BAB 24

8.7K 772 39
                                    

Letihnya.. rasa macam dah setahun lamanya aku tertidur..

Mata dibuka perlahan. Cahaya fajar yang masuk melalui tingkap menyilaukan pandangan. Tangan aku meraba-raba ke sekitar kawasan pembaringan aku. Katil?

Dekat mana aku sekarang ni?

Dalam keadaan yang masih mamai, aku cuba bangun. Mata aku meliar-liar ke sekeliling.

Televisyen terletak elok di atas rak berwarna coklat. Terdapat dua buah pasu berwarna putih berdiri di sebelahnya. Beberapa bingkai gambar berwarna hitam putih pula tergantung di dinding. Mata aku kemudian mengesan sebuah tangga. Mungkin ni sebuah rumah dua tingkat.

Persoalannya, rumah siapa?
Dan macam mana aku boleh ada dekat sini?

Zing! Zing! Zing!

Telinga aku menangkap satu bunyi. Bunyi macam sesuatu yang tajam sedang diasah. Bangun sahaja dari katil, aku terus menuruni tangga untuk mencari dari mana bunyi itu datang.

Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, mata aku kemudian terpandang sebuah pintu yang terbuka sedikit, berada tidak berapa jauh dari aku. Aku yakin yang bunyi tu datang dari situ.

Ada manusia lain dalam rumah ni. Mungkin orang tu yang selamatkan aku.

Aku memikirkan semasak-masaknya sama ada aku perlu menjenguk atau tak. Akhirnya aku pilih untuk menjenguk. Kaki aku bergerak ke arah pintu tersebut. Aku menolak pintu tu perlahan dan seorang lelaki dengan sweater berwarna hijau muda kelihatan. Kedudukannya yang sedang membelakangi aku menyukarkan aku untuk mengecam wajahnya. Aku perasan ada sesuatu yang berkilat di tangannya.

Sebilah pisau.

"Baik sembelih cepat sebelum dia sedar.."

Ayat lelaki itu buatkan mata aku membulat. Apa maksud dia? Sembelih siapa sebelum siapa sedar?

Jangan cakap dia maksudkan aku.

Mungkin ke aku bukan diselamatkan.. tapi diculik?

Bulu roma aku meremang. Badan aku mengundur ke belakang setapak demi setapak. Dalam otak aku dah siap membuat perancangan melarikan diri secara senyap-senyap.

Tapi manusia hanya mampu merancang. Entah macam mana, badan aku boleh pula terlanggar rak dan menghasilkan satu bunyi yang agak kuat. Hasilnya, lelaki bersweater hijau itu sudah menyedari kehadiran aku. Kepalanya dipaling dan mata kami bertembung.

Habislah.

"Cik?"

Tanpa mempedulikan panggilannya, dengan segala kudrat yang aku ada, kaki aku berlari menuju ke pintu yang bertentangan. Nasib aku baik kerana itu memang pintu keluar.

________________________

SOMEONE P.O.V

"Ah.. finally..." Aku mengeluh lega sebaik sahaja kaki memijak lantai rumah. Perempuan yang tadinya berada dalam dukungan aku telah pun diletakkan ke atas katil.

Aku menanggalkan sweater aku yang sudah basah lencun dan menyidainya di kerusi. Tangan aku menggosok-gosok rambut yang juga basah disebabkan meredah hujan yang selebat ribut tadi. Satu nafas lelah dilepaskan.

Lelah sebab berjalan dalam hujan satu hal. Satu hal lagi, lelah sebab mengangkat gadis yang dijumpainya pengsan di tengah-tengah jalan tadi.

Mata aku meneliti gadis yang sedang terbaring lesu itu. Nampak macam budak sekolah lagi. Dapat aku rasakan badannya agak panas semasa mendukungnya tadi. Mungkin demam kot sebab tu lah boleh pengsan.

Tapi kenapa dia kehulu hilir dalam hujan lebat macam tu? Dengan tak bawa payungnya lagi. Nak cakap sesat, dia boleh je minta tolong dekat balai polis berhampiran. Lari dari rumah? Kalau itu sebabnya, mana beg dia? Takkan lari sehelai sepinggang je kot?

Maid MaidenWhere stories live. Discover now