BAB 57

5.5K 508 38
                                    

HAYQAL P.O.V

Kesan tapak kasut yang masih baru di tanah aku perhatikan. Seperti yang aku sangka. Diorang memang dah ada dekat sini.

Aku mengeluarkan handphone dari poket seluar. Nama Aryan di contact dicari. Sebaik sahaja aku menjumpainya, butang berwarna hijau ditekan untuk membuat panggilan.

Semalam, tanpa disangka aku dan Aryan terdengar rancangan Khairul dan Saiful. Kitorang memang dah tahu yang diorang nak jumpa Sara. Tapi tak sangka pula diorang ubah tempat perjumpaan.

Sementara menunggu talian diangkat, kepala aku mengimbas semula kejadian semalam.







"Kau pergi lah beli. Aku tunggu dalam kereta." Arah aku sambil tangan baru sahaja membuka aplikasi Instagram di telefon pintar.

"Banyak cantik. Kau pun turun sekali. Ingat aku maid kau ke?"

Aku beri pandangan bengang pada Aryan. Aryan pun taknak kalah. Dia beri aku pandangan 'baik kau turun dari kereta aku sekarang sebelum aku yang tarik kau keluar'.

Satu keluhan aku lepaskan. Memandangkan sekarang aku tengah tumpang kereta dia, jadi nak taknak aku kena mengalah juga.

"Beli roti pun nak ajak orang teman." Sempat aku mengeluarkan kata-kata provokasi seraya turun dari kereta.

Aku buat-buat tak nampak jelingan Aryan dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam kedai 7 Eleven.

Selepas sesi berbincang dekat rumah kaca tadi, Aryan pelawa aku untuk tidur di sana. Tanpa fikir panjang aku terima. Bukan senang nak dapat tidur dengan suasana dikelilingi tumbuhan. Lagipun dekat situ dah cukup segala keperluan.

Kecuali makanan.

Jadi sebab tu lah kitorang keluar jugak malam ni. Memandangkan dah dekat pukul sepuluh malam, jadi aku buat keputusan untuk makan makanan yang ringan sahaja.

Roti coklat dan nescafe dalam bentuk air tin menjadi pilihan aku untuk alas perut malam ni. Aryan pula masih tengah fikir nak makan apa. Sementara menunggu dia, aku membuat sesi pembayaran terlebih dahulu di kaunter.

"RM5.30."

Aku menghulurkan sekeping not RM6 kepadanya. "Keep the change." Kata aku seraya tangan mencapai beg plastik yang berisi makanan tadi. Aku malas nak simpan duit syiling. Jadi tak salah rasanya jadi pemurah.

Baru sahaja aku nak melangkah pergi ke kereta, ada tangan yang menarik aku ke dalam kedai semula.

Aku memandang Aryan pelik. "Kau nak apa? Aku dah bayar lah."

"Diam lah. Sini." Aryan menarik aku ke salah sebuah rak dalam kedai itu dan paksa aku menundukkan diri.

"Apa yang–"

"Shh! Tunduk je boleh tak?" Arah Aryan. Kemudian jarinya menghala ke pintu depan kedai. Dari sebalik rak aku melihat apa yang Aryan nak tunjukkan.

Kelihatan dua orang lelaki baru sahaja melangkah masuk. Aku kaku seketika selepas mengenal pasti siapa gerangannya.

Khairul dan Saiful.

Aryan yang nampak aku masih belum tunduk telah menumbuk kuat paha aku. Aku akhirnya mengubah posisi menunduk juga.

Mereka berdua bergerak ke peti ais minuman, iaitu berjarak 2 meter dari tempat aku dan Aryan sedang bersembunyi.

Maid MaidenNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ