BAB 50

7.1K 535 15
                                    

"Macam mana tinggal dekat sini?"

Aryana memulakan perbualan sebaik sahaja kami tiba di taman persendirian Royal's Villa.

"Oh okay je. Semua orang dekat sini baik." Aku menjawab dengan nada semesra mungkin.

Keadaan jadi sunyi seketika. Disebabkan ni pertama kali kitorang bercakap, jadi keadaan janggal tu adalah perkara normal. Dalam diam aku memerhatikan gadis yang duduk berhadapan dengan aku tu.

Serious dia ni cantik sangat. Dengan rambut coklat yang nampak lembut macam rambut model dalam iklan syampu,  Aryana ni tergolong dalam manusia yang perfect 10 dari segi rupa. Kacukan Australia tak silap. Tapi muka dia lebih nampak kacukan berbanding Aryan. Muka Aryan lebih nampak macam Melayu tulen tapi still kekacakan dia tak boleh nak dinafikan. Tengok dari jumlah peminat dia pun dah boleh tahu tahap kekacakan dia paras mana.

"Awak dengan abang couple ke?" 
Tanpa bagi apa-apa signal, Aryana terus melancarkan soalan padu kepada aku.

Aku terkebil-kebil sekejap mendengar soalan yang tiba-tiba tu. "A-apa dia? Saya dengan Aryan apa?"

"Couple. Korang berdua couple ke?"

Aku masih dalam mod terkebil-kebil.

"Saya dah tengok gambar awak dengan abang Aryan tu. Tak sangka pulak korang dah couple." Aryana dah mengeluarkan hujah seterusnya sebelum sempat aku nak membalas apa-apa.

Nanti kejap. Dia cakap pasal gambar palsu tu ke? Aku ingat cerita tu dah pupus dari bumi yang nyata ni. Wujud lagi rupanya.

"Gambar tu bukan gambar betul. Saya dengan Aryan tak ada apa-apa pun sebenarnya. Tapi dekat sekolah orang ingat saya ni girlfriend Aryan sebab Aryan pergi cakap dekat diorang yang dia tu boyfriend saya. Tapi sebenarnya kitorang kawan je." Bersungguh-sungguh aku terangkan.

Aryana menayangkan muka keliru. Aku pun baru sedar yang ayat aku tunggang-langgang. Memang patut pun dia tak faham.

"Maksud saya, saya dengan Aryan tak ada apa-apa pun. Kitorang cuma kawan." Kali ni aku cuba ringkaskan penerangan. Main point dekat sini nak bagitahu aku dengan Aryan bukan pasangan kekasih.

"Tapi abang Aryan suka awak kan?"

Aku tak pasti itu soalan atau pernyataan tapi yang pasti berjaya buat aku terkesima. Aku tak balas apa-apa sebaliknya aku memandang dia dengan kening terangkat.

"Kejap awak tak tak tahu ke abang Aryan suka awak? Dia tak bagi hint? Ke awak yang tak nampak?"

Suara Aryana kedengaran teruja. Dan aku dekat sini masih tak tahu nak cakap apa.

Aryan suka aku?

"Haih abang Aryan ni lembab lah.." Aryana menggumam perlahan sambil tangannya menepuk dahi.

Aku masih dalam percubaan untuk memproses. Otak aku dengan data internet yang dah nak habis tak banyak beza pun. Dua-dua lembab.

Okay cuba kaji balik dari awal. Beberapa hari sebelum ni Aryan memang dah confess,  tapi aku ingatkan tu semua main-main je sebab dia taknak bagi aku keluar jumpa Hayqal masa tu.

Dia tak main-main ke pasal luahan hari tu?

Aryan betul-betul suka aku?

"Aryan anggap saya kawan biasa je." Aku cuba nafikan tanggapan Aryana.

"Tak mungkinlah. Perangai abang dah lain sejak dia kenal awak. Lagipun dia sampai sanggup tipu ayah semata-mata nak awak tinggal dekat sini. Mesti ada sebab."

Kata-kata Aryana buat perasaan bersalah menyerang hati aku. Pasal Aryan terpaksa bohong pada ayah dia tu memang aku dah tahu sejak awal lagi. Yuran sekolah aku pun Aryan yang bayarkan guna duit poket dia.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now