BAB 63

3.9K 356 12
                                    

"Aku dah berhenti dari Rubians Watson High School."

Sebaris ayat yang keluar dari mulut Sara buatkan aku ternganga kecil. Aku pandang Hayqal untuk melihat reaksinya. Berbeza dengan aku, dia macam tak tekejut langsung. Macam dia dah tahu apa yang Sara nak cakap.

Kejap..

Takkanlah Hayqal..

Tak mungkin lah. Takkan Hayqal yang buang dia dari sekolah kot. Dia tak buat macam tu kan? Dia tak bagitahu pengetua pasal hal ni kan?

"Mia, kau okay?" Sara menyedarkan aku setelah seminit aku mendiamkan diri.

"Oh..sorry." Lamunan dalam kepala aku terus terhenti. "Aku cuma.. cuma.. Betul ke kau dah berhenti?"

Sara mengangguk. "Ya. Semua urusan pertukaran dah selesai semalam. Harini hari terakhir aku ada dekat sini."

"Sini?"

"Yup. Mulai esok, aku dah tak ada dekat Malaysia. Ayah aku dapat kerja di UK jadi kitorang satu family ikut pergi sana."

Sekali lagi aku ternganga kecil. Dia sebut UK ke tadi? Aku salah dengar ke?

Melihat keadaan aku yang terkebil-kebil itu, Sara mencapai tangan aku dan menggenggamnya kuat.

"Mia.. Aku dah tak boleh tinggal sini lepas apa yang aku buat dekat kau. Aku malu nak tunjuk muka depan kau, depan Firdaus dan depan Aryan lagi. So this is the best choice for me. At least dekat UK nanti aku boleh mulakan hidup baru.

Aku nak kau tahu yang aku tak menyesal dengan pertemuan kita. Disebabkan kau, aku sedar yang aku sebenarnya ada banyak kelemahan. Kau sama macam Firdaus sebab kau dah bagi aku harapan untuk mulakan hidup baru. Aku berterima kasih dekat kau."

Hati aku rasa tenang dan ringan selepas mendengar kata-kata Sara. Bibir aku mengukir senyuman untuknya.

"Aku pun." Kata aku ikhlas.

Walaupun dah banyak perkara berlaku, tapi dia dah buktikan pada aku yang sejahat mana pun manusia tu, suatu hari nanti dia boleh berubah. Dia pun dah minta maaf, jadi buat apa aku nak simpan apa-apa lagi.

Sekarang masanya untuk buka buku baru.

Sara menilik jam di tangan kirinya. "Mia, aku kena pergi sekarang. Kesian pulak mak ayah aku tunggu lama dekat bawah. Dekat rumah pun ada lagi barang tak habis packing."

Aku bangun dari duduk lalu memeluk Sara erat. Bahu kanan aku masih rasa pedih kalau aku lakukan banyak pergerakan jadi aku hanya menggunakan tangan kiri untuk memeluknya. Sara juga membalas pelukan aku.

"Jaga diri baik-baik dekat negara orang okay?"

"Okay. Kau pun take care dekat sini."

"Kalau ada orang hulur gula-gula, jangan ambil."

"Mia, aku dah 17 tahun."

"Belajar elok-elok dekat sekolah baru."

"Kau pun. Bahasa inggeris kau tu fasihkan lagi. Sea cucumber tu timun laut, bukan timun yang tahu berenang."

Aku meleraikan pelukan dengan muka keliru. Beberapa saat kemudian baru aku faham apa yang dia maksudkan. Aku dan Sara serentak ketawa geli hati. Macam mana lah aku boleh lupa momen aku memalukan diri sendiri dalam kelas.

"I'm going now." Sara mengorak langkah ke pintu. Tapi beberapa langkah sebelum dia keluar, dia berhenti dan menoleh semula ke arah aku.

Tak. Lebih tepat lagi ke arah Hayqal.

"Aku tahu kau tak maafkan aku dan aku faham kalau kau taknak maafkan aku selamanya. Tapi untuk kali yang terakhir, aku tetap nak cakap sekali lagi.."

Maid MaidenWhere stories live. Discover now