangan untuk kau. Kau jangan nangis tak tenang hati aku nanti."bisik Naufal di telinga ku tetapi masih belum melepaskan pelukan.

"Awak jaga diri kat sana ye. Nanti kalau dah sampai,call saya terus. Jangan nak tangguh. Kalau tak saya tembak awak nanti."ujarku dengan tangisan.

"Ye2. Dah jangan nangis la. Manja la makcik ni sorang. Bini sape la."Naufal ketawa kecil.

"Eee suka sangat kan panggil orang 'makcik'. Saya muda lagi la. Bini awak la."kata ku dengan tawa.

"Yela2. Dah2 aku dah kena pergi ni. Hakuna Matata."pesan Naufal.

Aku melambaikam tangan ku ke arah Naufal. Harap2 penerbangan dia selamat pergi dan selamat balik. Nanti tak da la orang nak teman aku. Tuhan,adakah Naufal mencintai aku seperti mana aku mencintai dia? Adakah sudah timbul perasaan kasih sayang dalam dirinya buat aku? Fikiran ku tiba2 teringat akan ceramah yang diberikan oleh ustazah ku dulu.

'Selepas berkahwin,Allah menarik perasaan malu antara suami dan isteri. Dan Allah hadirkan perasaan kasih sayang untuk mereka. Pasangan yang mengatakan mereka tidak mencintai satu sama lain itu bukan sebab tak hadirnya perasaan kasih sayang,tapi ego masing2 yang menafikan perasaan itu.'

Ya itulah kata2 yang pernah diberikan oleh usatazah ku dahulu. Adakah Naufal menafikan perasaan dia or dia masih tak sayang aku? Andai kata Naufal menyayangi dan mencintai aku,aku adalah insan yang paling bahagia kerana dicintai oleh suamiku sendiri dan cintaku dibalas.

Setelah lama berada di airport aku terus menuju ke arah kereta ku untuk pulang. Tanpa aku sedar aku terlanggar seseorang.

"Oh maaf cik." si 'dia' memohon maaf kepada ku.

"Eh tak pe2. Salah saya." aku memandang si 'dia' yang telah melanggar ku. Macam kenal je.

"Iris?"tanya 'dia'.

"Hafiz?"tanya ku dengan nada terkejut. Ya Allah dia.





*The spaces between your fingers are meant to be filled with mine 😉💕

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now