44:Lamar

19.5K 629 8
                                    

"Naufal awak buat apa ni?" Naufal duduk melutut di depan ku dan sebelah tangan memegang tangan ku. Aku tergamam tak tahu nak nak buat apa. Dah la ramai orang tengok. Dia ni dah kenapa.

"Iris,aku dah mula sayangkan kau. Seminggu kau tunjuk kat aku yang kau betul2 sayang kan aku,menyebabkan hati aku dah tebuka untuk mencintai kau. Dah terbuka untuk mengenal kau lebih dalam,menyanyangi kau seperti kau sayang aku dan aku ingin bina rumah tangga bersama kau seperti suami isteri yang lain. Sudi tak kau hidup bersama aku dan biarkan hubungan ni sampai ke jannah?"tanya Naufal sambil menatap ke dalam mataku.

Tangan yang tidak digengam oleh Naufal,aku tutup mulut. Speechless beb. Tak tau nak cakap apa. Tak sangka hari yang dinantikan selama ini akhirnya telah tiba iaitu Naufal ingin membina kehidupan bersama aku. Air mata yang bertakung di tubir mata keluar perlahan2,akhirnya laju membasahi pipiku.

"Awak memang maksudkannya kan Naufal? Awak tak main2kan? Kali ni awak tak prank saya kan? Awak serious kan?"tanyaku dengan nada bergetar menahan sebak di dada.

"Tak sayang. Aku tak main2. Pintu hati aku dah terbuka untuk kau tapi tak sepenuhnya la. Hehe. Bagi aku masa untuk sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Aku harap kau faham aku Iris." Naufal masih dalam kedudukan yang sama iaitu melutut di depan ku. Tak sakit ke eh kaki dia tu.

"Cepat la jawab sudi tak. Sakit dah kaki aku ni duk melutut lama."marah Naufal bersama muka cemberutnya. Ingin handsome ke buat muka camtu.

"Yela2 saya terima." akhirnya aku terima setelah kasihan melihat muka Naufal yang sedang menahan sakit.

"Yeke ni kau terima. Macam tak ikhlas je" Naufal mengecilkan matanya.

"Ikhlas la. Gila ke tak ikhlas. Saya sayang awak kot. Rezeki jangan ditolak. Haha" Aku membantu Naufal untuk bangun. Tepukan gemurah menyapa gegendang telinga ku. Ramai orang bersorak untuk'drama' tadi. Malu kejap. Ibubapa kami yang berada di jauh akhirnya datang ke arah kami.

Mereka mengucapkan tahniah dan yang paling menyakitkan hati dan malu apablia Alia dan Talia bergabung mengenakan aku dan Naufal. Tak lupa jugak geng2 aku iaitu Ella,Farah,Iera,Fatin dan Najwa yang turut serta kenakan aku.

"Lepas ni kita dah boleh la dapat anak buahkan Najwa."ujar Iera sambil ketawa mengalahkan pontianak harum sudah malam. Geng2 aku jugak turut sama menggilai. Kawan siapa la ni.

"Dah2 tak payah nak sakat Iris. Jom kita gi makan. Mummy belanja."ujar mummy.

"Serious aunty? Aunty nak belanja?"adoi boleh pekak telinga aku dengar suara Iera dan Najwa ni. Pantang betul kau dengar perkataan belanja. Sian kat laki diorang nanti. Habis duit kena keluarkan duit.

"Yela. Sempena majlis graduasi korang dan sempena rasminya hubungan Iris dan Naufal."

"Emm mummy. Kalau mummy pergi dengan diorang je boleh tak? Sebab Naufal dah bercadang nak 'date' dengan Iris."Naufal menggaru belakang kepalanya. Aduh lagi la kena bahan dengan diorang. Macam2 ayat keluar dari mulut mereka. Maca..

'Wuu dah maju sekarang dah pandai date dah.'

'Wuu nak date ke nak apa ni'

Haa macam2 lagi la ayat yang keluar dari mulut mereka. Dah terbakar dah ni muka aku.

"Okey la kalau camtu. Girlssss jom kita gi makan."ajak mummy.

"Amboi awak oi. Suami awak ni tak nak ajak ke?"

"Hehe jomla." mereka mula meninggalkan kami. Aku tak tau nak buat apa sebab rasa kekok pulak berdua-duaan dengan Naufal. Macam la selama ni tak pernah dua2 je.

"Jom sayang?" erkk dia panggil aku sayang? OMG. Mummy Iris nak pengsan. Aku hanya menganggukkan kepala ku. Naufal memimpin tanganku untuk menuju ke keretanya. Aduh kenapa la sekarang ni jantung aku buat hal. Mummy Iris tak kuat.

'Ya Allah seandainya semua ini benar,terima kasih sangat2 Ya Allah. Aku bersyukur sangat2 sebab engkau sudi membuka pintu hati Naufal untuk mencintai aku.' aku mengucapkan syukur dalam hati. Akhirnya doa aku dimakbulkan oleh Allah.





*wattpad buat hal. Huarghhh.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now