BAB 25

9.4K 725 68
                                    

Kebodohan apakah yang aku sedang lakukan ni?

Sekarang aku berdiri betul-betul di hadapan bangunan sekolah RWHS. Keadaan sekolah ni sama je macam sebelum-sebelum ni, tak ada yang berubah. Cuma yang bezanya, dari tadi tak ada seorang pun kelibat manusia yang kelihatan. Kereta-kereta mewah yang selalu memenuhi ruang tempat letak kenderaan sangat lengang. Sunyi sepi. Cengkerik pun tak sudi nak berbunyi.

Mestilah tak ada orang harini.

Sebab semua orang tahu yang sekolah cuti pada hari Ahad.

Sekarang ni aku rasa nak hentak kuat kepala dekat tembok. Kenapalah kau ni lembab sangat Mia... Benda macam ni pun kau boleh lupa.

Niat aku nak jumpa Aryan terbatal. Tapi sekurang-kurangnya tak ada lah risiko yang aku akan terserempak dengan Hayqal.

Baru aku nak memaki diri sendiri untuk ke sejuta kalinya, susuk badan seseorang menarik perhatian aku.

Dia buat apa dekat sini?

Cepat-cepat aku menundukkan badan dan bersembunyi di belakang semak. Aku meneliti lelaki yang baru sahaja keluar dari pagar sekolah.

Angin meniup lembut rambut perangnya. Di pinggangnya terikat kemas sweater berwarna biru muda. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan sebelah lagi meraup rambut depan yang menutup mata. Ni kalau ada perempuan lalu sebelah, mesti dah terkinja-kinja. Tak pun tangkap gambar senyap-senyap untuk dijadikan stok cuci mata dalam handphone.

Tapi yang kurangnya pada lelaki tu ialah mukanya nampak muram dan pucat.

Hayqal...

Hati aku rasa sayu tiba-tiba.
Muka muram tu... disebabkan aku ke?

Aku tahu aku memang dah kecewakan dia. Dan aku terima kalau dia nak membenci aku seumur hidup. Peristiwa semalam terngiang-ngiang dalam kepala. Disebabkan aku, dia kena tampar dengan ayahnya. Kalau aku jadi dia pun, aku mungkin akan buat benda yang sama.

Langkahnya semakin lama semakin menghampiri semak di tempat aku sedang menyorok. Habislah kalau dia nampak aku dekat sini. Aku tak rasa dia nak aku muncul depan dia lagi.

Aku membuat keputusan untuk pergi dari situ. Aku cuba untuk tak membuat bunyi ketika kaki aku mengundur ke belakang.

Kreak!

Kaki kiriku tanpa sengaja memijak ranting kayu dan menghasilkan bunyi seperti tulang patah.

Seriously Mia? Baru tiga langkah kot.

Lebih teruk sekarang, gaun aku dah tersangkut dekat celah-celah semak, menyebabkan aku tak boleh nak bergerak. Bila masa dia tersangkut pun aku tak tahu. Tadi okay je.

Haih kenapalah semua ni nak jadi tengah-tengah masa kecemasan macam ni.

Mengikut pertimbangan, kalau aku cuba keluarkan baju aku yang tersangkut tu sekarang, kemungkinan banyak lagi bunyi 'tulang patah' yang kedengaran. Jadi aku buat keputusan untuk membatukan diri dekat situ. Aku menekup mulut agar tak ada bunyi suara yang keluar.

Malangnya, Hayqal dah terdengar bunyi 'tulang patah' tu dan sekarang dia sedang menghampiri kawasan menyorok aku.

"Ada orang ke dekat situ?"

Aku cuba memerah otak cari jalan untuk melarikan diri. Sumpah aku tak berani nak hadap dia sekarang. Jantung aku terasa nak gugur bila tangan Hayqal cuba menguis-nguis semak tu.

Tak boleh jadi ni.

Aku cuba menarik keluar baju aku yang tersangkut tu dengan kasar. Malangnya disebabkan aku menarik terlalu kuat, kekuatan graviti menyebabkan badan aku hilang keseimbangan dan akhirnya.....

Maid MaidenWhere stories live. Discover now