BAB 9

13.2K 950 47
                                    

"Wahhh!"

Sebelum ni aku tak pernah jumpa rumah yang sangat besar dan teratur macam ni. Macam yang aku cakap tadi, rumah ni tak patut dipanggil sebuah 'rumah'. Reka bentuk luarannya pun dah macam istana.

"Kan dah banyak kali aku cakap waktu pagi macam ni aku sibuk! Janganlah suka-suka hati je nak suruh aku datang sini!"

Terkejut aku mendengar jeritan yang datangnya dari arah belakang aku tu. Seorang wanita yang aku agak mungkin berusia 30-an sedang berjalan ke arah aku dan Puan Ethel. Pakaiannya nampak seperti seorang chef di hotel lima bintang, dengan topi besar di atas kepala dan di tangannya ada sudip sepanjang 13 inci.

"Mia, perkenalkan ni Fedilia. Fedilia adalah cook dekat Tengku's Villa ni. Ruang dapur adalah kawasan kerjanya. Maksudnya, segala makanan termasuklah sarapan pagi yang kamu nikmati tadi ialah hasil air tangan Fedilia sendiri."

Aku cuma menghadiahkan senyuman kepadanya. Takut juga aku nak memandang perempuan bernama Fedilia tu setelah mendengar suara jeritan nyaringnya tadi.

Dua tiga saat selepas tu, dia membalas senyuman aku. Takdelah segarang yang aku sangkakan. Tu la Mia, don't judge a book by it's cover.

Tanpa aku sedar, lima orang wanita lain sudah pun berada di belakang aku.

"Nampaknya bertambah lagilah perawan dalam kalangan kita."

Aku menoleh kebelakang apabila mendengar suara lembut menegur aku. Dan Puan Ethel pula dengan gigihnya memperkenalkan setiap seorang.

• Maya - 25 tahun
• Dania - 18 tahun
(HOUSE MAID)
Mahir dalam tugasan kerja rumah. Tugas mereka adalah memantau kebersihan dan kekemasan kawasan persekitaran. Segala keperluan harian juga di bawah perhatian mereka.

• Laura - 22 tahun
• Hanni - 21 tahun
(PARLOUR MAID)
Melayan tuan rumah dan tetamu merupakan tugas utama mereka. Pakaian, penampilan serta rupa yang cantik menjadi keutamaan. Termasuk juga kelakuan, budi bahasa dan adab sopan sangat dititik beratkan oleh Parlour Maid.

• Sofia - 15 tahun
(LAUNDRY MAID)
Profesional dalam bidang mencuci pakaian serta perbezaan jenis-jenis kain. Segala urusan berkaitan fabrik dan pakaian adalah di bawah kawalannya.

"Dan nama saya Ethel Lauren, housekeeper di villa ni. Tugas saya adalah mengawal serta mengatur segala tugasan harian setiap pembantu rumah."

"Kecuali aku yang tak terikat di bawah kawalan kau." Fedilia menyampuk sesi perkenalan diri Puan Ethel.

Puan Ethel pula macam tak dengar sahaja apa yang dicakapkan Fedilia sebab selepas habis sahaja sesi perkenalan diri, dia terus memandang aku sambil tersenyum manis.

"Erm... Tapi saya nak tanya, apa maksud Tweeny tu? Apa tugas saya?"

"Perkataan Tweeny berasal dari perkataan Inggeris iaitu 'between' jadi maksudnya Between Maid. Lebih tepat, kamu adalah maid di bawah kawalan House Maid dan Cook."

Aku mendengar dengan tekun setiap penerangan Puan Ethel.

"Tugas Tweeny sentiasa sibuk tapi gajinya sangat rendah berbanding maid yang lain."

Aku tak kisah tentang hal gaji tu. Yang aku risau sekarang adalah macam mana aku nak survive sebagai seorang maid ni. Bukannya aku tak pandai buat kerja rumah, cuma aku mana ada pengalaman nak buat kerja-kerja maid ni.

"Tapi.. saya takdelah mahir sangat dalam memasak. Buat kerja rumah pun ala kadar je.."

Puan Ethel memandang aku sambil tersenyum. Haih, dari tadi asyik tersenyum. Dah lah cantik, aku yang perempuan ni pun boleh cair tengok dia senyum.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now