15:Rumah Baru

24.1K 818 30
                                    

Perjalanan yang mengambil masa selama 15 minit,akhirnya telah berakhir. Naufal memakir kereta dihalaman rumah. Di depan aku sekarang ni,ada rumah banglo 2 tingkat. Persekitaran rumah banglo ini,terdapat kolam renang,kolam ikan dan gazebo. Best ni kalau waktu malam duk kat gazebo. Boleh tengok bintang dan bulan.

Setelah puas 'tawaf' sekeliling rumah,aku berjalan masuk ke dalam. Terpegun seketika aku melihat isi dalaman rumah ini. Kalau dari luar nampak macam boleh tahan,tapi kalau dalam rumah. MasyaAllah. Cantik gila. Elegant. Walaupun tak banyak perabot tapi tetap nampak cantik.

Terdapat set sofa berbentuk L dan meja kecil di depannya. Tv pulak tak payah cakap. 20 inci(nth btul nth tidak). Aku berjalan untuk masuk ke bahagian dapur. Dapurnya agak kemas dan barang² basah juga ada.

"Iris" jerit Naufal. Aku bergegas menuju ke arah ruang tamu tempat Naufal berada. Mukanya nampak agak bengis. Aku melihat di tangannya terdapat bagasi aku dan dia.

"Kau 'tawaf' rumah ni sampai lupa beg kau. Kau ingat aku ni kuli kau nak suruh aku angkat beg kau. Nah. Angkat sendiri"marah Naufal. Mukanya agak sedikit merah. Mungkin kerana cuaca di luar dan beg aku yang berat.

Yela beb. Beg aku ni boleh tahan berat. Macam bawak bapak gajah. Berat nak mampus. Aku bersusah payah untuk mengangkat beg aku menuju ke atas. Nak naik tangga? Lagi la susah. Setelah sampai,aku berhenti. Baru terfikir.

"Naufal. Bilik saya kat mana?"tanya Iris. Banyak jugak bilik dalam ruma ni. Kira² macam 4 buah jugak la.

"Sebelah aku pendek. Dan kau jangan cuba² nak masuk bilik aku"Naufal memberi aku arahan agar tak masuk ke dalam biliknya. Tapi jap. Dia panggil aku apa? Pendek? Kurang asam.

"Apa awak panggil saya tadi? Pendek? Hello. Awak tu yang terlebih tinggi okey. Ada hati nak kata orang pendek. Dan lagi satu. Macam la saya nak masuk sangat dalam bilik awak tu. Tak hingin"

"Dah kau memang pendek. Aku bukan terlebih tinggi,tapi kau tu yang 'terlebih' pendek. Kalau kau masuk bilik aku,aku humban kau dalam kolam ikan jerung."ugut Naufal.

Aku mencebikkan bibir,lalu terus meninggalkan Naufal. Aku memulas tombol pintu. Bilik aku ni agak besar tapi tak la besar mana. Kira okey la. Yang paling menarik perhatian aku adalah,dinding dia. Dinding dicat warna galaksi dan terdapat sedikit 'benda²' yang ada di galaksi.

Nampak cantik. Di atas meja solek,terdapat barang mekap dan perfume jenama victoria secret. Wangi baunya. Aku meletakkan beg baju ku di tepi almari. Setelah puas 'meneroka' bilik yang bakal aku duduki,aku turun ke bawah.

Kelihatan Naufal berbaring sambil menonton tv. Pakaian agak santai. Baju t-shirt warna biru dipadankan dengan seluar separas lutut. Aku duduk di kerusi sebelah.

"Awak mula kerja 2 minggu lagi kan?"aku bertanya sekadar memecahkan sunyi.

"Tak. Minggu ni last aku cuti."balas Naufal acuh tak acuh.

"What! Minggu ni last awak cuti? Tapi bukan ke awak ambik cuti 2 minggu ke?"

"Memang aku ambik cuti 2 minggu. Seminggu sebelum kawin dan seminggu lagi selepas kawin"

"What! Kalau camtu,saya nak buat apa time cuti?" Sungguh aku terkejut. Ingat ke mamat ni cuti 2 minggu,rupa rupanya. Aish.

"Ikut kau la nak buat apa pun. Kan aku dah cakap. Kita buat hal masing². Kau pergi la keluar denga kawan kau. Ish kau ni. Bising la. Aku nak tengok tv pun tak boleh"marah Naufal.

Pandangan matanya sudah pun mulai tajam. Aku mendiamkan diri. Nanti kalau menjawab,tak pasal² kena halau dari rumah. Aku berfikir apa yang harus dibuat bila ketiadaan Naufal. Aku melangkah masuk ke bilik untuk mandi sebelum solat asar.

Sebelum aku mandi,aku sempat berbaring di atas katil queen. Tiba² otak ku tertanya². Selama mana perkahwinan ni akan terbina? Adakah Naufal akan jatuh cinta dengan aku? Atau adakah aku akan jatuh cinta dengan Naufal? Adakah kami mampu hidup bahagia? Fikiran ku kusut. Aku melangkah menuju ke bilik air,untuk mandi dan menenangkan diri.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now