BAB 6

12.9K 1K 98
                                    

To our beloved daughter Mia Alysha,

Sebaik sahaja sayang baca surat ni, mama dan papa dah pun lari ke luar negara. Harap Mia dapat memahami situasi kitorang. Tapi jangan ingat kitorang dah tak sayang Mia. Buat masa ni, papa dan mama cuba selesaikan masalah ni dan akan pulang ke sisi Mia sebaik sahaja kami mampu stabilkan keadaan semula.

Tapi sebelum tu, pandai-pandailah jaga diri baik-baik. Dengan sepenuh hatinya, kami percayakan boyfriend Mia tu.

Love,
Mama & Papa.

________________________

MENGARUT!

Ni semua memang mengarut!

Kan aku dah bagitahu Firdaus tu cuma boyfriend main-main je? Ibu bapa yang pentingkan diri sendiri sampai rumah pun kena rampas!

Mama dengan papa nak Mia tinggal dekat mana?!

Hati aku dari tadi menyatakan rasa tak puas hati terhadap tindakan papa dan mama. Sanggup diorang tinggalkan aku seorang diri kat sini.

Kelas telah pun bermula pada tiga puluh minit yang lalu. Dan aku masih berada di koridor sekolah.

Aku cuba berlari sepantas yang boleh. Tapi dengan beg bagasi yang berat dia tak payah ceritalah ni, susah untuk aku mencapai kelajuan yang aku inginkan. Ni semua gara-gara aku terlewat bangun dekat stesen bas tadi.

Stesen bas? Yup, aku tidur dekat stesen bas je semalam.

Kenapa tak tumpang rumah jiran?

Aku mana ada jiran. Rumah aku agak jauh dari kawasan perumahan orang lain. Malah disebabkan mak ayah aku yang sibuk dengan kerja, jadi keluarga kami tak berapa nak rapat dengan penduduk bandar Andalussiya ni.

Takkan tiba-tiba aku nak ketuk rumah diorang yang aku tak kenal lepas tu nak mintak tumpang tidur rumah? Sia-sia je karang aku kena cop jadi pelarian.

Kawan?

Selain dari Emilia, aku memang dah takde kawan lain. Kalau ada pun hanya kawan-kawan sekelas dulu, tapi sejak cuti sekolah haritu, aku langsung tak berhubung dengan mereka. Emilia pun belum balik dari Jepun lagi jadi aku memang tak ada tempat untuk minta pertolongan.

Lepas semua ni jadi baru aku sedar yang aku tak ada sesiapa yang boleh diharapkan.

Tok tok!

Dengan keadaan termengah-mengah, aku cuba membuka pintu kelas.

"Maaf, saya terlewat!"

Aku dapati semua memandang aku dengan pandangan 50 peratus terkejut dan 50 peratus pelik. Yela siapa je yang tak terkejut and pelik bila seorang perempuan yang berambut kusut-masai dan berpeluh-peluh tiba-tiba je menjengah di muka pintu.

Aku terpandang Sara yang cuba melarikan pandangan. Nampak macam dia menyampah dengan kehadiran aku.

"MIA A–LY–SHA!"

Tersentak aku mendengar nama aku disebut. Aku boleh pulak terlupa yang ada cikgu dekat depan kelas ni. Aku menoleh ke arah cikgu perempuan yang berkaca mata tu. Gerun aku mendengar cikgu tu menyebut nama aku satu-persatu.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now