BAB 39

10K 691 90
                                    

KLIA, 8.30 AM

SOMEONE P.O.V

"Seriously sampai 12 missed call? Kau nak apa?"

"Aunty dah bagitahu kau kan pasal–"

"Wait kalau kau nak cakap pasal kafe, aku taknak dengar. Aku baru sampailah Jeff. Aku penat."

"Eh kejap lah aku tak habis cakap lagi. Aunty Mira cakap bulan tiga kan haritu? Aku rasa tak jadi lah kot."

Kaki dan tangan aku yang sedang menarik bagasi terhenti. Dapat aku rasakan senyuman aku sedang melebar sekarang.

"Serious ni weh? Thanks God! Awal-awal lagi aku memang dah buat keputusan nak reject kau. Tak payah lah aku susah-susah nak reka ayat–"

"Oi tak payah nak thanks god thanks god sangat. Aku cakap bulan tiga yang tak jadi. Tapi aku tetap nak kau datang, lembab."

Terus keterujaan aku hilang selepas menerima harapan palsu itu. Bibir aku yang tadinya tersenyum telah bertukar menjadi satu muncung yang tajam.

"Ish.. Habis tu bila lagi?"

"Aku nak kau datang minggu ni jugak."

***

MIA P.O.V

Masuk harini, dah empat belas hari Hayqal tak datang sekolah. Menyesal pulak cakap yang aku taknak lawat dia dah. Tapi dia yang cari pasal dulu haritu.

Danial cakap kepala dia memang ambil masa yang lama untuk sembuh. Aku tak sangka pula kecederaan dia seteruk tu sampai dua minggu cuti.

Sesampai sahaja di sekolah harini, aku terus berjalan menuju ke kelas 4 Sapphire. Subjek Sejarah yang membosankan sedang menunggu pelajar-pelajar yang tak ambil tahu pun tentang topik-topik yang dibincangkan. Come on, siapa je yang nak tahu pasal tamadun Indus, tamadun Hwang Ho tu semua. Melainkan kalau orang tu nak jadi pakar arkeologi. Tapi yang pasti, orang tu bukannya aku.

Mulanya aku nak gunakan lif memandangkan kelas aku di tingkat tiga. Tapi disebabkan terlalu ramai yang nak gunakan kemudahan tu, jadi aku buat keputusan untuk gunakan tangga je. Walaupun ada empat buah lif je di setiap tingkat, tapi pelajar-pelajar Rubians Watson ni dikurniakan dengan sikap pemalas mengalahkan sloth, jadi kesesakan dekat lif tu perkara biasa yang berlaku setiap pagi di sekolah ni.

"Mia!"

Aku menoleh ke arah suara yang datang dari sebalik orang ramai. Seorang lelaki bernama Amin sedang berjalan mendekati aku.

Macam mana aku tahu nama dia?

Obviously tengok nametag.

"Saya kenal awak ke?" Aku berkata sambil mata cuba mengecam wajahnya. Macam pernah nampak, tapi aku tak ingat pula yang aku pernah bercakap dengan dia sebelum ni.

"Dah agak yang awak tak ingat. Saya Amin, kawan sekelas Firdaus. Kita pernah jumpa dekat koridor tingkat dua hari tu." Dia senyum selepas memperkenalkan diri dia.

Firdaus? Firdaus mana pulak ni?

Otak aku cuba untuk mengingat siapa orang bernama Firdaus tu.

Oh ya lah.

Lupa pulak nama penuh mamat tu Tengku Firdaus Hayqal. Aku pun tak faham kenapa kejap ada orang panggil Firdaus, kejap panggil Hayqal. Tak boleh ke guna satu nama je?

Dia kata cuma orang tertentu je boleh panggil dia Hayqal. Tapi setahu aku, orang yang panggil dia Hayqal cuma ayah dan ibu dia, Danial, Aryan, Aryana.

Dan juga aku.

Aku pernah tanya kenapa dia bagi aku panggil nama tu, tapi dia diam je. Bila aku tanya banyak kali, dia ugut suruh aku panggil dia tuan muda. Jadi sejak tu aku tak ungkit lagi pasal hal tu.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now