BAB 62

5.3K 402 28
                                    

"Kau tak boleh kurung aku selamanya dalam ni!"

Hayqal mengangkat kening. "Mana ada aku kurung kau."

"Kalau macam tu, aku nak keluar." Kata aku seraya bangun dari katil.

"Tak boleh." Hayqal membalas. Dia yang sedang duduk di atas kerusi pelawat bersebelahan dengan katil aku telah mengangkat kakinya untuk menghalang laluan aku.

Aku beri dia pandangan geram. "Tadi kau cakap–"

"Aku cakap aku tak kurung kau, tapi tu tak bermaksud yang kau boleh keluar." Laju dia memotong sebelum sempat aku habis bercakap.

Aku duduk semula di atas katil dengan satu hempasan yang kuat, tanda tak puas hati. Ini adalah hari ketiga aku berada di hospital Greenteach, atau lebih spesifik, dalam private room tingkat 11.

Dan macam yang korang nampak (maksud aku macam yang korang baca), aku langsung tak dibenarkan keluar dari bilik. Satu tapak je kaki aku keluar dari pintu, aku akan ditarik masuk semula oleh para nurse wanita.

Doktor bagi alasan yang luka aku belum sembuh lagi. Takut nanti tak pasal-pasal terbukak pulak jahitan. Tapi aku tahu yang tu bukan alasan sebenar. Dari cara doktor tu terangkan pun boleh tahu yang sebenarnya ada orang lain yang bagi arahan supaya jangan bagi aku keluar.

Siapa lagi kalau bukan dia.

"Kan dah cakap bahu kau tak sembuh lagi."

"Aku jalan guna kaki lah, bukan bahu. Apa masalahnya pun kalau nak jalan-jalan dekat luar sekejap?"

Lelaki itu memandang aku tak puas hati. Aku pun sama. Dua-dua taknak mengalah. Serious kalau masuk pertandingan berdebat, aku dengan dia mesti dah boleh masuk final.

"Kau tu selalu cuai. Jalan dekat tanah rata pun kau selalu jatuh. Jahitan tu baru lagi. Kalau terbukak nanti kan dah menyusahkan doktor nak jahit balik."

"Bila masa pulak aku selalu jatuh dekat tanah rata? Itu je alasan terbaik yang kau ada?"

Hayqal membuka plastik roti coklat gardenia yang dibelinya tadi dan bersandar pada kerusi. Dia kemudian menyuapkan roti ke dalam mulut tanpa menjawab soalan aku.

"Hei aku cakap dengan kau ni!"

"Kalau masih nak merungut macam budak lima tahun, aku taknak dengar."

Dia meneruskan suapannya sambil terus mengabaikan aku.

Merungut macam budak lima tahun dia cakap? Budak lima tahun pun tak tenang kalau terkurung dalam bilik macam ni!

Okay bilik ni memang dah serba lengkap dengan segala kemudahan. Ada TV, pantri kecil di hujung bilik, sofa yang biasanya digunakan untuk pelawat tidur, aircond yang sentiasa terpasang dan bilik air juga sudah sedia ada dalam bilik ni (Jadi aku tak perlu berjalan jauh dan berkongsi bilik air dengan pesakit lain). Dan sejak hari pertama sampailah harini, Hayqal, Hanni, Danial dan Aryan akan teman aku secara bergilir-gilir. Cuma harini Hayqal datang sorang memandangkan Danial dan Hanni ada mesyuarat. Aryan pula katanya ada hal keluarga yang tak boleh dielakkan.

Tapi! Itu tak bermakna yang aku langsung tak rasa bosan! Siapa je yang tak merungut bila asyik terperap dalam bilik yang sama? Jiwa remaja aku tak benarkan aku buat macam ni. Aku nak memberontak tapi bila dengan mamat ni, tak sempat aku nak buat sepanduk pemberontakan, dia dah berjaya cantas segala usaha aku.

Aku cakap aku dah sembuh. Aku cakap aku nak tengok kawasan hospital. Dia kata tak boleh. Aku cakap nak melawat pesakit lain. Dia kata tak boleh. Aku cakap nak pergi bilik air sendiri. Dia tak kata apa. Tapi dia pergi tekan remote control untuk panggil nurse, semata-mata nak suruh teman aku dalam bilik air tu.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now