BAB 31

8.9K 716 86
                                    

"Hayqal..cari saya?"

"Lepas Mia lari haritu, dia mula sedar yang dia dah buat silap dan terus kejar Mia. Tapi malam tu dia balik dengan tangan kosong. Bila abang tanya mana Mia, dia diam. Hayqal tu susah nak cakap jujur tentang perasaan sendiri. Ego tinggi. Tapi kalau dia betul-betul ambil berat pasal seseorang, maksudnya orang tu betul-betul penting dalam hidup dia." terang Danial panjang lebar.

Aku terdiam.

Kenapa kau ambil berat pasal aku lagi sedangkan kau dah benci aku?

"Tapi..kenapa? Dia kan dah benci saya..?"

"Kalau Mia nak tahu sebabnya, Mia kena tanya Hayqal sendiri. Sebab cuma dia je yang ada jawapan."

Sebaik Danial habis bercakap, pintu bilik dibuka kasar oleh seseorang. Serentak aku dan Danial menoleh.

"Danial! Kau buat apa dengan Mia?!"

Aryan berdiri di hadapan pintu dengan wajah dingin. Mata dia memandang tajam ke arah Danial.

"Tak ada siapa ajar kau ke kena ketuk pintu dulu sebelum masuk? Lagipun ni kan sekolah. Kau kena panggil aku cikgu."

Hasil dari kata-kata Danial yang bersahaja tu, muka Aryan bertambah bengang.

"Fine. Soalan saya tadi cikgu tak jawab lagi. Cikgu buat apa dengan Mia?" Kali ni dia menggunakan bahasa yang lebih sopan. Tapi masih boleh dengar nada geram dalam suaranya.

"Aku cuma borak kosong dengan Mia. Kau takut aku buat jahat dekat dia ke? Setahu aku, kau seorang je yang buat macam tu dekat dia."

Danial menambahkan lagi api dalam letusan lava Aryan.

"Kau ni.."

Aku yang menyedari perang akan tercetus cepat-cepat menahan Aryan dari mendekati Danial.

"Aryan.. Abang Danial bergurau je tu. Kitorang dah habis berbincang. Jom la balik kelas.." Aku cuba memujuk. Risau pulak bilik kaunseling mewah ni jadi tempat wrestling.

Aryan memberikan pandangan tajam pada Danial sebelum mengeluh kasar tanda mengalah. Dia kemudian menarik aku keluar bersamanya.

Hampir sahaja kaki aku nak keluar, baru aku teringat sesuatu.

"Oh ya lah. Abang Danial. Haritu pokok bunga saya tertinggal dekat rumah abang kan? Boleh tak abang pulangkan semula? Nanti esok saya jumpa abang balik. Bye!" Kata aku seraya menutup pintu bilik kaunselor tu.

_______________

DANIAL P.O.V

"Haritu pokok bunga saya tertinggal dekat rumah abang kan? Boleh tak abang pulangkan semula? Nanti esok saya jumpa abang balik. Bye!"

Pintu ditutup.

Aku memproses semula permintaan Mia.

Pokok bunga?

Selepas hampir seminit aku menjelajah memori, akhirnya aku teringat sesuatu.

Facepalm.

Alamak, habislah.

Macam mana lah dia boleh ingat lagi pasal pokok bunga tu...

Maid MaidenWhere stories live. Discover now