BAB 23

9.3K 758 36
                                    

MIA P.O.V

Mana pula Hayqal ni pergi?

Aku kena beritahu dia tentang hal ni secepat yang mungkin. Tapi masalahnya dari tadi aku tak nampak batang hidung dia. Raksasa-raksasa tu semua dah culik dia ke apa?

Aku memerhati sekeliling. Tetamu-tetamu yang tinggi-tinggi belaka menyukarkan penglihatan aku yang sememangnya pendek sejak azali. Ish, janji melayu betul. Tadi kata nak datang balik, last-last aku juga yang kena cari dia.

"Mia!" Bahu aku ditepuk kuat oleh seseorang. Laju kepala aku menoleh ke arah suara garau yang menegur.

"Hayqal?"

"Kau pergi mana tadi? Kan aku suruh tunggu dekat meja tu sekejap." Riak risau ditonjolkan.

Oh... dia ada suruh aku tunggu rupanya.

Tapi tu bukan masalahnya. Aku cuba menguatkan hati aku untuk beritahu dia tentang masalah sebenar yang sedang mentaufankan fikiran aku sekarang.

"Hayqal aku ada sesuatu nak bincangkan dengan kau. Tadi ada–" Kata-kata aku belum habis lagi, tapi tangan dia dah menarik aku pergi.

"Tak ada masa la nak bincang-bincang. Sekarang jom ikut aku."

"Tapi Hayqal benda ni–"

"Dah lah tu. Kita dah tak ada masa!"

'Tak ada masa'.

Itu maksudnya masa untuk aku menjalankan misi hampir tiba.

Tak. Tak boleh. Rancangan ni tak boleh diteruskan. Aku kena halang semua ni.

Tapi aku tak mampu buat apa-apa. Aku dapat rasakan genggaman tangan Hayqal sekarang sangat kuat. Tu bermakna dia betul-betul tekad nak jalankan misi ni. Rasa bersalah menyelubungi aku.

Apa patut aku buat?

Hayqal membawa aku mendekati sebuah pentas yang agak besar. Di atasnya, sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 40-an sedang bercakap di mikrofon. Mata lelaki itu berwarna hijau dan wanita itu pula mempunyai rupa kacukan Inggeris. Aku yakin mereka adalah ibu bapa Hayqal memandangkan lelaki di sebelah aku ni mewarisi kesemua rupa tersebut.

"Thank you to all the guest for coming today. I'm really proud to see so many are willing to attend tonight. Tujuan sebenar majlis ini diadakan adalah untuk mengumumkan pertunangan antara anak lelaki kami, Tengku Firdaus Hayqal dan anak perempuan keluarga Aylwin, Puteri Aryana Helen. Sekarang dipersilakan anak saya ke hadapan untuk sampaikan sepatah dua kata."

Tepukan gemuruh bergema di seluruh villa. Seraya dari tu, Hayqal menarik tangan aku dan naik ke pentas. Aku cuba nak kata sesuatu tapi suara aku tenggelam dengan bunyi tepukan.

Belum sempat aku nak bertindak, tangan Hayqal telah pun mencapai mikrofon.

"Welcome ladies and gentlemen. Thanks for coming today. Just like my father said, about the marriage plan, saya dengan ini mengumumkan pertunangan antara saya dengan Puteri Aryana Helen akan dibatalkan." Hayqal berkata dalam satu nafas.

Kata-kata Hayqal itu telah membuatkan muka ayahnya berubah merah. Ibu Hayqal pula menekup mulutnya kerana terlalu terkejut.

"Saya ingin meminta maaf pada keluarga Aylwin kerana membuat keputusan melulu–"

"Hayqal, kejap..." Aku cuba menahannya dari meneruskan kata-kata. Telinga aku menangkap suara bisikan orang ramai.

"Apa?"

"Dibatalkan? Kenapa?"

"Siapa perempuan dekat sebelah Firdaus tu?"

"Jangan cakap dia tu..."

Maid MaidenWhere stories live. Discover now