BAB 42

7.9K 662 52
                                    

"Tak payah nak bagi banyak alasan! Ikut kitorang pergi jumpa pengetua sekarang!"

Dua orang pelajar perempuan gigih cuba menarik aku ke bilik pengetua. Tak sekarang ni aku tak faham kenapa sampai nak kecoh ke pengetua? Diorang expect aku kena buang sekolah sebab gambar ni ke?

Persoalan tu bermain di fikiran aku sampailah tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

Ah habislah!

Aku lupa pengetua sekolah ni ayah Hayqal!

Yang paling menakutkan sekarang ni ialah ayah dia dah pernah tengok muka aku. Tak pasal-pasal impian beach-beach ni semua untuk tengok aku dibuang sekolah termakbul.

Tak boleh jadi ni. Aku taknak libatkan Hayqal lagi dalam benda tak guna ni.

Aku cuba merungkai pegangan tangan mereka, tapi tak berjaya. Dua lawan satu? Boleh ke aku menang?

Pelajar yang lain hanya ketawa sinis melihat aku yang bersusah payah untuk melepaskan diri.

"Lepaskan tangan aku lah!"

"Jangan harap! Perempuan macam kau ni tak patut wujud dekat sekolah ni!"

"Kau datang sini sebenarnya nak kikis duit orang kaya je kan? Yuran pun harapkan orang lain tolong bayar kan."

"Dah tak berduit tu buat je la cara tak berduit. Berlambak lagi sekolah biasa dekat negara ni, kenapa dekat sini jugak kau nak menyemak? Buat sakit mata je."

Kata-kata hinaan tu terngiang-ngiang dalam kepala aku. Air mata yang nak keluar aku cuba tahan. Hati aku menggelegak menahan geram.

Belum sempat aku nak balas apa-apa, tangan aku yang dipegang oleh perempuan-perempuan mulut laser tu telah direntap oleh seseorang.

"Jangan seorang pun berani sentuh atau cakap apa-apa lagi pasal dia!"

Semua orang menoleh ke arah suara lelaki tu termasuk aku.

Perempuan yang menarik aku tadi tergamam habis. Aku pula tak tahu nak bagi respon apa. Suasana kecoh tadi terus berubah senyap sebaik sahaja kehadiran lelaki itu.

"Watak utama dah muncul." Salah seorang pelajar lelaki yang berada di situ berbisik kepada kawannya. Tapi cukup kuat untuk didengari oleh Aryan.

Aryan memberi pandangan maut kepada pelajar tersebut dan itu membuatkan pelajar itu terdiam dan terus menundukkan kepala.

Suasana menjadi terlalu senyap sampaikan orang yang tengah nak terbersin pun cuba tahan. Boleh bayangkan tak suasana tegang dekat sini macam mana sekarang?

"Gambar dekat papan ni semuanya edit. Korang semua ni tengok tak pakai mata ke?!" Aryan berkata dengan suara mendatar.

Tak ada siapa pun berani menyahut atau membuat apa-apa bunyi.

Setelah beberapa saat berlalu, perempuan yang menarik aku tadi akhirnya memberanikan diri bersuara. "Apasal you nak back up dia sangat Aryan? Apa perempuan ni dah buat dekat you?"

Aku dengar Aryan mengeluh. "Tak kisahlah dia ni siapa pun pada aku, tapi perangai korang semua ni memang dah melampau. Tak ada siapa pun berhak nak layan dia macam tu tadi."

Maid MaidenWhere stories live. Discover now