BAB 29

9.1K 731 26
                                    

Macam yang aku agak, kedatangan aku dekat sekolah tersangatlah tidak dialu-alukan.

Sebaik sahaja aku keluar dari kereta Audi milik Aryan, telinga aku disajikan dengan suara-suara sumbang dan munafik.

"Wait tu Mia Alysha kan? Apasal dia naik kereta Aryan?"

"Dia bukan girlfriend Firdaus ke?"

"Perempuan gatal! Berani tunjuk muka kat sekolah ni lagi. Tak tahu malu ke?"

Aku cuba buat tak dengar dan teruskan gerakan kaki aku memasuki sekolah. Aku memang dah jangka akan dengar komen-komen tak berbayar dari diorang semua. Nak taknak aku kena tabahkan hati.

"Kesian aku dekat Tengku Firdaus dapat perempuan macam tu."

"Yang Aryan ni pun macam mana boleh terpedaya dengan dia? Memang lelaki kat sekolah ni tak ada taste ke pilih perempuan pendek macam tu?"

"Entah-entah Aryan dengan Firdaus kongsi awek kot?"

Okay cukup la tu aku tak boleh bersabar lagi.

"Mulut korang tu jaga sikit ya! Aku dengan Aryan bukannya–"

Belum habis aku marah, ada tangan yang dah menarik aku ke belakang.

"Tolong jangan buli kawan aku ya. Tahu tak gosip yang korang sebarkan ni boleh merosakkan nama baik orang lain nanti? Tapi betul jugak cakap korang tu. Kalaulah perempuan dalam dunia ni semuanya mulut longkang macam korang, memang patut pun lah kaum lelaki kongsi awek, kan?" Aryan berkata dengan nada sarkastik sambil tersenyum manis.

Lima orang perempuan yang rancak menghambur aku dengan kutukan tadi terus terdiam. Terkejut agaknya bila Aryan tiba-tiba bersuara.

*Awkward silence. Pelajar-pelajar perempuan tu mungkin tak ada idea nak buat comeback jadi mereka buat isyarat mata sesama sendiri untuk pergi dari situ.

Bila dah jauh diorang pergi, aku dengar diorang keluarkan komen tak puas hati sebab Aryan back up aku.

"Thanks Aryan." Kataku sambil mengeluh perlahan.

"Kan aku dah cakap aku akan jaga kau. Setakat budak-budak perempuan tu tadi hal kecik je. Hentam sikit je dah senyap."

Aku cuma mengangguk. Sebenarnya aku nak cakap terima kasih sebab tahan aku tadi. Nasib je Aryan tarik tangan aku ke belakang sebab kalau aku yang bersuara tadi, dah teruk dah budak-budak tu semua kena maki dengan aku.

Baru aku perasan yang cuma aku dengan Aryan je yang ada dalam kereta tadi.

"Hmm kenapa Aryana tak datang sekolah sekali dengan kita?"

Aryan tak jawab soalan aku sebaliknya mata dia memandang ke tempat lain.

"Aryan?"

"Ha.. apa.. oh.. aryana dia.. kena datang sekolah awal sebab dia pengawas." Acuh tak acuh je dia menjawab. Mata dia masih memandang belakang aku. Jarang aku nampak Aryan berwajah dingin macam sekarang.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat apa yang buat wajah Aryan jadi macam tu.

Ah.

Maid MaidenDove le storie prendono vita. Scoprilo ora