|| Bab 1 ||

75 14 7
                                    

Beberapa bulan yang lepas~~

Aku memandang langit yang gelap. Aku dalam perjalanan ke dewan terbuka dengan begku yang sungguh berat dengan buku. Namaku Putri Nur Wahidah, bersekolah di S.M.K. Galaksi Bintang.

Aku hanyalah seorang pelajar perempuan Melayu biasa bukan seperti kawan-kawanku yang baru sahaja menjadi calon pemimpin pelajar. Aku mengeluh, memandangkan hari itu hari Isnin. Hari yang selalunya menyeksakan otakku.

Aku sampai di barisan kelasku, 3 Zuhal dan duduk di belakang seorang pelajar Cina. Masih awal pagi pada masa itu dan pelajar-pelajar sekolah ini selalunya akan duduk dengan rakan mereka dan bercakap sehinggalah pemimpin pelajar dan calon pemimpin pelajar  menyuruh mereka duduk di barisan kelas mereka.

Aku mengeluarkan buku yang berjudul '3 Omega Selamanya'. Jalan cerita buku in boleh juga dikaitkan dengan 3 Zuhal. Aku, tanpa rasa ragu, membaca cerita buku tersebut. Terdapat senyuman yang nipis di bibirku.

...

Hari yang biasa. Pelajaran dan pembelajaran kelasku seperti biasa. Namun.. aku tidak faham sebab-sebab 3 Zuhal mempunyai rekod yang sedikit memeningkan.

...

Rehat. Setelah penat otak kami memproses formula Matematik tadi, mereka keluar dari kelas dan berjalan ke arah kantin kecuali aku. Aku, seperti biasa, duduk di atas kerusi sambil termenung melihat ikan-ikan koi berenang. Semakin lama, semakin bising suasana walaupun hampir semua pelajar di kantin.

Separuh sedar, ada seseorang memerhatikanku. Aku buat seperti tidak kisah walaupun ada sedikit perasaan takut. Aku menoleh ke belakang, mendapati tiada seorang pun berdiri di situ.

Mungkin perasaan aku kot?

Kring... Kring...

Loceng berbunyi menandakan rehat sudah habis. Aku bangun dan masuk ke dalam kelas. Mata biru kehijauanku ternampak sehelai kertas kecil di atas meja guru. Aku mengambil dan meneliti tulisan cakar ayam itu.

Mataku sedikit terbeliak. Sesiapa yang menulis tulisan buruk ini sungguh kurang ajar. Aku terus merenyukkan kertas tersebut dan buang ke dalam tong sampah.

"Putri, kau buat apa tu?"

Aku senyum sebelum menggeleng kepala.

Aku tidak mahu sesiapa pun yang baca tulisan itu. Kemungkinan boleh membuatkan kelas ini huru-hara.

Aku.Tidak.Mahu.

3 Zuhalحيث تعيش القصص. اكتشف الآن