BAB 8

13.4K 992 28
                                    

MIA P.O.V

"Laura, cepat hidangkan makanan untuk dia. Aku rasa dia ni dah kebuluran sangat. Sampai sini aku boleh dengar bunyi perut dia."

"Baik, tuan."

Aku yang tengah menangis terus berhenti. Mata aku yang masih ada sisa air mata memandangnya geram.

"Hei lelaki kurang sopan! Bila perempuan tengah bercakap dengarlah elok-elok!!"

Firdaus buat-buat tak dengar. Tangannya mencari sesuatu di dalam poket seluar.

"Nah, guna sapu tangan aku ni. Kau mesti tak suka orang lain nampak kau menangis, kan?"

Aku memandang sapu tangan yang dihulurnya. Kata-katanya tadi berulang dalam kepala aku.

Tu ke sebab dia suruh pembantu rumahnya pergi?

Untuk menjaga maruah aku?

Aku menyambut perlahan sapu tangan yang dihulur. Ketika aku sedang gigih mengelap air mata aku yang mengalir macam air terjun tadi, tiba-tiba ada satu tangan mengusap kepala aku dengan lembut dan itu membuat aku terkedu.

"Apa dah jadi dengan kau sebenarnya?"

Firdaus memandang aku dengan harapan aku menceritakan masalah aku kepadanya. Aku cuba memastikan sisa-sisa tangisan aku dah habis sepenuhnya supaya tidak mengganggu untuk aku berkata-kata.

"Syarikat ibu bapa aku jatuh muflis sampai rumah kitorang kena rampas. Lepas tu, diorang larikan diri ke luar negara, dan tinggalkan aku seorang kat sini.."

Dia hanya diam mendengar aku bercerita. Tangannya pula membelai rambut aku dengan lembut. Macam sedang memujuk seorang kanak-kanak yang sedang diselebungi kesedihan.

Mungkin Firdaus ni taklah seteruk yang aku sangkakan.

"Boleh aku tanya kau satu soalan?"

Firdaus memandang aku dengan kening terangkat. Tangannya telah pun berhenti mengusap kepala aku.

"Kenapa kau nak aku jadi girlfriend kau?"

Serta merta mukanya berubah jadi dingin semula. Matanya aku nampak sedaya upaya cuba untuk tak memandang aku.

Tak sempat aku nak dengar jawapan dia, pembantu-pembantu rumahnya tadi telah pun kembali semula ke taman sambil membawa sedulang makanan.

"Tuan, makanan dah siap."

"Hmm dah ambil ni, makan sampai kenyang. Dari semalam kau tak makan kan?"

Bunyinya macam dia ambil berat terhadap aku. Tapi nampak jelas yang dia cuba lari dari soalan aku tadi.

Disebabkan rasa lapar yang teramat, aku membiarkan sahaja soalan itu berlalu pergi. Makanan yang terhidang ni lebih menarik perhatian berbanding jawapan dia tu.

Pembantu-pembantu rumahnya menyediakan makanan tersebut di hadapan aku. Setiap sudu, garfu dan pisau disusun dengan kemas.

Dan aku pula dengan lajunya memenuhkan perut yang sejak semalam kosong tidak berpenghuni.

"Aku tak tahu nak beri komen apa pasal kisah hidup kau ni. Cuma aku nak nasihatkan kau, lupakan semuanya. Lupakan pasal ibu bapa kau yang tak berhati perut tu dan lupakan jugak pasal pencarian putera kau yang entah wujud atau tak tu. Kau kena tahu yang dunia ni memang kejam. Jadi mulakan je lah hidup baru."

Sekali lagi dia menyakitkan hati aku dengan kata-katanya. Bukan sebab aku tak boleh terima nasihat dia, cuma apa yang dia kata tentang ibu bapa aku tu agak melampau.

"Ibu bapa aku bukan tak berhati perutlah! Orang kaya sombong macam kau jangan suka-suka hati je nak hina diorang!'

Jerkahan aku tadi tidak dibalas oleh Firdaus. Sebaliknya yang bersuara adalah pembantu rumahnya, seorang wanita yang berambut blonde lurus.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now