BAB 13

12.2K 889 64
                                    

"Korang ada dengar cerita tak pasal Tengku Firdaus dengan Mia tu?"

"Mestilah! Tu hot news kot! And kau tahu tak si Mia tu sekarang tinggal serumah dengan dia?"

"Seriously? Budak pendek dan tak beradab tu memang tak tahu malu. Aku ada dengar haritu dia kena halau dari kelas sebab pengotor sangat."

"Eww...she's disgusting. Macam manalah perempuan selekeh macam tu boleh couple dengan Firdaus yang perfect 10 tu!"

Perbualan tiga orang gadis itu tergendala apabila sebuah kereta audi berwarna hitam berhenti di sebelah mereka.

Seorang lelaki turun dari kereta tersebut. Si lelaki yang menyandang beg sekolahnya di bahu kiri membuka pintu di bahagian penumpang, dan seorang gadis berambut hitam keluar. Selepas menekan butang lock, mereka berdua berjalan masuk ke sekolah sambil berpegangan tangan.

Tiga orang gadis yang rancak dengan sesi mengumpat tadi memandang pasangan sejoli tu.

"Weh kau serious la tu Mia yang selekeh kau cakap tadi tu? Apasal cantik je aku tengok?"

Gadis yang bersungguh mengutuk tadi cuma diam sahaja. Dia pun terkejut melihat perempuan yang berpimpin tangan dengan Tengku Firdaus tadi. Lain dari khabar angin yang mengatakan perempuan itu selekeh dan pengotor.

"Mungkin aku tersalah dengar kot..."

________________________

MIA P.O.V

"Dah takde orang kat sini."

Tangan aku cepat-cepat ditarik dari pegangan Firdaus. Firdaus pula cuma membiarkan. Kemudian masing-masing mengambil haluan ke kelas tanpa menoleh sikit pun antara satu sama lain.

Semua yang berlaku tadi cuma satu lakonan.

Selepas pentengkaran haritu, kitorang melancarkan perang dingin. Langsung kitorang tak bertegur sapa kecuali bila perlu. Aku berjanji akan jadi girlfriend dia yang baik dan sopan santun. Dia pula berjanji tak akan masuk campur lagi dalam urusan aku selepas TUGAS aku sebagai girlfriend palsu dia selesai di jamuan nanti.

Tapi apa yang aku tak puas hati ialah dia gunakan masa pembelajaran selama tiga hari haritu untuk balas dendam dekat aku.
.
.
.
.
.

Tiga hari lepas

"Ambik buku ni. Lepas tu baca depan aku!"

"Bahasa Inggeris?"

"Ya cik Mia, bahasa Inggeris."

Aku memandang buku yang diberi pada aku tu.

"Tapi aku tak berapa nak lancar baca bahasa ni."

"Sebab tu lah aku suruh kau baca depan aku. Pandai lah aku betulkan sebutan kau nanti. Ha cepat lah!"

Aku membuka perlahan muka surat pertama buku tu. Sejak azali lagi aku memang tak ngam sangat dengan bahasa Inggeris ni. Subjek ni la yang selalu mencacatkan slip keputusan ujian aku.

Mesti tertanya-tanyakan kenapa mamat ni beriya nak ajar aku bahasa inggeris. Katanya nanti senang untuk aku bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Maklumlah orang kaya buat jamuan, mana main ajak makcik Senah je, Tom Cruise pun entah-entah dijemput. Sebab takut aku memalukan dia dengan bahasa inggeris aku yang tunggang-langgang ni, dia dengan rela hatinya menjadi cikgu tutor tak berbayar aku.

Tapi macam yang korang baca sekarang ni, mamat tu menggunakan kuasa veto dia untuk mengajar aku.

Aku memandang perkataan-perkataan yang tertulis dekat kertas dan mula membacanya dalam hati.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now