BAB 41

9.2K 684 39
                                    

Aku mengetuk-ngetuk meja dengan pen di tangan. Subjek Ekonomi Asas yang sedang diajar langsung tak menarik perhatian aku.

Pandangan aku dikalihkan ke luar tingkap. Minda aku mengimbas semula perbualan antara aku dan Hayqal semasa lunch tadi.

"Kau cakap apa tadi?"

"Jumpa aku dekat rooftoop balik sekolah nanti. Ada benda nak discuss."

"Tak boleh ke cakap dekat sini je?"

"Nope."

"Penting sangat ke?"

"Yup."

"Kalau hari lain boleh?"

"Tak."

"Kalau–"

"Come one Mia aku nak jumpa kau sekejap je please?"

Mulut aku berhenti menanyakan soalan. Tapi sepuluh saat kemudian aku teringatkan sesuatu.

"Tapi aku dah janji nak teman Aryan pergi somewhere balik sekolah ni."

"So?" Hayqal menyoal sambil menyuapkan sandwich ke dalam mulut. Keningnya terjongket memandang aku.

"So... rooftoop meeting is automatically canceled."

Hayqal tak memberikan aku apa-apa reaksi sebaliknya dengan tenang dia mengambil sekeping lagi sandwich. Ayat yang aku cakapkan tadi seperti masuk ke telinga kanan tapi belum sempat nak hadam, dah dimuntahkan balik oleh telinga kiri.

Aku mencebik. Dia ni taknak halang aku ke? Tadi cakap macam penting sangat hal yang nak dibincangkan tu.

Dekat seminit menunggu, masih tak ada apa-apa kata balasan. Ish mamat ni kan.

"Hanni, thanks for lunch." Kata aku seraya bangun dari kerusi.

"Aku balik kelas dulu lah. Jumpa esok, Hanni." Kata aku sambil menghadiahkan senyuman pada Hanni. Hayqal pula aku langsung tak pandang.

Lantak dia lah. Orang baru test sikit dah mengalah.

Kaki aku bergerak meninggalkan tempat tu.

"Aku tunggu kau dekat sana nanti."

Langkah aku terhenti. Kepala aku menoleh ke arah tuan punya suara.

"Aku takkan pergi dari situ selagi aku tak nampak kau datang. Even sampai malam sekali pun, aku sanggup tunggu. So, kau mesti datang jugak, okay?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa maksud dia? Penting sangat ke hal tu sampai sanggup tunggu aku sampai malam?

Aku melepaskan satu keluhan kecil.

Setakat nak jumpa dia tu memang boleh. Yang tak boleh sekarang ni sebab aku dah mematerai perjanjian dengan Aryan pagi tadi.

Aryan ajak aku teman pergi private glass house dia sebab dia dah lama tak melawat pokok-pokok bunga dekat sana. Dan aku pula dengan gembiranya bersetuju.

Takkan tiba-tiba aku nak bagitahu yang aku tak jadi nak ikut dia semata-mata nak jumpa Hayqal?

"Serabutnya!!" Jerit aku sambil tangan menghentak meja.

Automatik satu kelas memandang aku dengan pandangan 'Apa masalah kau'

Aku tersengih sebagai tanda minta maaf dan menayangkan muka bersalah sebab dah menggangu ketenteraman orang lain nak belajar. Mata aku menoleh ke arah cikgu Nadia, cikgu Ekonomi Asas yang tinggi lampai serta berkaca mata itu. Nampak macam dia tak dengar suara nyaring aku tadi.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now