BAB 69

6.5K 323 77
                                    

"Apa.. korang buat?" Aku menegur dua orang lelaki yang sedang terbaring di atas lantai. Kedudukan mereka yang agak pelik menimbulkan kecurigaan aku. 

Apa yang pelik?

Hayqal sedang terbaring di bawah Danial dengan muka merah padam. Kedua-dua tangan Danial pula berada di sisi Hayqal untuk menampung badannya dari menghempap lelaki di bawahnya itu.

Macam aku yang terkejut melihat diorang, diorang berdua pun nampak terkejut dengan kehadiran aku.

"Mi-Mia?!" Danial memanggil nama aku dengan sedikit gagap.

"Sejak bila kau ada dekat situ?!" Soal Hayqal kalut.

"Apa korang buat?" Aku ulang semula soalan pertama memandangkan diorang masih belum bagi aku jawapan. Kali ni aku angkat sebelah kening setinggi yang boleh supaya diorang faham betapa curiganya aku dengan diorang sekarang.

"Nanti kejap Mia! Jangan salah faham! Kitorang tak buat apa pun!" Tangan Hayqal menolak Danial supaya menjauhinya dan cepat-cepat bangun dari pembaringan.

Danial menggosok-gosok belakang badannya, mungkin sebab sakit ditolak Hayqal. Kemudian dia memandang aku untuk memberikan penjelasan, "Kitorang berdua tersadung tadi."

Hanya dengan empat patah perkataan tu je, rasa curiga aku tadi perlahan-lahan lenyap. 

"Oh jadi korang lah yang buat bunyi kuat tadi?" Aku maksudkan pasal bunyi kuat yang tiba-tiba muncul dari siling dapur semasa para maid sedang menyiapkan sarapan pagi. Puan Ethel yang risau terus minta aku periksa apa yang terjatuh dekat tingkat dua.

Hanya ada satu sahaja bilik yang terdapat di atas ruangan dapur. Bilik individu Hayqal. Bilik tu macam perpustakaan kecil dan selalunya Hayqal gunakan bilik tu untuk study.

Apa-apa pun, sekarang aku dah tahu puncanya.

"Dah jumpa ke apa yang jatuh tadi, Mia?"

Aku mendengar suara Puan Ethel dari tingkat bawah.

"Cuma tuan muda dengan abang Danial yang terjatuh." Aku menjawab soalan Puan Ethel.

"Macam tu ke? Kalau tak ada apa-apa lagi, minta mereka berdua turun. Sarapan dah siap."

Aku tak bagitahu pun tak apa sebab diorang berdua dah dengar sendiri apa yang Puan Ethel cakap.

Kedua-duanya berjalan melepasi aku dengan penuh senyap. Aku memandang mereka pelik tapi mulut berat nak bertanya.

Sebenarnya alasan diorang tersadung tu tak logik. Ye lah, takkan takde angin takde ribut dua-dua boleh tersadung? Serentak pulak tu. Aku yakin ada benda lain dah jadi.

Diorang bergaduh ke?

_______________________

"It's all your fault." Hayqal berbisik perlahan kepada orang sebelahnya.

"What? Kau yang buat kita berdua tersadung tadi." Danial yang berada di sebelah Hayqal membalas bisikan itu.

"Tu semua takkan jadi kalau kau tak selongkar barang peribadi aku."

"Lol barang peribadi ape benda. Tu kan majalah fesyen."

"Majalah fesyen tu aku punya so tu barang peribadi aku lah."

"Tipu. Kau pinjam dari Laura kan?"

"Mana ada–!"

Aku berdehem kuat. Hayqal dan Danial yang tadinya khusyuk berlawan kata sesama sendiri sekarang memandang ke arah aku.

"Korang berdua ni kenapa?" Soal aku pelik.

"Takde apa." Kata Hayqal.

"We're fine." Danial memberitahu aku.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now