8:Masjid

25.4K 1K 71
                                    

Seperti kebiasaan,pada waktu magrib,kami sekeluarga selalu solat magrib dan isyak di masjid. Daddy menuju ke tempat lelaki,manakala aku,mummy dan Alia akan tempat perempuan.

Setelah selesai solat magrib,kami didengarkan ceramah tentang rumah tangga sementara menunggu isyak tiba. Aku begitu tekun mendengar ceramah tersebut memandangkan aku bakal mendirikan rumah tangga.

InsyaAllah sedikit sebanyak aku akan cuba untuk lakukan seperti yang iman katakan. Sudah masuk waktu isyak selepas iman habis memberikan ceramah. Kami menunaikan solat isyak dengan penuh kusyuk.

Selesai menunaikan solat isyak,aku menadah tangan ku untuk berdoa. Aku berdoa agar bakal suami aku adalah orang yang mampu membimbing aku sama ada tentang dunia ataupun akhirat. Turut juga berdoa agar kesihatan dan kesejahteraan ibubapa ku.

Selesai mengaminkan doa,aku menyalami tangan mummy diikuti adik ku,Alia. Kami keluar untuk mencari daddy. Tak diduga mummy terserempak kawannya merangkap bakal mertua ku. Aku menyalami tangannya. Aku melihat seseorang di sebelahnya yang sangat aku kenali.

'Jangan cakap yang ni mak dia. Mampus aku kalau betul'desis hatiku.

"Hah Iris. Ni la anak mama. Naufal. Raja Amer Naufal"ujar Puan Sharifah. Dia meperkenalkan anaknya a.k.a bapak singa kepada aku. Aku hanya tersenyum. Tak mampu nak kata apa2. Terkejut mungkin?

"Hah Naufal. Ni la tunang kamu merangkap bakal isteri kamu. Nik Qisya Iris."Puan Sharifah memperkenalkan Naufal kepada aku. Muka dia? Hurmm. Tak payah cakap la. Muka macam nak telan orang. Tapi kalau Puan Sharifah pandang dia,terus buat muka baik. Hipokrit.

"Hai tunang"ujar Naufal. Erkk. Rasa macam tercekik tulang ikan pulak. Suara mengalahkan Encik Sotong. Lembut gilerr. Haritu jumpa,suara macam singa jantan tak makan setahun. Garang giler. Aku hanya mampu tersenyum tak mampu nak balas apa2.

Tapi malam ni sumpah,dia nampak handsome gila. Dengan baju melayu warna biru dan songkok atas kepala,dia nampak... Wow. Cair aku. Lengan baju yang panjang,dia lipat sampai ke siku. Menambahkan lagi kekacakkannya.

'Aihh. Apa benda kau ni Iris. Ni bapak singa tau. Ingat sikit. Tapi dia tetap nampak handsome.'

Aku tak mampu menafikan kekacakkan nya. Sungguh. Cair macam aiskrim dah hati aku ni.

"Hai abang Naufal. Abang Naufal dah ada nombor kak Iris tak? Kalau tak ada,Alia boleh bagi"Alia bersuara. Aku membulatkan mata aku kepada dia tapi dia buat2 tak nampak.

'Aihh minah ni. Memang nak kena tumbuk dengan aku' desis hatiku.

"Boleh jugak. Lagipun nanti senang la nak mesej dengan cik tunang"selamba giler si Naufal ni. Alia terus memberikan nombor telefon ku kepada Naufal.

"Thanks Alia. Abang balik dulu eh. Babai cik tunang" Naufal meminta diri memandangkan mama dan papanya sudah mahu pulang. Setelah kelibat Naufal hilang,aku terus mencubit lengan Alia.

"Kau dah kenapa bagi nombor aku pada dia"marah aku. Suka suki je dia bagi nombor aku pada orang.

"Auch. Sakit la kak. Alaa tunang akak jugak. Sweet dia kak. Jelaous Lia"ujar Alia sambil menggosok lengan ditempat yang aku cubit. Cubit si Iris ni berbisa woo.

"Sweet la sangat. Kalau bukan depan parents dia,tak da nya sweet macam tu. Garang mengalahkan bapak singa"ujar ku.

"Maksud akak? Akak pernah jumpa dia ke?"tanya Alia. Pelik. Tiba2 cakap macam tu. Macam pernah jumpa.

"Dahla jom balik. Mummy dan daddy dah tunggu"aku meninggalkan Alia seorang diri. Alia mengejar langkah ku menuju ke kereta Exora milik daddy.

Setelah sampai di rumah,aku menuju ke bilik aku. Aku menukar pakaian kepada baju tidur. Telefon iphone 6 ku tiba2 berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku membuka mesej tersebut untuk melihat siapa.

Unknown
Tak sangka kau adalah tunang aku merangkap bakal isteri aku.

Hurm. Si singa ni nak apa malam2 ni. Kacau je.

Iris
Awak nak apa? Dah malam ni.

Aku save nombor Naufal ke dalam telefon ku.

Bapak Singa
Saja. Tak sangka kau ni tunang aku. Jangan2 kau merancangkan pertemuan kita. Supaya kau dekat dengan aku.

Iris
Apa benda awak merepek ni. Saya baru tahu kat masjid tadi yang sebenarnya awak tunang saya. Otak awak ni dah kenapa? Ada wayar terputus ke?

Tiba2 je tuduh aku bukan2. Jangan sampai aku makan kau Naufal.

Bapak Singa
Yela tu. APA KAU KATA!!! WAYAR PUTUS!! JAGA KAU NANTI.

Aku hanya membaca tanpa balas. Malas nak layan bapak singa ni. Buat sakit hati je. Tapi takut je kalau tiba2 terjumpa dia.

'Nanti dibuat dia makan aku macam mana. Eh apa benda kau merepek ni. At least dia marah kau je,tak da la sampai nak makan'gumam ku.

Aku membaringkan tubuh ku di atas katil. Tak sampa berapa minit,sudah kedengaran nafas perlahan menandakan Iris sudah tidur.


*betul guys. Laki memang akan nampak handsome kalau berbaju melayu dan lipat lengan baju sampai ke siku. Sumpah. Tak tipu.
*untuk lelaki sekalian,sila la berbuat demikian kalau nak suruh awek cair. Ahaks.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now